BAB 1

Romance Completed 8201

Kalau nak diikutkan, telinga aku ni dah koyak dengar kata-kata umpatan dan cercan orang. Bukan aku tak ambil kisah namun apa dayaku? Aku hanya mampu mengeluh.Bukan sekali.Bukan juga baru terjadi, tapi aku sendiri sudah lupa sejak bila ia menimpa diriku. Yang aku tahu perlahan-lahan aku main hilang sabar. Ku mohon saja Tuhan selamatkan jiwa ku ini dari patah hati.

''Aku tak fahamlah dengan kau ni Sab.Bukan aku sorang yang nampak tau..''Aku cuma mampu tersenyum.

''Selagi aku tak nampak dengan mata aku sendiri.Aku pilih untuk terus percayakan dia.''Hati sudah bertekad.Kadang-kadang orang boleh menabur fitnah.Dan aku kena bijak untuk menilai situasi.

''Nak bukti apa lagi.Kalau nak tunggu kau nampak sendiri alamatnya sampai ke sudah kau takkan tahu juga.Aku bukan nak buruk-burukkan dia orang Sab..Tapi dah banyak kali aku nampak.Selalu sangat berjumpa.Mesra pula tu!''Aku mengelengkan kepala.Anum pula yang melenting lebih-lebih.

''Aku bukan tak percayakan kamu Anum.Tapi bagi aku,itu perkara biasa.Mereka pun bukan orang lain.Sorang tu tunang aku.Sorang lagi adik aku.Aku tak nampak salahnya disitu.Lainlah dia orang buat something yang salah.Setakat keluar bersama tak salah rasanya.''Aku masih cuba untuk pertahankan orang-orang yang aku sayang.

Kadang-kadang aku sedar,aku ni bukanlah jenis sosial orangnya.Andai tiada yang penting,aku lebih rela melepak di rumah berbanding menghabiskan masa berjam-jam di luar.Dan Sakinah la yang selalu jadi mangsanya.Selalu menjadi penganti ku,menemuis Hisyam tunangan ku yang hampir setahun ini.Namun Hisyam cukup faham dengan sikap ku.Jadi ini tidak menjadi masalah buat kami.

''Kau boleh tolong aku tak Sab?Tolong celikkan mata kau tu sikit.Jangan nak pertahankan sesuatu yang aku rasa kau sendiri pun dah lama tahu!''Anum semakin tekad.Tekad untuk meyakinkan ku.

''Maaf Anum..Tapi aku akan cuba cari jawapanya sendiri.Andai jodoh aku bukan dengan Hisyam..Aku redha.''

''Begitu mudah kau beralah Sab?Kadang-kadang aku tak faham dengan kau ni.Betul ke kau ni cintakan Hisyam?Bercinta bertahun-tahun.Tapi gaya kau ni,macam kena paksa saja.''Aku tersenyum.

''Cinta?Kalau hati pandai merindu,cinta la kut.''Aku ketawa.Anum sudah mencerlangkan matanya.

''Kau ni..!''

''Aku main-main sajalah..Jangan risau..Aku ok.''

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience