BAB 6

Romance Completed 8201

Aku menapak perlahan.Kereta Hisyam masih setia di halaman rumah.Bukan itu saja.Juga kelihatan beberapa buah kereta lain.Seperti ada rombongan besar saja.Mungkin juga menunggu kepulangan ku.

Aku menarik nafas panjang.Mencari kekuatan untuk menghadapi.

''Sabrina..''Hisyam sudah meluruh mendapatkan ku.Tapi aku,cuma buat tidak peduli saja.

Bila saja kaki ini ku jejakkan ke dalam rumah,aku memberi salam.Ternyata ibu bapanya dan adik-beradiknya sudah sudah berada di ruang tamu kecil milik kami.

Aku sengaja meminta keluarganya untuk bertandang malam ini.Biarlah semuanya jelas.Aku sudah penat menghadapi semua ini.

''Ina..Kenapa ni?Mummy tak faham apa-apa..''Mummy Hisyam sudah berdiri mendapatkan ku.

''Sab..Dengar dulu penjelasan I..Kinah dengan i,tak mungkin ada apa-apa..''

''Syam..''Sakinah yang juga ada di ruang ini sudah gelabah.

''Tolong percayakan I..''Hisyam masih tidak berputus asa.

''I ada cakap apa-apa ke?Kenapa you gelabah sangat ni?''Aku masih mahu menguji.

''I..Err..I tahu.You mesti nampak i dengan Kinah kan..''Dia menjawap dengan yakinnya.

''Apa yang i nampak?''Aku masih mampu bertenang.Masih mahu bertarik-tali.Semua yang ada hanya mampu memandang saja.

''Er..Jadi,kalau you tak nampak.Kenapa you panggil family kita kumpul?You buat i cuak sayang..''Perut naik sebu bila Hisyam masih mahu mengelarkan ku dengan panggilan,sayang.

''Kalau i nak cepatkan tarikh pernikahan kita?''

Aku melirik Sakinah yang sudah cemas.Hisyam yang cuak.

''Kalau macam tu,mummy ok saja.Dari menunggu setahun lagi,baiklah dipercepatkan.''Mummy Hisyam sudah teruja.

''Tapi..Syam..''Dia meramas tengkuknya perlahan.Tanda bila dia sudah tidak keruan.Semakin mengelabah.

''Daddy pun ok saja kalau semua tu dipercepatkan.Tak begitu cik Imah..Encik Syahran.''Daddy Hisyam juga seperti sudah sepakat.

''Baiklah..''Hisyam seperti terpaksa saja.

''Tapi..''Semua mulai memandang Sakinah yang gelisah.

''Kenapa dik..''Aku cuba berlembut sekali lagi.Walau ada rasa marah yang menular.Tapi semuanya salah aku sendiri.Membuka peluang kepada mereka untuk mengkhianati ku.Layakkah aku marah bila aku sendiri dengan lagak tunggul kayu,sentiasa beralasan bila Hisyam memerluhkan ku.Sentiasa menolak segalanya kepada Sakinah?

''Takkan cepat sangat.''Dia semakin gelisah.

''Kamu ni kenapa Kinah.Yang nak kahwin tu kakak kamu.Yang kamu gelisah macam kamu pula yang kena paksa kahwin!''Emah sudah mulai melenting.Ah..Mestilah Sakinah tidak suka.

Aku melihat wajah cuak Hisyam.Memberi syarat kepada Sakinah agar mendiamkan diri saja.Aku lihat Sakinah agak takut-takut bila mana pandangan Hisyam semakin tajam.
''Kinah..Cuba cerita dengan akak..''Aku cuba berlembut lagi.Cuba memancing dia agar berterus-terang saja.Padahal hati ini sudah cukup terhiris dengan sikapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience