"Mummy...?"
"Yes, baby..." El mendekati Eva lalu duduk di riba mummynya.
"Kenapa tak tidur lagi ni? Esokkan sekolah..."
"I can't sleep..."
"Why?" El menggeleng. Eva kasihan melihat si anak. Sejak dari dalam perut, Ela dan Haz tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Walaupun, mempunyai sepupu rapatnya di Turki, itu bukan alasan untuk Eva membenarkan mereka mendekatan diri pada anak-anak Eva. Eva sedar, dia masih isteri kepada Hayden memandangkan sehingga saat ini, Hayden tidak pernah terlepas memasukkan duit belanja buat Eva. Eva amat berharap, Hayden atau keluarga Hayden tidak tahu akan kewujudan anak-anak ini. Eva tak mampu nak membayangkan sekiranya dia dipisahkan dengan anak-anak.
"El bermimpi ke?" El mengangguk perlahan. Tiba-tiba wajah anak kecil ni, mencebik. Air matanya mengalir perlahan-lahan di pipi gebunya.
"El baby... Kenapa ni, sayang? Kenapa sedih sangat ni? Hurm... Mummy tak marah El pun?" Wajah anak kecil itu, dikucup berkali-kali.
"I miss daddy..." Tersekat-sekat bicara anak kecil itu dengan esakan. Eva mati kata. Eva tak pernah menyorokkan wajah Hayden dari anak-anaknya. Eva akan memastikan anak-anaknya mengenali siapa daddy mereka. Eva sengaja menggantung potret dirinya dengan Hayden di dinding rumah mereka. Eva akui, masih menyayangi Hayden kerana mereka pernah bersatu hati, bercinta dan bergelar suami isteri walaupun hanya sementara. Tapi, Eva pasti, kasih sayang antara mereka berdua kini hanya tinggal kenangan.
"El sayang... Daddy is always in your heart."
"Mummy..."
"Haz... Haz pun tak boleh tidur? Teringatkan daddy?" Hazrin mengangguk.
"Mummy?"
"Ya, sayang."
"Where is daddy?" Eva terkedu. Air liur ditelan kelat.
"Mummy? Where is daddy?"
"Daddy kat Malaysia, sayang. Ingat tak, mummy cakap, kita kena belajar bahasa melayu sebab one day, kita akan balik ke Malaysia... Ingat tak?"
"Then, we can meet daddy?"
"In shaa Allah..."
"Yeah!" Terpampang kegembiraaan di wajah El dan Haz mendengar kata-kata Eva. Eva sendiri tak mampu nak mengelak dari berjanji dengan anak-anaknya. Perasaan kasihan pada anak-anak semakin menebal selepas sering diejek tidak berayah. El sering digelar anak tak berayah dan ada masanya, anaknya akan menangis tersedu-sedu selepas digelar anak luar nikah. Hazrin sendiri pernah memukul rakan sekelasnya sehingga Eva terpaksa menukar sekolah anaknya akibat peristiwa itu lantaran diejek anak luar nikah.
"Ok, sleep time..."
"Ok, mummy. Night mummy..."
"Night, baby... Assalammualaikum babies..."
"Waalaikumussalam..." Eva menghela nafas lega bila El dan Haz masuk ke biliknya sendiri.
'Ya Allah... Tolong aku Ya Allah... Tolong aku...' Rintih Eva.
*****************************
"Hai Eva..." Terhenti langkah Eva bila namanya disebut.
"Eh, Eiman... Eiman dari mana?"
"Eiman ada lunch dengan client tadi. Eva dari mana?"
"Oh... Eva baru habis meeting dengan owner butik yang nak share business dengan Eva."
"Share business?"
"Hurm... Dia berminat nak tolong Eva promote rekaan Eva."
"Eva setuju ke?"
"Belum lagi. Tak berani nak bagi jawapan. Lagipun, Eva belum kenal dia. Bonda Emira pun tak benarkan Eva terus bersetuju. Bonda nak minta tolong pekerja bonda untuk selidik latar belakang owner tu..."
"Emm... Itu yang sebaiknya... Sekarang ni, bukannya boleh nak percayakan orang sangat. Bahaya... Lagi-lagi orang cantik macam Eva ni. Senang sangat ditipu orang..."
"Ish, apa yang Eiman mengarut ni?"
"Betul apa... Eva cantik. Tentu ramai orang yang beratur menantikan Evakan?"
"Taklah... Eva biasa je..."
"Eiman selesa denga Eva. Eva selalu sangat merendahkan diri. Tak pernah nak showoff. Stay humble."
"Ish, Eiman ni... Mana ada... Nak buat apa nak show off... Kita ni sama je di sisiNya."
"That's why I like you, Eva..."
"Eiman ni mengarutlah."
"Eh, Eva nak ke mana? Nak ambil anak-anak ke?"
"Eiman... Hari ni, Sabtukan... El dengan Haz ada kat bonda... Eva minta tolong bonda tengok-tengokkan dorang sebab Eva ada meeting hari ni. Nak bawak anak-anak, takut dorang boring pulak."
"Oh... Kalau macam tu, bolehlah kita ke cafe kat bawah tu... Kita minum-minum dulu. Boleh tak?"
"Emm... Tak lamakan?"
"Kenapa?"
"Eva risaukan anak-anak."
"No... Tak lama pun... Kita minum-minum sekejap. Borak lebih kurang. Eiman tahu, Eva sibuk. Nak ajak Eva keluar pun, belum tentu Eva nakkan?" Eiman perasan, wajah Eva berubah sedikit.
"Eva, I'm sorry, ok. Eiman tak maksudkan apa-apa. Eiman tahu, El dan Haz segala-galanya untuk Eva. Eiman hanya nak tumpang kasih sayang anak-anak Eva je. Bolehkan?"
"Thanks, Eiman. Eva dah banyak susahkan keluarga Eiman."
"Jangan cakap macam tu, Eva. Kita ni satu keluarga. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing." Eva simpan senyum.
"Wow, Eiman... Semakin bijak berbahasa melayu."
"Of course. Eiman nak pelajari banyak tentang budaya orang Melayu di Malaysia. Mungkin one day, Eiman dapat beristerikan orang melayu, who knows..." Eva menelan air liurnya. Eva faham maksud Eiman. Sudah beberapa kali Eiman melamar Eva, tetapi, jawapan Eva tetap sama. Eva masih isteri orang.
"Dahlah... Jom, kita ke cafe dulu. Nanti kita sambung berbual lagi." Eva mengangguk perlahan. Mereka melangkah perlahan menuju ke cafe. Dalam tidak mereka sedar, segala tingkah laku mereka, diperhatikan seseorang. Beberapa keping gambar mereka diambil tanpa pengetahuan mereka.
"Eva macamana sekarang? Semakin selesa tinggal di Turki?" Soal Eiman selepas minuman yang dipesan tiba.
"Alhamdulillah..."
"Eiman tak rasa begitu..."
"Kenapa Eiman cakap macam tu?"
"Eva, kenapa sorok masalah Eva sendiri?"
"Apa maksud Eiman?"
"Eiman tahu apa yang Eva lalui. Eiman tahu apa yang Eva rasakan. Apa yang anak-anak Eva rasakan. Eiman faham... Sebab tu, Eiman nak kongsi kasih dengan Elena dan Hazrin. Anak-anak tu tak bersalah, Eva. Jangan disebabkan masalah Eva dengan Hayden, anak-anak kehilangan kasih sayang seorang ayah. They deserve to be happy, Eva." Eva tertunduk. Air mata mula bertakung ditubir mata.
"Eva, Eiman minta maaf. Eiman takde maksud pun nak buat Eva sedih. Eiman hanya nak bantu Eva, itu je. Eiman cuma minta Eva, izinkan Eiman berkongsi kasih dengan anak-anak Eva. Bukan sebagai daddy mereka, tetapi sebagai papa mereka. Bolehkan?" Eva menghela nafas.
"Eva tak nak susahkan orang."
"Eva, Eva cousin Eiman... Eiman sayangkan Eva, walaupun Eiman tahu, Eva takkan balas cinta Eiman. Tapi, izinkan Eiman curahkan kasih sayang Eiman pada anak-anak Eva. Anak-anak tu, tak bersalah, Eva. Dorang layak menerima kasih sayang seorang ayah walaupun Eiman tahu, ianya takkan kekal lama."
"Eva... Eva..."
"Eva Elyana... Dengar sini... Apa jua yang berlaku, walaupun Eva tak dapat balas cinta Eiman, tapi, Eiman minta sangat, jangan pisahkan kasih sayang Eiman dengan El dan Haz. Dorang berhak merasa bahagia macamana Eva. Anak-anak tu rindukan daddy mereka Eva. Eiman hanya nak menumpang kasih anak-anak comel tu je. Bolehkan?"
"Janji dengan Eva yang Eiman takkan sesekali ungkit perkara ni lagi depan anak-anak?"
"Tentang perasaan Eiman pada Eva?" Eva mengangguk perlahan.
"Eiman janji. Tapi..." Eva menoleh dengan dahi yang berkerut.
"Tapi apa?"
"Tapi, promise me, Eva akan bagi Eiman peluang jika tiba masanya, boleh?"
"Eva minta maaf. Eva tak berani nak bagi harapan. Eva minta maaf sangat. Semuanya dengan kuasa Allah. Jika Allah berkehendakkan ianya terjadi, maka terjadilah ia."
"Baik, Eiman faham."
"Terima kasih Eiman. Thank you for understanding."
"My pleasure dear. Dah, minumlah. Anak-anak comel tu menanti mummy dorang. Merajuk dorang nanti." Eva simpan senyum.
"Ops... Thanks a lot." Eva mengerutkan dahinya ketika seorang pelayan muncul di hadapan Eiman sambil menyerahkan sebuah kotak.
"Apa tu?"
"Ni, hah... Untuk El dan Haz. From Papa Eiman with love." Eva melebarkan senyuman seraya menyambut huluran dari Eiman.
"Thank you, Eiman. You're such a nice person. Eva akan sentiasa mendoakan kebahagiaan Eiman dunia dan akhirat. Moga Eiman bertemu dengan seorang wanita yang Eiman dambakan. Yang mampu menjaga Eiman sebaiknya."
"Aamiin..." Wajah diraup. Eva tersenyum lagi.
"You had such a beautiful smile, princess." Berbahang wajah Eva saat ini.
"Ok, ok... Let's finish your latte."
"Thanks Eiman."
"Most welcome, princess..."
*****************************
"Mummy, mummy, mummy... Yeah, mummy is back..." Girang hati si anak melihat mummynya di depan mata.
"Anak-anak mummy, nakal tak?"
"No, mummy."
"Really?"
"Ya, Eva. El dengan Haz ni baik sangat. Tak ganggu bonda langsung. Kan sayang bonda?" Kepala Haz dan El dielus Bonda Emira.
"Good."
"Mummy, where have you been?" Soal Haz.
"Sorry, babies... Mummy ada meeting tadi. Nah! This is for both of you." Eva menyerahkan sekotak pastri dan kek pada anak-anaknya lalu diletakkan di atas meja.
"Wah, cakes and pastry. Thank you mummy..."
"Most welcome, baby... Tapi, bukan mummy yang belikan..."
"Then, who?"
"Papa Eiman..."
"Papa Eiman?"
"Eiman? Mana Eva jumpa Eiman?"
"Kat mall tadi, bonda. Eva ada meeting dengan client yang nak tolong promote pakaian Eva tu... Eiman kebetulan ada lunch dengan client dia. Lepas tu, kita orang minum kat cafe..."
"Oh... Patutlah lambat."
"Sorry, bonda."
"Eh, bukan sebab tu. Eiman yang lambat. Dia ada janji dengan Nadin. Nadin bising dengan bonda. Tak senang duduk si Nadin. Dah macam cacing kepanasan."
"Lar... Ya ke? Takde pulak Eiman cakap dia ada janji dengan Nadin..."
"Emm... Eiman kalau dah bercakap dengan Eva, Eva faham jelah..." Eva tertunduk malu.
"Eva masih belum dapat terima Eiman?" Eva menghela nafas.
"Eva minta maaf, bonda. Eva masih isteri Hayden, bonda. Eva belum terima apa-apa bukti yang mengatakan Hayden dah lepaskan Eva. Bonda fahamkan?" Bonda Emira mengusap bahu Eva.
"Bonda faham. Tapi, sampai bila Eva nak lari dari Hayden, Eva? Haz dan Elena, anak-anak Hayden. Hayden berhak tahu kewujudan anak-anak ni."
"Untuk apa, bonda? Untuk apa? Eva tak sanggup nak berjauhan dengan anak-anak Eva. Eva tak sanggup. Selama ini, Eva yang bertungkus-lumus seorang diri. Mengandung, melahirkan sampailah Eva membesarkan dorang seorang diri."
"Hayden tak tahu kewujudan anak-anak ni, Eva. Hayden berhak tahu." Terhenti suapan Hazrin dan Elena bila nama daddy mereka, Hayden disebut. Sikembar berpandangan sesama sendiri. tunak mata dialih ke arah Eva yang sedang menahan sedih.
"Eva... Eva tak tahu, bonda dan Eva tak nak Hayden tahu akan kewujudan anak-anak ini. Eva tak nak berpisah dengan anak-anak Eva. Eva tahu... Hayden akan tuntut anak-anak ni dari Eva. Eva tak sanggup."
"Eva, bonda tak kata macam tu. Bonda percaya, Hayden takkan pisahkan Eva dengan anak-anak. Tapi, Eva tak kesiankan Haz dan El ke? Dorang perlukan daddy mereka, Eva..."
"Tak! Anak-anak Eva dah ada Eva. Dorang tak perlukan daddy dorang. Dorang anak Eva, bukan anak Hayden."
"Eva Elyana... Mengucap, Eva... Anak-anak ini takkan wujud tanpa Hayden, Eva. Ingat tu. Sampai satu masa nanti, anak-anak ni akan memberontak, Eva. Dorang perlukan kasih sayang Hayden, sebagai daddy dorang."
"Biarlah bonda. Biar keadaan yang menentukan segala-galanya. Bagi Eva peluang mengecap kebahagiaan diri sendiri. Eva dah penat berjuang. Eva dah penat bersabar. Eva dah penat pertahankan perkahwinan kami." Eva melepaskan keluhan.
"Mummy..." El dan Haz merapati Eva yang sedang berduka. Air mata Eva yang mengalir dipipi, dielus.
"Mummy, don't cry."
"I'm not crying, baby..."
"I promise you, mummy. I will never ask about daddy anymore."
"Me too, mummy. I don't want to see you crying. We love you, mummy. We love you so much." Ujar Haz mewakili El. Tubuh Eva dipeluk erat oleh kedua-dua anaknya bersama air mata yang membasahi wajah Eva.
"Mummy loves El and Haz." Bertalu-talu wajah anak kecil itu dikucup.
"Eva, bonda bukan nak lukakan hati Eva, atau nak Eva ingatkan kenangan lama tu. Eva kena ingat, semua yang berlaku ada hikmahnya, Eva. Apa jua yang Eva lakukan, Eva kena ingat, tanpa Hayden, anak-anak ini takkan wujud... Fikir-fikirkanlah." Bonda berlalu meninggalkan Eva dan anak-anaknya di ruang makan rumah agam itu.
"Eva dah dengarkan?" Tertoleh kepala Eva ke arah suara yang entah dari mana datangnya.
"Nadin..." Cepat-cepat Eva mengusap air matanya.
"Eh, bukan Nadin ada temujanji dengan Eiman ke?"
"I'm here, sweety."
"Lar... Kat sini, rupanya sayang Papa Eiman..."
"Papa Eiman..." El dan Haz terus menerpa ke arah Eiman sebelum mengucup tangan Nadin dan kembali pada Eiman.
"Do you like it, Haz, El?"
"Yes, papa..."
"Very good..."
"Babies, dah salam Papa Nadin?"
"Done, mummy." Eva simpan senyum. Nadin dan Eiman antara sepupu Eva yang paling rapat dengan Eva. Berbeza dengan sepupu-sepupu perempuan Eva yang lain. Mereka cemburu melihat kemesraan Eva dengan Nadin dan Eiman. Bagi Eva, dia melayan sepupunya semua, sama rata.
"Eiman, Nadin... Dari mana?"
"Dating..." Jawab Nadin selamba. Nadin memang suka bergurau orangnya.
"Hah? Berdua...?"
"Ish, Eva ni. Mengarut je... Mana ada... Tadi, ada meeting dengan orang yang nak sewa rumah kami. Tapi, cerewet sangat. Malas nadin nak layan."
"Lar... Kenapa? Rugilah macam tu..."
"Takde ruginya. Penyewa tu, orang Malaysia... Nak sewa rumah tu untuk seminggu. Masalahnya, dorang tu cerewet sangat. Pening Nadin nak melayan kerenah dorang."
"Dari Malaysia?"
"Yap. Teruja eh, dengar pasal orang Malaysia nak datang sini?" Eva simpan senyum.
"Berapa ramai?"
"Dalam sepuluh orang macam tu."
"Lar... Tak ramai pun... Apa yang susah sangat?"
"Tak susah Eva cakap? Dorang..."
"Nadin..." Eiman menggeleng.
"Dorang apa? Nadin, Eiman... Apa yang korang sorokkan ni? Cakaplah..." Eiman dan Nadin berpandangan.
"Hei, guys... Apa yang korang sorokkan dari Eva ni? Cakaplah..."
"Fine... Korang tak nak cakap, takpe. Eva nak balik."
"Eva, wait." Lengan Eva dirangkul Eiman.
"Sebenarnya, nama orang yang nak sewa rumah tu, Tengku Hisyam Hasbullah." Ternganga mulut Eva mendengar nama yang disebut Eiman.
"Tengku Hisyam Hasbullah...?"
"Ya, Eva. Sebab tu, kami tolak. Lagipun, rumah yang dorang nak sewa tu berdekatan dengan rumah yang Eva tinggal sekarang. Eva fahamkan maksud kami...?"
"Eva, Eiman minta maaf." Eva terdiam. Memang Eva tidak mahu bertemu dengan sesiapapun dari keluarga Hayden. Eva bimbang hal Elena dan Hazrin akan diketahui Hayden. Wajah sugul Elena dan Hazrin direnung.
Another free chapter for Kasih Tersimpul Rapi... Enjoy reading guys...
Share this novel