Bab 4

Romance Completed 337679

"Oii ke tepi.. Ke tepi!! Mengumumkan.. Ketibaan.. Janda 2 bulan kita!! Ramai-ramai, tepuk!!"

Tasnim buat muka bodoh sambil menapak masuk ke kedai Paan. Nak beli kicap untuk si tarzan yang menunggu di rumah.

"Sepatutnya letak red carpet dekat sini kalau nak buat pengumuman macam tu. Jatuh standard aku." Perli tasnim tak berperasaan sambil berlalu masuk. Muka seterunya di jeling sekilas.

Sebotol kicap digapai. Tak semena matanya terstatik pada beberapa kuntum mawar merah segar yg berjuntaian elok dalam pasu di satu sudut kedai itu. Cantik..

Melayang ingatan teringatkan si romeo mawar merah. Suamiku..

"My beautiful" pinggang langsingnya dipeluk erat dari belakang. Walau tersentak, Tasnim masih tersenyum dengan kelakuan romantis si suami. Tasnim senang dimanja begitu. Pipinya dicium sekilas sebelum dagu lelaki itu menumpang di bahunya.

Satu kuntum mawar merah yg disorak dibelakang tubuh Haeydar suakan tepat ke hidung tasnim. Itulah rutin mat bunga itu. Mawar merah sangat simbolik dalam rumah tangga mereka.

Tasnim bahagia. Tapi kenapa bahagia itu hanya dua bulan sahaja?

Dia sentuh bibirnya. Tempat yang selalu basah dengan kucupan mesra dari si suami. Sebak bertandang lagi. Kenapa mudah sangat aku ditolak menjauh? Rawan dihati tiada siapa yang tahu. Sekelip mata rumah tangganya bertukar rentak. Dari dilambung kebahagiaan kini jadi retak menanti belah.

"Sangap ke dari tadi berusap bibir sendiri? Botol kicap je pun! " perli Paan sinis.

Sibuk je masuk frame! Hilang terus flashback saat-saat romatis aku! Rasa bengang disimpan dalam hati.

"Tak payah sibuk lah kau." marah Tasnim sambil meletak kasar botol kicap diatas kaunter. Kira cepat!

"Dah menjanda pun berlagak. Tak payah nak kekwat sangat la.. Saham kau dah jatuh. Bekas orang. Aku pun tak hadap dah. Kau fikir kau lawa sangat sampai boleh cangkuk jerung? Berangan semua orang boleh. Sekarang kau dah sedar dari mimpi dan nampak realiti ke?" seronok Paan menyakitkan hati Tasnim.

"Yang kau beria sangat cari pasal dengan aku ni, dah kenapa? Tak boleh move on lagi?" Tasnim memerli. Bukan dia tak tahu isi hati Paan. Dulu mereka pernah rapat. Sangat rapat. Tapi disebabkan dia tolak cinta paan, lelaki itu berubah laku. Suka sangat menyakitkan hatinya. Perangai tak matang langsung!

"aku bukan tak boleh move on. Tapi aku tak sangka nasib kau akan jadi semalang ini. Kau kena game macam gitu je dengan laki kaya. Kalau kau terima aku dulu, dah lama hidup kau senang. Harta keluarga aku tujuh keturunan pun tak habis. Dan aku takkan sesekali buat kau macam apa yang orang kaya tu buat. Macam kain buruk tau.. Dah habis pakai, buang. "

"ye ke Paan..? Betul ke kau takkan buat benda yang sama? Kau lupa apa yang kau buat kat aku masa aku tolak cinta kau? Kau pun buang aku. Jangan nak cakap buruk orang kalau kau pun sama..

Bab kain buruk tu dah sama, Paan.. Tapi kenapa tang tujuh keturunan tu macam salah je. aku tak pernah rasa pun kau ni macam orang kaya? Emmm mungkin sebab gigi kau kot... Gigi bertaring-taring atas bawah. Macam tak logik.. Tak kan lah orang kaya tak boleh nak repair gigi setakat ribu-ribu tu.." Tasnim mula menyerang. Dia buat riak terkejut pula.

"Mungkin ni sebabnya bini kau dah bertukar ganti sampai 3 orang! Tak tahan dengan gigi kau. Ye lah mesti kalau kau buat lovebite, terkopak habis leher bini kau. Oh my god.. Tragic! Oppss setianya Paan.. Bertukar tiga orang bini macam tukar baju.. Wow.. Bagusnya seorang Paan.. "

" kau jangan sampai aku kokak leher kau.!! " muka bengang Paan dah tak boleh bincang. Ketara sekali.

" try me. Opps i am shaking. "

================================

Dush! Dush! Dush!

Kuat tumbukan dilepaskan ke bantal tidurnya. Hati Tasnim sakit. Cemburu. Melihat sisi romantis suaminya bersama si kekasih hati. Tak boleh jadi! Aku dekat sini macam orang gila sasau terindu-rindukan dia.. Dia kat sana bermain cinta! Kau ingat kau bujang ke? Jeritan kuat Tasnim memenuhi ruang bilik.

Mak Ujie yang berada di sebelah sedang pasang gigi palsunya terus tersalah parking.

Mengeluh kuat dia. Tak habis-habis meroyan. Semenjak anaknya pulang ke rumah.. Nak parking gigi pun tak senang. Selalu salah je dibuatnya. Mana taknya.. Menjerit macam kuntilanak hilang laki.!

Itu tak lain tak bukan mesti stalk ig suami sendiri. Mengarut je cinta ni. Kalau kahwin dengan lelaki normal memang akan merana. Jadilah macam aku, kahwin dengan Samad rilek je tak ada gangguan babi menyondol. Tengok la siapa laki aku. Sotong! Mana ada babi sondol sotong.

Ketukan di pintu bilik buat Mak Ujie terpaku.

"Kau nak pergi mana dengan beg bagai ni?"

"Orang nak balik rumah laki orang. Orang boleh jadi gila kalau duduk sini."

"Pergilah. Mak pun dah tak tahan tengok muka kau kat sini. Semak. Asyik melalak je."

Malam itu juga Tasnim nekad ambil bas pulang ke rumah si suami. Biar lah kalau Haeydar tak nak buka pintu pun. Dia akan tetap buat muka tak malu untuk merayu pada lelaki itu sampai Haeydar serabut.

Dia tak boleh senang-senang buang aku dari hidup dia. Tak boleh! Aku bukan kain buruk! Terkesan juga Tasnim bila diprovok oleh Paan siang tadi.

Tasnim tak senang duduk tengok merpati dua sejoli tu bercandle light dinner bagai di pantai. Aku tak rela nak bayangkan. Sudahlah mood pantai itu terlalu bagus untuk suaminya. Dia ingat lagi bertapa sweetnya Haeydar melayannya semasa mereka bercuti di pulau dahulu.

Tasnim benar-benar rasa dimanjakan. Lelaki itu tak kekok menunjukkan kasih sayangnya. Terlalu indah kenangan itu untuk diluputkan dari kotak memori.

Tamat sahaja candle light dinner, lelaki itu mencembung tubuhnya. Roses are everywhere. Lemah lutut Tasnim saat itu melayan tahap romantis si suami yang dikira overdose.

Arghhhhh!! Jerit tasnim kuat. Tak sanggup membayangkan hak miliknya jadi hak perkongsian. Tasnim terlupa dimana dia berada kini. Semua mata tertumpu padanya kini. Tasnim cuba kawal malu.

"apa? Tak pernah tengok orang mengigau?" tanya Tasnim perlahan sambil menutup matanya kembali. Malu? Sikit.

Baik aku tidur , kumpul tenaga. Semestinya esok akan jadi hari yang terlebih mencabar untuk Tasnim harungi.

Chaiyok Tasnim. Fighting !!

******

"

Share this novel

Aslinda Shafei
2022-10-14 22:45:32 

i. 8iivbh,j.jj

Nur Athirah
2021-12-01 22:07:31 

allahu rabbi mak ujie


NovelPlus Premium

The best ads free experience