Bab 3

Romance Completed 334848

Desperate? Memang! Satu office pun tahu Tasnim lapar jantan. Pantang nampak lelaki hellok sikit, mula datang perangai menggeletisnya. Excuse me.. Yang hellok je tau. Yang tak hellok, ke tepi.. Tahap memilih dia tu memang minta dikecam.

Sebab tu sekarang Tasnim tak berani langsung tunjuk muka depan teman - teman officenya. Malu untuk hadap realiti.

Kejamnya Tengku Haeydar memainkan perasaan Tasnim. Untuk kesekian kalinya nombor telefon si suami didail. Tasnim rindu.. Macam biasa, dia hanya layak cakap dengan mesin je. Tapi harini percubaan ke lima tasnim berjaya. Lelaki itu sahut panggilannya. Gembira tak terkata!

"Abang... My laling! Anim rindu.. Thank you sebab angkat.. Abang cakap la dengan Anim.. Anim nak dengar suara abang.. Anim rindu."

"tak penat ke Tasnim Aima? Try hard sangat kau ni. Cuba lah reti bahasa kalau orang dah tak suka. Jangan dipaksa." lemah suara disana.

"Abang penat ke? Suara abang macam lemah je. Abang demam? Nak Anim balik sana? Anim boleh masak bubur. Boleh picit kepala abang. Anim balik ye bang? Please.. Anim nak balik.."

"Diamlah. Bising. Menyesal pulak aku angkat. Duduk sana diam-diam jangan sibuk urusan aku."

Talian ditamatkan. Tasnim diam. Satu keluhan dilepaskan. Apa pula tak kena kali ini?

"Kenapa muka macam tempe basi tu?"

Wajah si emak dikerling. "Mak.. Orang tak fahamlah dengan lelaki ni. Kita caring salah. Kita tak caring salah. Kita sayang dia, salah. Tak sayang lagilah salah."

Tasnim dah tendang telefon bimbitnya menjauh. Sakit hati. Terperosok benda alah itu jauh ke bawah almari tv.

" Lelaki ni memang complicated. Aku sampai sekarang susah nak faham dengan lelaki. Itu pasal aku pilih jadi tomboy masa muda dulu. Part berkawan, lelaki menag best. Tapi kalau bab bercinta dengan depa ni ibarat macam taik. Tak berguna. Nasib baik bapak kau lain dari yang lain." komen Mak Ujie.

"Bapak baik kan. Dia cinta mak sepenuh hati."

Mak ujie angguk kepala. Betul sangat! Arwah suaminya terlalu baik. Sampai susah dia nak cari ganti.

"Baik. Sekali pun tak pernah naik tangan kat aku. Tinggi suara pun tak pernah."

"Memang lah. Asyik mak je yang pukul bapak. Gangster kampung. Sudah lah asyik terpekik macam tarzan."

"bukan aku saja-saja nak memekak, memekik ! Bapak kau yang request mak memekik setiap masa macam orang gila. Aku layankan je lah. Menyenangkan hati suamikan dapat pahala!" Pekik Mak Ujie sengaja menyakitkan hati dan telinga si anak. Ambik! Sibuk nak mengata aku.

"Bapak dah tak ada dah mak. Orang duduk tepi ni je. Tak payah lah cakap kuat sangat. Sikit lagi nak pekak."

"aku dah terbiasa!"

Tengok! Teriak lagi. Tasnim usap telinganya yang sakit.

Kalau telinga ni pekak dah tak boleh dengar suara macho suami aku.. Tasnim jeling si emak sebelum dibawa menungan.

Dalam hati dia bermonolog sendiri. Salah ke aku sayang laki aku? Tak semena matanya berkaca. Mak ujie yang tertangkap aksi tangkap leleh si anak dah mendengus kuat.

"ini yang aku lemah ni. Ini lah sebabnya aku nak anak jantan. Tapi bapak kau sibuk nak baby girl sangat. Dia awal-awal dah ke tanah , aku yang kena menghadap drama air mata baby girl dia. Jangan lembik sangat boleh tak Tasnim?"

"Tak boleh. Orang anak bapak."

"Kalau anak bapak, pergi kedai beli kicap. Aku nak masak ayam kicap, kicap habis la pulak."

Tasnim tutup telinga. Seolah tidak mendengar arahan si emakm Orang baik punya tangkap leleh disuruh beli kicap. Kicap.. Kicap.. Kicap.. Bosan!

Mak ni makan kicap sikit punya banyak tapi tak hitam-hitam jugak. Semakin hari semakin putih melepak. Yang pelik si bapak pula yang bertukar jadi dayang senandung.

Samad yang terkenal sebagai lelaki yang jaga kulit mulusnya dah jadi separa rentung dek penangan Mak Ujie. Apa yang didera suaminya pun orang kampung tak tahu. Yang pasti bila bernikah dengan Ujie memang hilang terus identiti samad yang dahulu.

Berubah 100 peratus dek hasil olahan Mak Ujie. Terkejut dan terdiam terus mulut-mulut yang mengata perkahwinan antara dua manusia yang tak normal itu. Seorang dengan perangai habis kasar, seorang lagi terlebih lemah lembut.

*****

Share this novel

Nur Athirah
2021-12-01 21:15:48 

gitu je dia mengata mak dia depan2


NovelPlus Premium

The best ads free experience