MAWAR YANG MATI JIWA...

DHIA AMIRA.

Drama Series 167
0
(0 ratings)

Synopsis

MAWAR YANG MATI JIWA ​“Jasadnya dirangkul mesra di atas pelamin tapi sukmanya meraung di dalam balang tembaga...” ​Zakuan dipuja sebagai suami paling sempurna di mata dunia. Dan Johan? Johan cuma bekas tunang yang dianggap gila. Meroyan tak tentu pasal kerana gagal menerima kenyataan yang Mawar sudah menggenggam jari lelaki lain. ​Dirasuk dendam yang membakar dada, Johan nekad melangkah ke dalam belantara gelap, menyerahkan jiwa dan imannya kepada ilmu hitam Sakai. Bagi Johan, jika Mawar tidak mampu dimiliki secara baik, sihir akan memaksa wanita itu merangkak dan melutut kembali ke pangkuannya. Muka pintu rumah tangga Zakuan mula dihentam serangan mistik tanpa henti. ​Namun, di sebalik tabir rumah tangga yang diganggu sihir luar itu, tersembunyi satu hakikat yang jauh lebih mengerikan. ​Mawar melayani Zakuan tanpa sedikit pun bantahan. Dia tersenyum bila disuruh. Mengangguk bila dipanggil. Tetapi tatapan matanya mati. Jasad itu kosong bagaikan patung bernyawa. Dia tidak lagi kenal apa itu air mata sejati mahupun ketawa dari sudut hati. ​Tanpa Johan sedari, kepekatan sihir Sakai yang dihantarnya telah meretakkan satu pendinding ghaib di rumah itu. Retakan yang membongkar iblis sebenar di sebalik senyuman malaikat Zakuan. ​Hakikatnya, sebelum akad nikah lagi, Zakuan telah mengikat Mawar dengan Minyak Pengasih Pirunduk. Tak cukup dengan itu, demi memastikan Mawar tidak akan pernah melawan, Zakuan tega menyerahkan sukma dan roh perasaan Mawar kepada dukun untuk dikurung rapat di dalam balang tembaga ghaib. Yang digauli dan dinikahi Zakuan selama ini hanyalah sekelujur jasad patuh yang telah mati jiwanya! ​Apabila kejamnya Pengasih Perunduk bertembung dengan ganasnya sihir Sakai, garis antara mangsa dan pemangsa mula lebur. ​Siapakah syaitan yang sebenar? Johan yang menyembah sihir demi merampas kembali haknya atau Zakuan si suami mithali yang tega membunuh jiwa isterinya demi sebuah pemilikan abadi?


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

DHIA AMIRA.

1996 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience