Bab 1

Drama Series 167

“Bismillahirahmanirrahim. Sama cantik, sama padan. Macam pinang dibelah dua! Aduh, tenang betul hati bila tengok pasangan pengantin kita pada hari yang penuh keberkatan ni!” ​Suara MC bergema merentasi pembesar suara dewan, terus disambut tepukan riuh daripada para tetamu.
​“Mempelai lelaki kita, Encik Zakuan segak betul dia hari ni. Dan cuba tengok permaisuri kat sebelah dia tu, Cikgu Mawar. Masya-Allah... cantiknya bagai bidadari. Bertuah betul Encik Zakuan dapat menyunting bunga seindah ni!” ​MC terus menceriakan suasana dewan yang gilang-gemilang.
Zakuan di atas pelamin tersenyum mendengarnya begitu juga dengan ratu hatinya, Mawar. Mawar Seruni...
Sementara itu di meja-meja tetamu, bisik-bisik pujian mula rancak kedengaran.
​“Kacak betul Zakuan ni kan, Kak Som?” bisik Mak Cik Kalsom pada jiran sebelah sambil menyua nasi minyak ke mulut.
"Untung Mawar... dahlah dapat arkitek, orang kaya pulak tu. Kalau ikutkan budak Johan yang dulu tu, hm... tak tahu lah nak jadi apa. Baran satu hal, kerja pun suam-suam kuku!”
​“Itulah pasal, Kak Som,” sampuk Puan Rohani dari sebelah.
“Tengok cara Zakuan pegang tangan Mawar tu pun dah tahu dia jenis jaga betul. Budak Mawar ni kan memang pemalu sikit. Redup je muka dia tu. Memang jenis dengar cakap suami, ni...”
​“Dua-duanya... padan sangat. Macam dalam drama TV!” puji seorang tetamu lelaki yang berlalu di tepi pelamin sambil memegang pinggan kuih.
​Di atas pelamin, MC menghampiri pasangan pengantin dengan mikrofon di tangan untuk acara potong pulut kuning.
​“Haaa... Encik Zakuan, bisikkanlah sepatah dua kata cinta buat isteri tercinta di hari bahagia ni,” usik MC. Sorakan nakal daripada kawan-kawan Zakuan terus bergema.
​Zakuan cuma tersenyum nipis. Wajahnya kekal tenang. Dia menundukkan sedikit badan lalu meletakkan jemarinya di atas genggaman tangan Mawar yang sedang memegang pisau pemotong. Bila kulit mereka bersentuhan, Mawar tersentak kecil sebelum badannya secara refleks rapat ke sisi Zakuan.
​“Terima kasih sebab pilih abang, Mawar. Abang janji... abang akan jaga Mawar baik-baik sampai akhir hayat abang,” bisik Zakuan rapat di telinga Mawar. Nadanya cukup lembut.
​Namun, belum sempat Mawar membalas. Mawar terasa seperti ada angin melanggar tepinya.
​“Kenapa sayang?,” bisik Zakuan di balik senyuman manis yang masih terukir di wajahnya.
​Airmuka Mawar terus berubah. Bebola matanya mengerling sekilas ke arah sudut belakang dewan. Di sebalik laluan masuk tetamu, kelihatan satu kelibat lelaki berjaket hitam berdiri kaku.
Johan. Lelaki itu memandangnya dengan renungan tajam. Zakuan yang perasan arah pandangan Mawar makin memegang kemas pinggang Mawar, seakan mahu menandakan hak milik.
​“Aww... bersemut dewan kita hari ni!” seloroh MC melepaskan usikan tanpa menyedari ketegangan halus yang melintas.
“Tengok tu, memang sehati sejiwa betul!”
​Mawar mendongak. Nafas mula terasa berat. Tatapan redupnya memandang Zakuan dengan sedikit rasa gerun yang cuba disembunyikan.
"Abang ada sayang..." bisik Zakuan lagi. Mawar perlahan-lahan mengangguk dan meneruskan upacara potong pulut.
Para tetamu sekali lagi bertepuk tangan.​Suasana majlis makin meriah bila paluan kompang daripada Kumpulan Kompang Kampung Pandan mula memecah ruang. Irama lagu Selamat Pengantin Baru memenuhi segenap sudut dewan.
​Di atas pentas utama, MC yang segak berbaju Melayu Teluk Belanga merah hati tak henti-henti menghidupkan suasana. Dia membetulkan mikrofon sebelum melontarkan pantun...
"​Awan berarak di langit biru. Terganti malam bintang berkedip. Selamat pengantin baharu buat Zakuan dan Mawar. Moga kekal abadi hingga ke syurga jannah!"
​Tepukan dan sorakan sekali lagi memenuhi dewan.
​“Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,” sambung MC lagi dengan gaya ramah.
“Lihatlah sendiri keindahan susunan takdir hari ni. Bunga yang mekar wangi di taman, kini dah selamat dipetik oleh wira pilihan hati. Encik Zakuan. Arkitek muda yang bukan saja berbudi bahasa tapi terkenal dengan sifat tenang dan kepimpinannya."
​Di barisan meja kenamaan, beberapa orang mak cik dan sepupu Mawar sibuk merakam gambar guna telefon pintar masing-masing tanda kagum.
​“Eh, Gayah... kau tengok Zakuan tu. Dari tadi sikit pun tak lepas pinggang Mawar. Melekat betul!”
“Elok sangatlah tu. Masa Mawar putus tunang dengan Johan hari tu, ingatkan dia merana. Sekali nah... dapat yang jawatan tinggi, kaya, romantik pulak tu!”
​“Hish, kau ni Datin Rogayah... bertapis sikit mulut tu,” bisik Datin Hapizah perlahan sambil melirik kiri kanan, takut orang lain terdengar.
“Eh, betullah tu. Aku dengar-dengarlah kan si bekas tunang Mawar tu, tak habis-habis meroyan. Baran orangnya. Kalaulah... jadi kahwin dengan budak Johan tu, memang merana seumur hidup.”
​MC kemudian menggamit perhatian ramai untuk acara tepung tawar dan ucapan daripada wakil keluarga.
​“Seterusnya, marilah kita dengar sedikit ucapan daripada mempelai kita, ni. Silakan Encik Zakuan untuk menyampaikan sepatah dua kata,” umum MC lalu menyerahkan mikrofon.
​Zakuan berdiri tegap. Sebelah tangannya menggenggam kemas jemari Mawar. Ibu jarinya perlahan-lahan mengusap belakang tapak tangan Mawar tanpa henti.
Sebelah lagi memegang mikrofon. Dia membetulkan samping songketnya sebelum melempar senyuman manis ke arah dewan.
​“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera buat semua yang hadir,” suara Zakuan kedengaran merdu dan penuh keyakinan.
“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada mama, papa seluruh keluarga dan sahabat handai yang sudi hadir raikan hari bahagia kami. Buat Mawar... terima kasih sebab terima abang. Abang berjanji di depan semua yang ada di sini, Mawar lah satu-satunya jiwa yang akan abang jaga, abang lindungi dan abang pegang sampai akhir hayat. Takkan ada siapa yang boleh pisahkan kita.”
​Lirik matanya sempat menyapu tepat ke arah Johan di hujung dewan. Johan mengetap rahang sebelum berpaling dan melangkah keluar dari dewan dengan langkah terburu-buru.​Ucapan Zakuan membuatkan sesetengah tetamu wanita menyapu air mata terharu. Kata-kata itu kedengaran begitu mendalam dan romantis.
​“Mawar... sudi tak Mawar berjanji untuk sentiasa ada di sisi abang?” usik MC, acah-acah menghulurkan mikrofon ke arah Mawar.
​Mawar tak menyambut mikrofon itu. Pandangannya perlahan-lahan beralih, menatap tepat ke dalam anak mata Zakuan. Jeda.
​“Saya... akan sentiasa bersama abang,” tutur Mawar halus. Suaranya sedikit bergetar biarpun telah menarik dan melepaskan nafas gementar.
​“Masya-Allah! Sehati sejiwa! Dijawabnya terus dengan penuh kelembutan!” jerit MC gembira sambil memulakan tepukan beramai-ramai.
​Di bawah limpahan cahaya lampu pentas, Zakuan menundukkan kepala lalu...
"Abang bahagia tau dapat Mawar. Harap Mawar pun begitu..." Zakuan berbisik sebelum mengucup dahi Mawar dengan lembut dan lama.
Tetamu bersorak riang merakam detik indah itu.
Mawar memejamkan matanya rapat-rapat.


.

.

.

Di bawah limpahan cahaya lampu pentas, Zakuan menundukkan kepala lalu...

​“Abang bahagia tau dapat Mawar. Harap Mawar pun begitu...” Zakuan berbisik sebelum mengucup dahi Mawar dengan lembut dan lama.

​Tetamu bersorak riang merakam detik indah itu.

​Mawar memejamkan matanya rapat-rapat.

​.

​.

​.

​Pintu kereta dihempas kuat. Gegarannya memecah keheningan ruang parkir di luar dewan. ​Johan mencampak jaket hitamnya ke tempat duduk belakang sebelum menghenyakkan tubuh ke kerusi pemandu.
Tangan kirinya mencengkam stereng hingga putih buku-buku jarinya, manakala dadanya turun naik menahan gelombang amarah yang mencanak naik ke halkum.
​Sentuhan itu.
Cara Zakuan mengucup dahi Mawar. Cara jemari jantan itu memegang pinggang Mawar!
Semuanya bagaikan duri yang ditikam bertubi-tubi tepat ke dadanya.
​"Tak guna..." Johan menumbuk stereng kereta. Dua kali.
Pinn!!!
Bunyi hon terjerit memecah sunyi.
​Enjin kereta dihidupkan dengan sekali pulasan kasar. Deruman enjin meraung kuat bila pedal minyak ditekan mengejut namun kenderaan itu masih kekal berada dalam kedudukan Park.
Johan meraup wajahnya kasar dengan kedua-dua belah tangan. Rambutnya yang tersusun kini acak-acakan. ​Mawar sepatutnya berada di sebelah dia hari ini. Bukannya jantan itu!
​"Kau ingat kau dah menang, Zakuan?" gumam Johan perlahan. Suaranya bergetar rapat di celah gigi yang terkatup kemas.
​Anak matanya yang merah menikam tajam ke arah cermin sisi, memantulkan bayangan dewan gilang-gemilang yang masih sayup-sayup kedengaran irama kompangnya.
Dia tahu tatapan takut di mata Mawar tadi. Dia kenal Mawar lebih lama daripada mana-mana lelaki yang tiba-tiba hadir dalam hidup wanita itu. Mawar tidak gembira. Mawar takut. Dan dia pasti, Zakuan sedang menyembunyikan sesuatu di balik wajah tenang dan senyuman acah malaikat itu.
​"Kau ingat dengan sekeping ikrar kat depan orang ramai tu... Mawar akan jadi milik kau selamanya?" Johan menghambur rasa sebelum melantunkan pula ketawa pura-pura.
​Darah dalam tubuhnya serasa mendidih. Dia tak akan biarkan majlis penuh bahagia ini berakhir dengan bahagia juga. Tak!!!
Kalau Mawar tak boleh jadi miliknya, Zakuan juga takkan pernah merasa hidup tenang memiliki wanita itu.
​Dengan rentapan pantas, pemegang gear ditarik ke 'D'. Tayar kereta memekik memutar di atas jalan tar sebelum kenderaan itu memecah laju meninggalkan perkarangan dewan, menyerap masuk ke dalam kegelapan jalan raya.

Jemput baca ya...Harap pminat seram masih ada

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience