BAB 1 - KTR - HAZRIN & ELENA

Romance Completed 84334

"Mummy..."

"Yes, baby..."

"I'm hungry..." Eva simpan senyum.

"I'm hungry too, mummy."

"Ok, ok. Tapi, mummy cakap apa?" Kedua sikembar berpandangan sesama mereka sambil menangkat kedua bahu mereka dalam keadaan yang sangat comel. Eva tersenyum lagi. Sikembar memang banyak akal.

"Mummy cakap, kurangkan berbahasa Inggeriskan? Kena guna bahasa melayu..."

"But mummy... We're Turkish..."

"Ya... Mummy tahu. But, your father and I are Malaysian. So...?"

"Ok, mummy."

"That's good. Mummy tak marah pun nak guna bahasa Inggeris. Tapi, Haz dan El kena tahu bahasa melayu jugak. Nanti, one day, kita akan pulang ke Malaysia."

"You mean, Malaysia and we can meet daddy?" Eva tergamam. Hazrin, yang sulung ni cepat belajar. Cepat tangkap. Bila sekali Hazrin dengar, Hazrin terus akan ingat.

"Ya, sayang. We can meet daddy." Ujar Eva perlahan sambil menelan air liurnya. Anak-anak Eva masih kecil. Ketika melarikan diri ke Turki dan lebih tepat membawa diri ke rumah Bonda Emira, Eva mengandung 2 bulan. Ketika terlihat wayang antara Hayden dengan Khai ketika di penthouse lima tahun lepas, Eva baru tahu yang dia mengandung. Niat di hati ingin memberi kejutan buat si suami. Tapi malangnya, Eva yang menerima kejutan.

"Mummy... I'm sorry. I didn't mean to hurt you. I'm sorry." Ujar Hazrin. Hazrin memeluk erat tubuh Eva.

"Mummy... Me too. We're sorry, mummy." Ujar El sambil memeluk Eva.

"Mummy is ok. Don't worry. Mummy tak salahkan sesiapa pun. It's ok."

"Haz promise... We'll never mention about daddy anymore." Eva simpan senyum mendengar kata-kata anaknya.

"Aip... You can't say that. Whatever it is, he is your father. Tengku Hezril Hayden is Haz and El's father. Understood?"

"But mummy..."

"Haz... Remember what mummy told you before?" Hazrin mengangguk.

"Sayangkan daddy. Tanpa daddy, kita takkan wujud."

"Good boy. Ingat... Jangan simpan apa-apa perasaan yang tidak baik pada daddy. Faham?"

"Yes, mummy."

Pejam celik, pejam celik, sudah lima tahun Eva bberada di bumi Turki. Tahun pertama, Eva menghabiskan masanya di rumah agam milik Bonda Emira. Sepanjang setahun di sana, Eva tidak pernah menceritakan apa yang berlaku pada dirinya sehinggalah Eva melahirkan sikembar. Hanya Bonda Emira yang tahu kisah sebenarnya. Dan disebabkan itu juga, Bonda Emira mengizinkan Eva menetap di rumah mewahnya di pinggir bandar dan berdekatan dengan pantai seperti yang Eva idamkan selama ini.

Pada Esmir dan Erika, Eva mohon jangan ditanyakan hal berkenaan Hayden pada dirinya. Eva hanya mahukan privacy. Esmir, Karen, Erika dan Abang Hidir sudha melawat Eva di Turki dan Eva telahpun menceritakan segala-galanya pada mereka apa yang berlaku sebenarnya. Esmir dan Erika akur dengan keputusan Eva yang tidak mahu sesiapa pun tahu keberadaan Eva. Walaupun hakikatnya, Hayden hari-hari munculkan diri di pejabat Erika dan Esmir.

Hampir sahaja Esmir menumbuk wajah hemsem Hayden. Tapi, bila memikirkan nasihat Eva yang mahu Esmir kurangkan memukul orang, Esmir akur. Apatah lagi, sehingga kini, Hayden masih setia memasukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan Eva walaupun Hayden tidak tahu dimana keberadaan Eva, Hayden tetap memasukkan wang ke dalam akaun Eva. Bagi Hayden, Eva tetap isterinya yang sah selagi Hayden belum melafazkan cerai ke atas Eva.

Hampir setiap hari, Esmir dan Erika menyampaikan salam dan pesanan buat Eva dari Hayden.

'Tolong sampaikan salam sayang aku buat Eva.'
'Cakap dengan Eva, aku sayangkan dia sampia bila-bila.'
'Kirim salam peluk cium aku untuk Eva.'
'Aku masih setia tunggu Eva.'
'Aku tak pernah lafazkan talak. Eva tetap isteri aku dunia akhirat.'
'Aku tak bersalah.'
'Aku mangsa keadaan.'
'Tolong pujuk Eva. Aku nak Eva kembali pada aku'
'I sayangkan you, Eva. Tolong kembali pada I, Eva.'

Banyak lagi pesanan buat Eva. Ada dua pesanan yang membuatkan Eva sentiasa termenung memikirkan maksud disebalik pesanan yang diterimanya dari Hayden. Eva sudahpun menukar nombor telefonnya setibanya di Turki. Bagi Eva, dia mahu melupakan segalanya dan enggan kembali pada Hayden. Tapi, dua pesanan 'Aku tak bersalah' dan 'Aku mangsa keadaan' yang diterimanya, membuatkan Eva berfikir beratus kali, apa yang dimaksudkan Hayden.

Dan kelahiran Haz dan El ke dunia juga tidak diketahui sesiapa melainkan Erika, Hidir, Esmir dan Karen. Dan kelahiran sikembar, Esmir dan Karen yang ada di sisi Eva dan Esmirlah yang mengazan dan mengaqimatkan anak-anaknya. Eva mohon agar kelahiran sikembar tidak dihebahkan. Eva tak mahu ada pihak lain yang mengambil kesempatan pada dirinya. Dan sebab itu juga, Eva masih menetap di Turki.

"Angah dah letihlah dik. Lima tahun adik kat Turki, lima tahun juga laki adik ni asyik dok ulang-alik ke sini. Tapi, selalunya dia akan seorag diri. Takde pulak si Khai tu ikut sekali. Dan cara Hayden, macam orang takut. Sesekali macam pencuri pun ada. Bila angah tanya, dia cakap, ada orang follow dia."

"Angah tak tanya Hayden ke siapa yang follow dia?"

"Ada. Tapi, Hayden kata, suatu hari nanti, segalanya akan terbongkar."

"Apa maksud Hayden?"

"Entahlah dik... Angah pun tak tahu. Nak tanya lebih-lebih pun, angah tak berani. Nampak Hayden lain sangat. Macam takut-takut."

"Takut-takut?"

"Ya, dik. Angah tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Tapi, Hayden nampak resah je. Takpelah dik. Tak payahlah fikrikan pasal si jantan tu. Sikembar mana? Rindu pulak kat Haz ngan El..."

"Angah, sikembar sekolah. Sekejap lagi, adik nak pergi jemput dorang."

"Oh, yelah. Lupa pulak, waktu kita berbeza. Takpelah dik. Nanti kirim salam peluk cium angah pada sikembar. in shaa Allah, ada rezeki nanti, kita jumpa ya."

"In shaa Allah, ngah. Kirim salam pada Karen ngan Kak Erika, Abang Hidir ngan baby dorang sekali. Eh, ngah... Karen dah berapa bulan?"

"Emm... Kalau tak silap, dah enam bulan... Lagi tiga bulan, keluarlah hero angah."

"Alhamdulillah... In shaa Allah. Adik doakan Karen selamat dunia akhirat."

"Aamiin... Akak letak phone dulu. Angah nak sambung kerja. Ada masa, kita sembang lagi ya."

"Ok, ngah. Thanks for calling."

"Don't mention, dik. Angah sayang adik."

"Adik pun sayangkan angah. Terima kasih banyak tolong adik."

"Adik, kita ni adik-beradik. Satu mak satu bapak. Apapun yang berlaku, kita tetap adik-beradik. Ingat tu...?"

"Ya ngah. Adik ingat."

"Oklah. Angah letak dulu, ya. Assalammualaikum..."

"Waalikumussalam..." Talian diputuskan. Eva bertuah mempunyai adik-beradik yang masih setia bersama dengannya, tak kira waktu susah atau senang. Erika dan Hidir dianugerahkan seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Esmir dan karen menantikan kelahiran anak sulung mereka dalam tiga bulan lagi. Iqram dan Sally dan ada empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.

Dari apa yang Eva ketahui, Khai sudah tidak menetap bersama Hayden lagi di penthouse. Ke mana Khai, tiada siapa yang tahu. Tapi, sesekali Khai akan muncul di pejabat Hayden untuk membantu Hayden menguruskan syarikatnya. Selebihnya, Eva tidak mahu mengambil tahu. Bagi Eva, dunia Eva adalah anak-anak. Eva tidak ambil pusing apa yang berlaku sekelilingnya.

Bukan tiada kumbang yang datang menyunting, namun Eva menolaknya mentah-mentah. Ada beberapa orang anak kenamaan yang berminat mahu berkenalan dengan Eva. Tapi, belum sempat Bonda Emira memulakan bicara, Eva terlebih dahulu mohon jangan diganggu. Mereka semua kecewa dengan penolakkan Eva.

Kecuali dua seorang jejaka yang merupakan anak orang kenamaan dan jutawan di Turki. Kedua-duanya menaruh hati ada Eva. Mereka pernah bertemu dengan Eva ketika makan malam di rumah agam Bonda Emira dan mereka merupakan jemputan Bonda Emira. Kedua-dua jejaka itu mempunyai karakter yang cukup berbeza di mata Eva.

Benzema Bashir, cukup tampan, tinggi lampai, namun berperwatakkan kasanova, berlagak dengan kelebihan yang ada padanya. Berbeza dengan Ahmed Ashran. Seorang lelaki yang bersederhana. Baik pertuturan, perwatakkan, pemakaian dan penampilan. Ashran bijak mengatur kata. Berbeza dengan Benzema, yang lebih banyak mendominasi. Eva kurang gemar dengan Benzema. Namun, itu tidak bermakna, Eva sukakan Ashran.

Eva melayan mereka sama rata. Eva tak mahu terlalu taksub berkenalan dengan orang lain. Eva tak mahu menipu. Eva gemar berterus-terang walau dengan sesiapapun. Yang dia masih bergelar seorang isteri dan mempunyai dua orang anak. Eva tak mahu mereka meletakkan harapan pada dirinya. Dan Eva berharap mereka juga tidak meletakkan apa-apa sasaran pada Eva. Eva tidak mampu melupakan kisah silamnya.

"Eva... Apa kurangnya I, Eva? I kaya, kacak, tampan... I ada segalanya... Apa lagi yang tiidak cukup dengan I, Eva?" Soal Benzema ketika menemui Eva disekolah sikembar.

"Ben... Tolonglah jangan paksa I. I tak pernah bagi you harapan. Dan I dah pernah ingatkan you jangan simpan apa-apa perasaan pada I. I tak suka, Ben. I ada anak-anak. Anak-anak I, dunia I..."

"Eva... Kalau you kahwin dengan I, kita akan ada anak juga."

"Apa yang you melalut ni, Ben? Kenapa jauh sangat angan you ni?"

"Eva, you tak suka I ke Eva?"

"I suka you sebagai seorang kawan. That's all... I tak pernah cakap I sukakan you, Ben..."

"Sampai hati you, Eva. I sukakan you, Eva. I sayangkan you..."

"Tapi, I tak sayangkan you, Ben. You tak faham ke? I dah cakap. I tak suka ada orang yang meletakkan harapan pada I. I tak boleh, Ben..."

"Tapi, kenapa Eva? Kenapa susah sangat you nak terima I, Eva? I tak cukup kacak ke untuk you? I tak cukup kaya ke untuk you?"

"Rupa dan harta bukan ukuran Ben... I tak hairan semua tu."

"Then? Kenapa susah sangat you nak terima I, Eva?"

"Sebab I masih isteri orang. Hidup I hanya untuk anak-anak I. You faham tak? I masih isteri orang."

"You tak payah tipulah, Eva. I tahu, you nak orang yang mampu buat you senang-lenangkan? You tak nak hidup susahkan? Betulkan Eva? Sebab you tak nak I. You tolak permintaan I?"

"Jangan tuduh I sebarangan, Ben... I bukan perempuan sebegitu hina... Tolong jangan paksa I..."

"So, kenapa susah sangat you nak terima I dalam hidup you? Apa kurangnya I, Eva? You nak I buat apa lagi untuk you terima I dalam hidup you? Cakap, Eva. Cakap! Berapa yang you nak supaya you boleh jadi isteri I?"

Pang! Terteleng wajah Ben selepas ditampar Eva.

"Eva... How could you?" Ben memegang pipinya yang ditampar Eva.

"Jangan sewenang-wenangnya menuduh I, Ben. You tak kenal I, you tak tahu apa sebenarnya kisah I... Jangan berani nak tuduh I sebarangan. Ingat Ben... Itu baru sikit, Benzema... Jangan ingat I macam perempuan-perempuan kat luar sana yang mudah you nak kenakan... I, Eva Elyana Binti Esmid Eshran, bukan perempuan murahan! Remember that!"

"One more thing, Benzema Bashir... Jangan berani nak tunjukkan muka you depan I dan anak-anak I lagi." Warning Eva.

"Mummy..."

"Let's go, babies..." Tangan Haz dan El ditarik masuk ke dalam kereta Mercedes GLA berwarna silver milik Eva, pemberian Bonda Emira.

"Mummy..."

"Yes, baby?"

"Are you ok?"

"Yeah... I'm ok. Don't worry."

"You're crying..."

"No, I'm not."

"Mummy..."

"Haz, El... Listen to mummy. Jangan follow sesiapapun selain dari mummy, ok?"

"Kalau ada orang lain yang datang nak jemput Haz dan El dari sekolah, please jangan ikut. Stay with your teacher, understood?"

"Yes, mummy."

"That's my babies... They're bad guys."

"Ok, mummy." Eva simpan senyum. Air mata yang masih bersisa diusap dengan kekura tangan. Benda yang paling Eva benci, bila dia serik diasak dan dipaksa dengan pelbagai soalan mengarut. Selepas kejadian itu, Eva sedikit aman bila tiada lagi Ben yang sering mengganggunya ketika menjemput anak-anaknya di sekolah. Tapi, Eva diganggu oleh suami-suami orang yang gatal dan miang yang sering mengusiknya dan memberikan hadiah dan bunga. Puas sudah Eva menolaknya. Tetapi, mereka tetap degil. Eva terluka bila digelar perempuan gatal hanya disebabkan itu. Sedangkan Eva sendiri tidak pernah melayan lelaki-lelaki gersang itu.

"Huh! Dasar perempuan murah. Entah-entah, kena tinggal dek laki dia sebab menggatal." Kata-kata yang sering Eva dengari lantaran kesilapan yang berpunca dari lelaki gatal yang sering melihat Eva menjemput anak-anaknya. Bukan seorang yang berbuat begitu. Ada jugak lelaki yang turut sama membenci dan mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan.

"Entah-entah, budak-budak tu, anak luar nikah."

"Kau ingat kau cantik sangat? Kau belum kenal siapa aku, perempuan..."

"Kenapa kau jual mahal sangat? Perempuan macam kau ni, dah tentu hanya mahukan wang dan hartakan?" Itulah kata-kata yang sangat menyakitkan telinga Eva sepanjang tempoh dia menghantar dan menjemput sikembar dari sekolah. Bukan hanya itu, malah Eva pernah diberi amaran oleh beberapa orang wanita yang mengugut Eva agar menjauhkan diri dari suami mereka hanya kerana Eva menghadiahkan senyuman pada mereka. Pelik cukup pelik Eva rasakan.

Eva tidak pernah berbicara dengan mereka apatah lagi bertegur-sapa, namun Eva tetap dipandnag seorang oleh segelintir manusia yang mempunyai sifat busuk hati dan dengki. Sebab itu juga, Eva sudah beberapa kali menukar sekolah anak-anaknya. Pernah Bonda Emira menasihatkan Eva untuk menggunakan kuasa veto yang Eva miliki, tapi Eva enggan berbuat demikian. Eva tak mahu menjadikan semua itu sebagai alasan untuk dia diberi keistimewaan..

Assalammualaikum... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinnya, terbit satu lagi karya sis yang ke 14, rasanya kot. Sis pun dah lupa. Kasih Tersimpul Rapi, kesinambungan Kasih Bersulam Dusta... Masih menampilkan Eva Elyana sebagai heroinnya. Maaf, sebab KTR akan mengambil sedikit masa untuk diupdate sebab sis nak tumpukan perhatian pada Dia...Bodyguard Tengku Aryan Ardani. Enjoy reading guys...

Share this novel

DHIA AMIRA
2023-05-22 20:11:18 

done vote td ...

siti mariam
2023-02-01 22:10:29 


NovelPlus Premium

The best ads free experience