Setelah cukup 7 bulan mengandung Lily sangat berhati-hati dengan setiap pergerakkannya kerana dia tahu dia mempunyai masalah peranakan yang tak kuat, doktor selalu berpesan pada setiap kali dia check up mengandung. Lily yang tergesa-gesa balik ke rumah kerana dia sudah lewat untuk memasak, kerana setiap kali Adam balik kerja makanan harus sudah siap berhidang. Tapi Lily yang melihat kereta Adam ada di rumah, lalu Lily segera naik ke biliknya yang berada di tingkat atas kerana tak melihat Adam di tangkat bawah. Lily yang tergesa-gesa naik ke tingkat atas kerana takut Adam akan memarahinya bila dia tiada dirumah bila Adam balik,dan ...