Rate

Episode 3 : Anak Mommy

Romance Completed 22428

Berpeluh-peluh Isaiah Armani berjoging atas mesin treadmill fitness di hadapan pintu balkoni menghadap pemandangan tingkap rumah banglo tiga tingkat itu selepas dua jam menggunakannya. Selalunya dia bersenam kalau ada waktu lapang, kali ini setiap kali dia rasa frust dia akan bersenam!

Sejak pulang dari Paris, dia banyak luangkan masa di apartment mommy dia memandangkan wanita itu sendiri jarang meluangkan masa kerana sibuk. Bukan tiada rumah sendiri, ada aje. Cuma dia lebih suka berada dekat dengan mommy dari duduk bersendirian. Maklumlah, anak momma kan.

Don't jugde man when they love theirs mother more than anything.

Kena ingat tanpa seorang ibu anak tidak akan lahir di muka bumi ni. Matter of facts, tak kira lelaki atau perempuan, ibu perlu dilebihkan dalam segala hal.

Sebab itulah Isa selalu melebihkan mommy dia dalam apa-apahal sekalipun terpaksa tinggalkan life dia di Paris sana untuk balik ke tanah air.

         "Lama betul aku tak jumpa kau, rasanya last two year kita jumpa. Pejam celik dah balik terus ke sini?"Ujar Ali di dalam panggilan tu. Rakan baik dan satu kolej Isa. Bekerja dalam bidang binaan dan interior design. Mempunyai syarikat persendirian yang ditubuhkan oleh Ali dan Isa adalah rakan kongsi lelaki itu.

         "Itulah pasal, aku sebenarnya nak singgah jenguk kau lepas balik hari tu, tapi tak sempat sebab ada banyak hal yang aku kena uruskan dulu sebelum buat apa-apa."

          "Kau sure tak nak kerja dengan aku?"tanya Ali dalam panggilan melalui air pod di telinga kanan.

Punat pada mesin itu ditekan-tekan sebelum Isa melompat turun dari situ mencapai tuala putih di tepi lengan sofa.

           "Kan aku cakap aku nak tolong mommy aku?"balas Isa di balik nafas naik turunnya. Peluh di dahi serta leher di seka dengan tuala. "Lagipun aku dah janji dekat dia... memandangkan dia short staff.."

            "Macam mana dengan aku?Beria aku ingat  lepas kau balik kau akan tolong aku dekat sini.."keluh Ali.

Hujung bibir Isa terjungkit.

            "Alah...tak muflis bisnes kau tu kalau aku tak kerja dekat situ..."beritahu Isa semasa berjalan menyusuri hallway sebelum tiba di depan anak tangga. Dia daki menaiki ke tingkat atas.

            "Eh...jangan Isa. Mulut kau tu masin."beritahu Ali dengan risau.

             Tertawa kecil Isa. Saja dia hendak menyakat sahabat satu kolejnya itu. "Sorry bro...aku memang tak boleh nak tolong."pintu bilik di tolak ke dalam. Beg bagasi yang dia belum sempat kemas di bawa naik atas katil. Pakaian bersih dikeluarkan dari situ.

             "It's okay la. Aku faham. Kau kan anak mommy. apa-apa mommy kau minta mesti la kau turutkan. Anyway, bila kau masuk kerja?"soal Ali.

              "Esok...mommy aku kata pasukan yang aku akan lead tu tiada team leader. memandangkan banyak projek yang dia orang kena handle, aku rushing masuk esok..."jawab Isa.

             "Oh...jadi bidan terjun la ni?Senang la kau dah ada pengalaman kan. So no problem untuk handle satu team.."

             "Senang kau kata?Kau tahu kan style kerja aku macam mana?Aku lebih suka handle semua sendiri berbanding kerja dalam kumpulan. Lagipun kerja dengan ahli kumpulan ni leceh. Banyak halnya. Sebabnya lain kepala lain citarasa. Sudahnya nanti aku jugak yang buat semua sendiri...better tak perlu berkumpulan..."balas Isa.

              "Fine...fine. Boss...aku tak tanya lagi dah. Hmm...so apa cerita girlfriend model kau tu?Kau dah lamar dia belum?"

Soalan Ali membuatkan Isa berdiri dekat situ sambil mencekak pinggang. Mengatur nafas supaya tenang kerana sisa mengah berlari tadi. Dia boleh agak Ali akan tanya soalan tu. Tapi tak sangka secepat ini.

               "Aku dah lamar dia.."keluh Isa dengan wajah kecewa.

               "Oh...dia reject?"Ali yang sambung sebab boleh tahu dari nada Isa waktu itu.

Of course. Gina adalah seorang model, wanita bekerjaya dalam bidang modeling biasanya sukar untuk memasang komitmen serius terutama sekali perkahwinan kerana perbezaan pendapat. Terutama sekali mengenai anak.

               "Yup!Gina tahu aku suka budak-budak. Tapi dia cakap dia tak boleh mengandung sebab nak jaga body. Lagipun aku ada minta Gina untuk berhenti bekerja sebagai model...dan dia tak senang dengan idea tu..maybe sebab tu dia decide untuk break up.."

               "What?Dia cakap macam tu?Well my brother...don't be sad. Geng Lelaki Single masih ada banyak kekosongan. Kalau kau nak boleh join. Free pass, no fee."ajak Ali dengan gelaknya.

                Selesai meletakkan bagasi semula di tepi katil, Isa berjalan masuk ke dalam bilik air. "Okay la aku nak mandi dulu. Aku call kau kemudian."

                "Alright. Take care...and also. Welcome home!Jangan lupa parti welcoming kau malam nanti."beritahu Ali sebelum memutuskan panggilan.

Bersama sisa senyuman di bibir, Isa meletakkan air pod dan telefon di atas almari vaniti sebelum masuk ke dalam bilik air berpintu kaca kelabu asap itu. .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience