Bab 1

Romance Completed 337771

Janda 2 bulan. Itu gelaran yang Tasnim terpaksa telan. Naik bernanah telinga dengar orang kutuk statusnya. Sakit hati! Kalau bukan sebab lelaki kaya bodoh itu, aku tak perlu nak harung semua ini. Kau fikir seronok dengar orang kutuk kau sana sini?

Yang makcik-makcik tua sibuk menyinis.. Yang lelaki tak kira siapa tua muda, duda, teruna, laki orang semua dah pandai perkotak - katikkan maruahnya sebagai wanita yang perlu dihormati.

Tak habis-habis Tasnim diganggu. Ada yang ajaknya 'bermain', ada yang selamba melucah di depannya. Terlalu hina Tasnim rasa bila diperlukan seperti itu.

Aku bukan janda lah!!! Jerit Tasnim dalam hati. Tapi siapa peduli? Siapa yang akan percaya?

Mimi mastura dah buat kenyataan kepada pihak Melodies tentang hubungan cintanya bersama seorang ahli korporat yg memang sangat berkaliber dan berpengaruh. Siapa lagi kalau bukan laki aku?!

"I bukan perampas. I tak runtuhkan rumah tangga siapa-siapa pun." komen Mimi bila ditemu ramah oleh rancangan gosip nombor satu industri artis-artis tempatan itu.

"Difahamkan your somebody itu telah berumah tangga dua bulan lalu. Orang cakap masih dalam mood pengantin baru. Tapi you dengan beraninya buat press conference tentang hubungan you dengan si dia yang dikatakan bakal berumah tangga kelak. Tak salah rasanya kalau netizen menggelar you sebagai perampas. Apa komen you tentang hal ini? "

" Mereka dah bercerai. Kenapa nak cakap i perampas pula? Kalau diikutkan sebenarnya ex wife dia yang selayaknya digelar perampas! Haeydar Hakimi boyfriend i. Semua orang tahu. Dah lama kami berhubungan. Tup-tup dia kahwin. Tak adil lah cakap i yang merampas kalau sebenarnya that girl yang ganggu hubungan kami. "

" Adakah you penyebab rumah tangga mereka hancur dan hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja? " tanya lagi wartawan sensasi itu.

" I don't think so. I am a busy person. Lepas Haeydar kawin, i tak contact dengan dia. Lagipun masa tu i tengah busy shooting di Istanbul. For your information..bukan i yang cari Haeydar.. Haeydar yang cari i. Please lah netizen stop all of this nonsense. I tak jahat sangat nak kacau life orang.. "

" Jadi u nak cakap isteri dia yang tak pandai jaga laki? "

" I tak boleh nak komen lebih hal rumah tangga orang. Apa yang pasti i nak bagitau pada semua.. yang i bukan perampas. Itu sahaja. Stop lah comment benda-benda buruk kat social media i. Stress tau kena hentam dengan netizen ni. " Mimi Mastura buat muka cutenya sebagai penutup bual bicara itu.

Dasar penipu!!! Tasnim baling remote ditangan kuat. Dia jerit sakit hati. Istanbul lah sangat! Dasar pelakon. Pandai kau buat muka acah-acah innocent tu. Mulai sekarang aku haters kau tau!

Sebab mulut kau, semua orang percaya yang aku ni janda. Padahal aku masih isteri Tengku Haeydar Hakimi. Jantan tu buang aku sebab kau! Kenapa kau muncul semula? Dah elok-elok kau tinggalkan dia, yang kau menyibuk dalam rumah tangga aku semula dah kenapa!!!

Dulu tasnim suka gila dengan bakat lakonan Mimi Mastura. Sama level macam dia sukakan Nelydia Senrose. Tapi sekarang memang kirim salam! Benci!

"Nak sakit hati sangat dengan orang tu, kenapa? Dah memang betul pun kamu tak pandai jaga laki. Kahwin 2 bulan dah berpisah. Tak pernah tau dalam keturunan aku kena hina macam ni. Sebab tu orang tua-tua berpesan.. Ukur baju dibadan sendiri. Tengok la sendiri akibat kalau tak sedar diri. Dicampak macam kain buruk! "

" Orang masih isteri dia mak... "

" Kamu seorang je yang tahu kamu isteri dia. Orang lain ingat kamu janda. Aku ni dah tebal muka dicanang orang cerita kamu. Pergi mana-mana semua mengata aku tak pandai didik anak. Malu muka aku ni, tahu? "

" Dulu lagi aku cakap kawin je dengan orang biasa. Kerja biasa-biasa asal boleh tanggung kamu, sayang kamu.. Ehh tapi kamu degil.. High taste la konon. Taste level-level kayangan. Sekarang tengok lah baru jejak ke bumi kaki tu." panjang bebelan tak puas hati Mak Ujie.

" Dah la tu mak.. Tak payah mak fikir lah pasal orang.. Nanti naik pula darah tinggi mak tu."

"Yang kamu balik kampung ni, kenapa Tasnim? Kerja kamu kat bandar tu macam mana?"

"Orang dah berhenti lah mak. Orang kerja part time je sekarang. Buat sale dari rumah."

"Mak ni tak suka campur hal kamu tapi mak rasa ada baiknya kamu kerja kat luar sana. Duduk dalam kampung pun bukan dapat apa. Asyik kena mengata je. Kamu tak tertekan ke?"

Gila tak tertekan? Tuhan je yang tahu. Tapi Tasnim lebih rela disinis oleh orang kampung dari tunjuk muka pada kawan-kawannya. Tak tahu mana nak sorok muka ni. Terhina sangat rasanya. Sampai hati awak suami, buat saya macam ni. Setitik air mata Tasnim jatuh lagi.

"Banjir lagi..." komen Mak Ujie ditepi.

"Anim tak kuat mak.. Hati Anim ni sakit sangat.. Apa salah Anim mak. Anim cuma nak bahagia. Kenapa kita perlu miskin, mak? Supaya senang orang nak pijak-pijak kita ke?"

Tasnim menggodoi di dada si ibu. Buat kesekian kalinya Mak Ujie tahan sebak melihat si anak berduka lara seperti itu. Hati tuanya tak rela tengok si anak disakiti. Kecewa Tasnim, kecewa lah dia. Merana Tasnim, meranalah dia..

Abang.. Tengok lah ni.. Anak kita diperlekehkan..

****

Share this novel

Lisa Halik
2022-04-17 03:02:28 

maksudnya

Nurin Liyana
2021-06-15 16:15:19 

best citer ni..

K Monalissa
2020-10-24 08:44:50 

sambung BAB17


NovelPlus Premium

The best ads free experience