Arya berdiri depan pintu rumah banglo tiga tingkat itu dengan muka bengang dia. Kenapa la Puan Singa suruh dia drive bersesak dalam jammed semata hendak suruh bawakan briefcase wanita itu. Memangnya masa keluar rumah pagi tadi tak check dulu ke apa yang tak bawak, apa yang terlupa nak bawak.
Bip!
Bip!
Bip!
Jari Arya menekan butang pada pad keselamatan pintu sebelum menolak ia ke dalam begitu sahaja sebab itu bukan kali pertama dia jejak kaki di kediaman tersebut. Sudah berkali-kali sebenarnya. Dan Puan Singa adalah janda kematian suami. Wanita itu tinggal sendirian. Dan rumah banglo itu sentiasa kosong. Jadi Arya langsung tidak berasa takut apalagi ragu untuk masuk ke situ.
Detak tumit tinggi Arya bergema taktala dia memijak anak tangga yang diperbuat dari kaca itu untuk ke tingkat atas. Iaitu bilik tidur Puan Singa berada.
Apalah!
Kalau benda dah penting lain kali pastikan dulu sebelum keluar rumah. Menyusahkan dia betu la. Dah dia ada banyak benda lagi nak buat. Pejabat ketua baru dia pun belum sempat nak kemas lagi. Kalau dia buat lambat balik pun lambat. Terlepas chance nak tengok siaran langsung Reborn Rich!
Bila Arya membuka pintu bilik tidur Puan Singa,
Langkah dia terhenti.
Aik
Kenapa lain macam aje feeling ni. Bulu roma dia tegak meremang semacam.
Hantu tumpang lalu kut!
What ever! Cepat dia ambil brief case tu cepat dia keluar dari rumah besar ni.
Arya dekati meja kecil di tepi tingkap lalu mencapai brief case hitam yang tergeletak kemas atas kerusi di meja itu. Lantas dia berpatah balik ke arah pintu dan keluar dari situ.
Namun baru sahaja Arya menutupi pintu bilik itu, telinga dia menangkap bunyi lagu. Hairan kerananya dia jalan dengan senyap sehingga la tiba di tingkat bawah lalu menyusuri hallway dimana dapur berada. Dari situlah lagu mula kedengaran jelas.
Bila Arya berdiri dekat laluan masuk ke dapur itu, seorang lelaki hanya bertuala di bahagian lower body berdiri depan peti sejuk. Meneguk air dalam botol mineral di situ. Macam...kenal aje dari side profile lelaki tu. Nampak muda dan lampai. Sekejap!Kenapa ada lelaki dalam rumah ni? Ini kan rumah Puan Singa. Sejak bila Puan Singa bersama dengan lelaki?Atau lelaki ni adalah sugar baby Puan Singa?
Arya capai handbag, mahu mendapatkan telefonnya. Sama ada polis atau Puan Singa. Dua pilihan itu aje yang dia ada saat itu.
"Apa kau buat dalam rumah aku ni?"
Arghh!!!!Melompat terkejut Arya sampai telefon yang dia baru pegang terjatuh masuk ke dalam beg semula. Dengan kalut dia undur ke belakang bila sedar yang lelaki tidak berbaju tadi sudahpyun berdiri rapat depan dia.
"Hah?"
"Apa kau buat dalam rumah aku ni?"
"Err..."rumah?Sekejap
Sempat Arya tunjuk brief case Puan Singa yang dia pegang. Buat-buat tanya dia pulak. Kan situasi sekarang dia yang tanya apa lelaki ni buat dekat rumah Puan Singa. Sedar ke tak sebenarnya yang ini rumah siapa?
'Rumah aku ni?'
Oh my god!
Arya pandang dengan mata terbutang luas setelah wajah yang sudah lama dia lupakan jelas di dalam memori mula kembali bertandang.
Lelaki itu pandang brief case di tangan Arya sebelum menyilang tangan ke dada. "Siang-siang lagi nak mencuri?"
Siapa yang mencuri?Arya buat muka tak percaya sebelum menggeleng kepala. Tak boleh jadi. Ini tak boleh jadi. Bahaya kalau dia lama-lama depan lelaki ni. Mesti kantoi siapa dirinya nanti. Mampus! "Puan Singa eh tak Puan Tiffany yang hantar saya untuk ambil barang dia.."aish!Mulut ni pun!
Cepat-cepat Arya berpaling dan berjalan laju menuju ke pintu keluar. Jantung dalam dada waktu itu berdegup laju bagai nak gila. Banyak-banyak tempat macam mana dia boleh jumpa dengan senior yang pernah dia confess 7 tahun lepas? Harap-harap la lelaki tu tak sedar siapa dirinya ini! Haish! Langkah kiri betul la hari ni!
"Sekejap!"panggil lelaki di belakang tidak semena.
Makin cepat Arya atur langkah ke pintu. Tombol pintu di pegang lalu dia tarik ke belakang sebelum meloloskan diri dari situ. Please!Jangan kejar!
Kaki bertumit tinggi Arya terlangkau anak tangga depan laluan pintu itu hingga menyebabkan dia terjatuh melutut serta merta. Habis tercampak beg dia dan brief case dari tangannya.
Serius la!
"Auw!kaki kau ni pun satu la. Masa macam ni jugak nak hilang fungsi ke?"bebel Arya saat bangunkan diri dari lantai pavement tu. Semua ni sebab lelaki bernama Isaiah Armani dekat dalam rumah tu tadi! Hidup dia tak pernah nak bertuah sejak kes dia confess pada lelaki tu. Jadi berjumpa dengan Isa semula adalah perkara terakhir yang dia mahu lakukan sekalipun dunia ini akan berakhir!
"Kau tak apa-apa ke?"tegur suara tadi semula di belakang.
Kepala Arya dengan penuh takutnya toleh ke belakang. Bila dia pandang, lelaki tadi berdiri di depan pintu dengan muka kebingungan.
"Nak aku-"lelaki itu gerak hendak hulur tangan.
No!
Jangan dekat!
Arghh!!!!
Tangan Arya naik tanda jangan.
"NO!!Please!Hiraukan saya."sambil menggigit bawa bibir menahan sakitnya, Arya bangunkan diri sendiri dari situ dan kutip beg yang tercampak di situ.
"Mommy tak cakap ada orang nak datang...maaf kalau kau terkejut."
Langkah Arya terhenti selepas dengar. Dia kaku pandang ke depan.
HUH!
Mommy?
Mengerenyet mata kiri Arya lepas dengar, dia begitu terkejut dengan kenyataan itu.
Apa tadi?Isa sebut mommy?
Jadi Isa adalah anak kepada Puan Singa?Bos dia?Takkan la!
Share this novel