BAB 7

Romance Completed 8201

''Hisyam dengan Kinah..Kami..er..''

''Kinah!''Hisyam cuba menghalang.

''Cakap Kinah..Akak dengar.''Aku semakin bertegas.Mulai hilang sabar.

''Syam janji nak kahwin dengan Kinah..''

''Sakinah!''Emak sudah berdiri.Semua yang ada pada malam ini terkedu.Cuma aku yang tersenyum.Kerana akhirnya,semuanya sudah terbongkar.

''Syam!Apa yang Syam dah buat ni!''Mummy sudah melenting.Tangannya sudah naik memukul tubuh Hisyam yang sudah melutut di sisinya.

''Mummy..Syam minta ampun mummy..Syam janji tak buat lagi.Syam akan dengar cakap mummy.''Aku tersenyum sinis.

''Emak..Ayah..Rasanya Sab dah cuba jelaskan semuanya.Jadi,''Cincin yang mengikat kami.setahun yang lalu aku lucutkan.Aku mencapai tangan Sakinah dan meletakkan cincin itu di dalam telapak tangannya.

''Kinah dah besar..''Sakinah sudah meluruh,menangis di dalam dakapan ku.Tapi aku,tidak mampu membalasnya.Walaupun hati ini lega,tapi rasa sakit itu tak pernah dapat ku hilangkan begitu saja.

''Sab..I masih sayangkan you..''Hisyam nampaknya masih tidak berputus-asa.

''Sayang you tak membawa makna Syam..You sendiri yang musnahkan semuanya.I tahu i yang salah dalam hal ni.Jadi i rela berundur.Adik i lebih perlukan you..''Aku mengukir senyuman.Walau tidak semanis selalu,cukuplah untuk memberitahu yang aku mampu terima semua ini seadanya.

''Sab..Takkan semudah itu?''Hisyam agak tidak berpuas hati.Sakinah hanya tertunduk sejak tadi.Mungkin malu dengan situasi ini.

''You nak macam mana lagi?''Aku mulai mengeluh.Semakin tercabar dengan sikap Hisyam yang agak mendesak.

''I cuma nak tahu..Selama ini,you pernah tak cintakan I?''Aku mengeluh dalam.Semua mata sudah tunak memandang ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience