BAB 4

Romance Completed 8201

Pagi itu,Sakinah sudah bersiap-siap.

Aku rasa,sudah tiba masanya aku aku bertindak.Anum sudah ku beri tahu awal-awal.Kami akan cuba mencari jawapannya hari ini.Dan hari ini,aku bakal bertemu jawapannya sebentar lagi.

''Kak..Nanti tolong bagi tahu mak ya..Kinah pergi dulu..''Aku sudah di depan pintu.

''Syam..You tak nak masuk dulu ke?Jumpa mak dulu.Aku cuba memancing.

''Kami dah lambat ni..Petang nanti ok..I gerak dulu..''Dan mereka,seperti sangat tergesa-gesa untuk meninggalkan ku.

Tidak lama mereka beredar.Aku yang sudah bersiap ala kadar,terus menukar baju kerana Tajul dan Anum sudah bersedia menunggu ku.Hari ini,aku ada misi.Misi untuk mencari kebenaran.

'Kenapa baru sekarang?'Aku terkedu.Mungkin sepatutnya aku harus lakukan semua ini dari dahulu.Bukan bila mereka semakin rapat.Apa yang aku perlu lakukan?Kalau benar mereka memang lebih dari biasa?Patutkah aku beralah?

''Kau tengok sendiri Sab..''Aku hanya mampu memandag adegan suap-menyuap itu dari jauh.Dan hati ini.Terasa bagaikan dicucuk-cucuk.

Itu baru sikit.Tadi lagi dasyat.Siap berpegang tangan,berpeluk pinggang bagai.Aku dengan Hisyam sendiri pun tidak pernah semesra itu.

''Aku tak buta lagi Anum.Tapi aku tak sangka,mereka lebih mesra..''Berbanding aku dan Hisyam,kami seperti ada tembok.Tembok yang menghalang untuk ku melayani dia semesra ini.

''Kan aku dah cakap..Tapi syukurlah..Kau dah sedar.''Anum masih belum puas dengan ulasannya.

''Yang..''Tajul memberi amaran.Mungkin tidak mahu Anum meneruskan kata-katanya.Kata-kata yang bakal menyakiti hati ini.

Aku hanya mampu terdiam,melihat kemesraan dua insan yang begitu dekat dengan diri ini.Tak sangka,selama ini aku sudah ditipu.

'Bukan kau sendiri yang buka peluang untuk mereka?'Dan hati ini berkata-kata lagi.Menambahkan sakit yang mencengkam dada.

''Jom balik..''Aku sudah tidak sanggup lagi.

''Kau tak nak kumpul bukti ke?''Aku mengeluh.

''Cukuplah apa yang aku nampak sekarang ni.''Aku penat.Terasa hendak marah,rasanya memang salah ku sejak awal lagi.Tapi mereka tak sepatutnya ambil kesempatan di atas kepercayaan yang aku berikan.

''Tapi Sab..''

''Tak apa Num..Aku turun kat sini saja.''Pintu kereta sudah ku buka seluasnya.Tidak peduli dengan tegahan Anum.Tidak peduli lagi andai Hisyam dan Sakinah melihat aku saat ini juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience