Bab 2

Romance Completed 336673

"Baby...."

Meleret panggilan Mimi Mastura pada Tengku Haeydar. Leher lelaki yang sedang sibuk membelek proposal itu dipaut manja. Satu ciuman singgah di pipi Haeydar. Haeydar hanya diam. Masih fokus dengan kerjanya.

"Kenapa you tak ceraikan dia lagi? I sampai kena tipu semua orang semata-mata tak nak dikecam. You bukan cintakan dia pun.. Ceraikan je lah dia."

Rengekan tak puas hati Mimi mengundang tawa Haeydar.

"Dia yang merayu untuk i tak ceraikan dia. I ikutkan je. Macam mana i sahut cabaran you untuk kahwin dengan perempuan lain, macam tu lah i turutkan kemahuan Tasnim untuk tak dilepaskan. After all, i tak rugi apa-apa pun."

"I menyesal tinggalkan you. Menyesal cabar you dulu. Sekarang semuanya jadi complicated. Me, you, her." Mimi mengeluh. Jauh disudut hati dia kasihankan Tasnim.

Tasnim tak salah. Mimi yang bersalah dalam hal ini. Bukan dia tak tahu sifat pantang dicabar Haeydar, tapi masih juga dia berani mencagarkan kehidupan orang lain. Nak tinggalkan Haeydar dan tengok dia bahagia bersama Tasnim? Mimi tak sanggup. Lebih rela orang lain berendam air mata dari dirinya sendiri. Betullah kata Carl Mark.. Human being ni selfish..

Mimi angguk mengiakan. Yes, dia selfish. Sangat selfish.

"Mengelamun pulak. You patut happy i pilih you dari dia." hidung mancung Mimi dicuit sebelum tumpuannya pada kerja kembali berpusat.

"Kenapa you pilih i? Kenapa bukan Tasnim? Apa yang kurang pada Tasnim? She is a good wife. I nampak ikhlasnya dia layan you sebagai suami."

Tengku Haeydar mencebik bibir berfikir. Betul. Tasnim ok. Cantik pun cantik. Pandai layan dia. Hormatkan dia sebagai suami. Sepanjang dua bulan dengan Tasnim semuanya ok, tak ada masalah. They are being a normal couple. Tapi kenapa hatinya masih berpihak pada Mimi Mastura?

"Hey! Termenung apa? Teringatkan malam-malam hangat you dengan dia ke?" marah Mimi tak puas hati. Meledak tawa Haeydar.

Another point untuk Tasnim. She is good. Hebat dalam segala benda termasuk melayan kehendaknya di katil. Serta-merta senyum sengetnya terbit teringatkan saat 'bahagia' mereka.

"You jangan risau lah baby.. Walau pun tasnim ok. Tapi dia tetap kalah dengan you. Tasnim, she is totally a desperate woman. I tak suka. I rimas."

Tasnim? Haeydar berdecit sendiri. Orang bodoh je yang akan pilih Tasnim dan lepaskan gadis idaman malaya seperti Mimi Mastura. Nak bandingkan tasnim dengan mimi? Bagai langit dengan bumi. Hilang satu tasnim boleh ganti sepuluh. Hilang satu mimi, merana diri. Tak terganti oiii!!! Monolog Haeydar sendiri.

***

Share this novel

Lisa Halik
2022-04-17 03:04:35 

huhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience