Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
Dengan laju jantung dalam tulang rusuk dia berdegup kencang bagaikan hendak meledak sewaktu berdiri menghadap lelaki bersuit segak dan berenungan tajam depannya. Tangannya memeluk erat jambangan bunga yang digubah awal dekat dorm sebelum datang ke situ.
"Awak nak apa?Saya perlu hadiri sesi bergambar dengan ahli keluarga saya ni. Saya dengar awak ada sesuatu yang hendak diberitahu kepada saya?"tanya Isa di hadapan gadis chubby berdress biru labuh depannya.
Fuh..!Berdebar habis sampai senak dada!Dia bukannya saja-saja nak buang masa dekat sini. Masalahnya lidah dia ni kelu pulak lepas berhadapan dengan orang yang dia sukai selama tiga tahun di kolej ni. "Saya sukakan awak Isaiah Armani.."lafaznya menyerahkan jambangan bunga itu ke depan muka Isa.
It's okay!
Reject la kalau nak.
Dia memang dari awal dah ready!
Lagipun dia dah jangka hal ni.
Siapa aje nakkan gadis chubby macam ni jadi teman wanita seseorang kan?
Well....
Tunggu apa lagi!
Isa pandang Arya dengan mata terkedip-kedip tak percaya. Jambangan bunga yang ada di depan muka di capai dalam keadaan teragak-agak.
Dengan wajah berani dan bersemangatnya, Arya buka mata setelah jambangan bunga dia di ambil lantas dia tersenyum.
"Tak apa. Awak tak perlu cakap apa-apa. Dengarkan saja."senyum Arya dengan lebar. "Sejak kali pertama saya lihat awak, saya dah jatuh cinta pandang pertama pada awak Isa. Saya tahu saya bakal di tolak. Tapi tak apa. Apa saya nak awak tahu, sebelum kita berpisah dari majlis graduasi ni, saya nak ucapkan terima kasih sebab hadir dalam hidup saya walaupun sekejap. Dan jadi cinta pandang pertama saya. Punca saya berjaya dan lulus belajar. Itu aje. Bye!" tanpa menunggu lama Arya terus berpaling dari situ dan berlari meninggalkan Isa di belakang tanpa menoleh!
7 tahun babe!
7 tahun sejak kes dia confess tu!
Sejak tu dia tak pernah ada relay yang bertahan lama.
Tak tahu la silap entah dari mana!Dosa apa dia dah buat sampaikan tuhan berikan dia jinx sampai ke hari ini dia tidak dapat bersama dengan mana-mana lelaki!
Please jangan judge!
Bukannya dia suka menjoli atau main kayu tiga okay!
Bukan!
Kalau nak dijadikan kisahnya, kes dia bermula setahun lepas dia graduate, Arya sambung belajar dekat university. Dekat situ dia minat sorang lelaki ni, handsome la jugak. Dia pun try. End up lelaki tu tak suka perempuan tapi sama jantina. You know...'bengkok'? Tak apalah. Dia cuba lagi.
Tapi tak tahu la pulak lepas kes tu .....
She keeps failing and failing without failing from fell into relationship!
Umur 21 dia bercinta selama dua minggu aje sebab teman lelaki dia adalah f*ckboy! Lelaki jenis yang suka keluar dengan macam-macam perempuan!
Pertengahan umur 21 dia bercinta selama sebulan, boleh tahan lama jugak tapi lepas tu break up sebab teman lelaki dia masa tu cuma nak sebarkan agama sesat dekat dia untuk masuk kumpulan cult dia. Gila tak putus! Memang block terus dah!
Umur 22 dia dapat calon nerd guy dari major engineering! Paling best baru rasmi semalam esoknya putus sebab lelaki tu kata tak nak bercinta dengan budak dari major seni sebab tak ada masa depan. Tf!Go to hell to that jerk!itupun nak berkira!
Umur 23, dia bercinta dengan lelaki tempat dia intern, pada awalnya okay sebab lelaki tu baik orangnya. Bertahan dua bulan aje!Alasannya?Lelaki tu sebenarnya nak jadikan Arya sebagai penjamin hutang semata! What the hell is wrong with this guy?!Like seriously!
Umur 24 , Arya jatuh cinta dekat junior tempat kerja dia pertama dia. Seorang lelaki yang sangat sweet dan cute. Siapa aje tak jatuh cinta pada orang yang cute kan!So mereka bercinta selama seminggu aje lepas dapat tahu rupa-rupanya junior tu cuba cari mangsa untuk dijadikan pisau cukur aje!Haish! menghampakan betul!
Umur 25, dia telah bertukar kerja di sebuah company publisher majalah dan pengiklanan. Jatuh cinta dengan ketua kumpulan dia sendiri. Ingatkan semuanya akan baik-baik saja. Jadi mereka bercinta selama empat bulan. Masa tu Arya dah pasang harapan hubungan dia akan berkekalan. Rupa-rupanya tidak...angan dia itu hanya mimpi di siang hari lepas dapat tahu ketua dia itu adalah bapak anak dua!Dah kahwin siap ada isteri lawa lagi tu. Lebur mat!Lebur!!!
Umur 26, dia ingatkan calon kali ni seorang yang boleh diharapkan. Rupanya sama jugak. Kali ni bukan sebab apa!Mereka bercinta selama tiga hari aje!Itupun lepas lelaki tu cakap Arya ni gemuk! Memang kena makan tapak kasut jugak la masa tu. Terus mereka putus!
Dan kali ini dia masuk usia 27 tahun.
"Maafkan saya Arya. Saya tak boleh teruskan hubungan kita."beritahu Ryan dengan muka kaku tiada perasaan. "Ibu saya dah jodohkan saya dengan orang lain.."
Haih.
You see....this f***ing jinx!
Dia nak terkejut pun tak boleh nak rasa terkejut sangat. Benda dah expect dari awal lagi.
Entah orang ke berapa kali ni Arya dah lepas kira. Dia tak boleh nak hitung sebab gagal lagi dalam percintaan!
Ironik kan!
Dia bekerja dalam bidang menyambut hari bahagia orang lain. Tapi dia sampai ke hari ini tidak menemui insan yang dapat membahagiakan hari dia!
Ya..sekarang ini dia bekerja di syarikat wedding planner. Sudah masuk tahun ke-2. Dan kali ni dia bukan Cik Chubby yang sebelum ni. Tapi itulah...dah kurus dah cantik meletop-letop pun masih jugak tak laku!
Ahhhh!!!!
Kenapa?
"Baiklah...tak mengapa. Ryan. Saya faham. Terima kasih untuk hubungan selama tiga bulan kita ni. Saya hargai semua perhatian dan juga masa yang awak luangkan untuk saya."ucap Arya dengan senyuman berserah di bibir.
"Maafkan saya Arya. Awak seorang wanita yang baik. Tiada yang kurang. Cuma jodoh saja pendek. Saya doakan awak menemui lelaki yang boleh cintai awak."
Ya!
Selagi jinx dia ini tidak terhapus!Selagi tu dia takkan dapat bercinta dengan sesiapa!
Stress!
Macam nak jadi chubby balik pun ada.
Share this novel