MINISTRY OF SOUND merupakan syurga hiburan bagi para penduduk kota yang masih lagi ditaburi kristal-kristal salju.Â
Nafas malam pedamping kristal salju yang asyik berjatuhan, bagaikan hujan lalu memenuhi atas kepala manusia. Sehingga ada yang terpaksa menepis-nepisnya biar berjatuhan atas aspal jalan.
Nafas malam turut sama mengucupi kanvas wajah terhias cantik dengan warna garang menambahkan lagi keanggunan susuk tubuh itu juga menyapu kepalanya, lalu kristal yang menjadi hablur kecil itu jatuh ke atas jalan.
Sementara menanti kekasih hati menghabisi curut di hadapan bonet kereta mewah itu, wanita jelita yang memakai skirt paras paha ketat itu melemparkan seketika pandangan ke arah beberapa pasangan saling berdakapan ada juga berkucupan tanpa ada rasa malu.
Layangan campuran warna ceria pada kanvas dengan bingkai rambut ikalnya itu tetap tidak dapat menutupi noda-noda kemuraman. Tanpa sedar, jari telunjuk menyentuh pinggir bibir.
Bersimen rapi dengan alas bedak jenama Kryolan untuk menyamarkan kesan biru keunguan penangan kedegilan dia semalam.
Namun tatkala disentuh, sakitnya masih lagi terasa. Ulas kemerahan miliknya menguntumkan senyuman mekar dengan pelbagai gelagat para kekasih di hadapan.Â
Sesekali, dia melemparkan pandangan pada kekasihnya. Masih lagi ralit menghisap curut sambil menyingkap tiram semalam.Â
Dari kedutan bagaikan garisan buku di dahi paras berkumis sederhana itu, sudah cukup menjadi pembayang teka-teki tiada berjawapan dia.
Menyelak langsir ingatan. Menuai kenangan. Kesejukan menusuk tulang. Jaket tebal berhias bulu biri-biri di kolar di dekatkan lalu memeluk tubuh.
Biar pun, lensa mata masih lagi ralit pada pasangan kekasih yang sedang berkucupan mesra di tepi pintu kemasukan serta mempunyai dua orang bouncer bertubuh sasa tidak merpati dua sejoli itu hiraukan.Â
Selagi asmara masih lagi dalam kehangatan...
"Ukiran ini sebagai bukti tautan kasih kita, sayang. Tak abang relakan kasih pergi dari dalam kehidupan abang selagi nyawa abang di kandung badan."
Kata-katanya terngiang-ngiang di telinga. Cinta serta kasih, sering bermain di bibir mereka suatu ketika dahulu. Cetusan kata-kata yang menusuk jauh ke sanubari, sehingga tidak tergagah lidah untuk menyempurnakan ayat.
Garis senyuman belahan ulas limau kian dipanjangkan, apabila di hadapannya, tertayang layar filem dari gelung memori yang terakam khas buat dirinya dengan seorang insan bernama Izz.Â
"Sayang..." panggil Izz. Mata redup menjamahi mesra paras Indah yang pada waktu itu tidak sedar dalam pemerhatian. Ralit memandang keindahan malam di kota asing itu.
Indah terasa sesuatu biar pun, mulut masih lagi umpama bertih goreng dengan bebelan demi bebelan. Berkisarkan kenangan zaman belajar. Serta beberapa lagi fragmen indah yang dia singkap dari tabir memori.
"Baby, why you looked at me like that?"Â soalnya dengan mata yang terkelip-kelip menatap renungan kekasihnya yang tidak terdaya dia tafsirkan itu.
"Hei, sayang. Kenapa ni?" soal Indah lagi. Mata si jejaka di sebelah masih lagi menjilati seluruh kanvas yang di penuhi warna-warna ceria milik Indah, walau Indah jenuh melambai tangan.Â
Izz tidak jemu-jemu mahu menatap paras Indah. Biar pun, harian mereka bertemu. Dek kerana rasa cinta Izz pada Indah Mustika setinggi puncak Everest.
"Sayang?" soal Indah sedikit pelik sambil mengamati wajah bening yang dibingkaikan dengan lekuk rahang cantik, lama.Â
Bertaut kembali antara dua busur mata yang berapi dengan hangatnya sebuah asmara. Buat sekian kali...
Spontan tangan bersarung tebal milik Indah, meraih tangan Izz lantas di genggam erat, bagaikan tidak mengizinkan jejaka kacak hadapan dia itu, untuk melepaskannya.Â
Izz tersedar dari keasyikan pesona Indah dan terus menguntumkan senyuman. Iris mata Indah dan iris mata Izz sekali lagi bertaut. Ukiran senyuman mengindahkan lagi ulas-ulas kebasahan kedua-dua insan yang sedang asyik dengan asmaraloka.
"Indah Mustika!" kata-katanya meluncur bersama renungan yang tajam. Hampir beberapa minit dia terpacak di tepi patung manikin itu. Kesabaran menyirna dengan tingkah sang kekasih.Â
Memang dia perasan, akhir-akhir ini Indah seringkali dikunjungi lamunan panjang. Mengelamun tiada henti. Bagaikan ada yang tersirat di balik yang tersurat.Â
"You..." soal Indah tatkala suara bunyi gelugut gong itu menikam gegendang. Debar jantung memukul dada laksana di hambat kegamangan.Â
Sepasang mata sinis dan dingin di tujukan pada dirinya kala kesunyian menerjah suasana. Bayu malam menjatuhkan bola-bola salju yang menyinggahi pohonan di tepi jalan.
Lamunan tenggelam dalam keheningan suasana.
"Sejak akhir-akhir ini... I tengok you asyik mengelamun sahaja. Kenapa? You jangan berani-berani nak mencabar I, Indah," ujar lelaki bertopi fedora itu dengan mengecilkan kelopak mata beralis pendeknya sebelum dia menjilati paras tergamam, Indah.
"Sorry sayang. I tak... I... I bukan sengaja. I just ralit tengok pasangan tu..." sahut Indah menjawab dalam suara terputus-putus.
Memperendahkan irama suara, bila menyebut perkataan pasangan. Tidak dia tahu kenapa. Mungkin dia mahu menepis debuan ingatannya pada Izz agar berterbangan pergi.
Dia harus realiti. Di sisi dia kini, bukan lagi jejaka idaman hati tetapi seseorang yang hadir dalam percubaan dia meniti hari.
Mata lelaki kenamaan itu liar mencari isi tersirat. Indah juga mendongak. Cuba memujuk sang kekasih dengan sinaran matanya. Walau kerdipan mata sang kekasih dia rasakan, seperti pisau sedang melapah perasaan.
"Mari sayang kita masuk," pinta Indah, enggan memanjangkan fragmen rumit tersebut. Enggan juga mahu mencambah benih duka tatkala kuntuman kebahagian walau seketika, kian mekar dalam taman hati.
Gegendang telinga telah dipecahkan dengan kelantangan muzik yang bergema.  Seraya dia menyeluk lengannya ke dalam lengan lelaki kenamaan yang memakai jaket labuh itu. Melangkah seiringan.
Pun begitu, bayangan Izz seakan sudah melekat kuat di retina mata Indah Mustika. Jenuh dia mengerdip-gerdip mata dengan harapan layar bayangan berkanvas tampan milik Izz, sirna.
'Kenapa begitu sukar sekali untukku buang ingatan ku terhadap kau, Izz? Sedangkan kau menghancurkan hati aku sehingga menjadi kepingan halus umpama debuan jalanan...'
Naluri dalam raganya, berterusan meluahkan rasa. Sang bayu pula asyik menghelakan nafasnya yang panjang. Sambil di temani kristal salju melayangan di puput angin malam.
Dua orang bouncer menganggukkan kepala mereka saat Indah dengan lelaki kenamaan itu, melangkah masuk setelah mereka membukakan pintu.
Matanya menjangkau jauh ke dalam kelab malam yang berkerlipan dengan larian bebola lampu bercahaya warna-warni. Manusia pula terkinja-kinja di lantai tari tanpa mengira tua muda, lelaki mahu pun perempuan.
Ayunan kaki di perlajukan sedikit, pabila lelaki kenamaan itu dapat merasakan, ada tangan-tangan sumbang yang sengaja mahu menyentuh tubuh hakmilik dia itu.
Indah turut terasa kelainan dalam langkahnya. Perasaan yang di ganggu kebimbangan cuba dia kikis sedikit demi sedikit, agar tidak sempat melekat lama di perdu hati.
Indah cuba membina tugu positif memandangkan tempat dia sedang berada itu sesak dengan manusia-manusia yang keasyikan dalam tarian.
Memang ada masa-masanya, Indah sendiri pun terasa ada jalaran yang bergerak di beberapa bahagian tubuh namun sukar untuk dia melihat kerana cahaya kelam.
Dia juga tidak selesa jadi tak salah jika sang kekasih hati menjadi sedikit insecure. Tambahan pula tempat yang dia pergi sememangnya tempat yang di penuhi dengan minuman memabukkan.
Sudut sedikit terceruk menjadi pilihan Tan Sri Badrul. Indah masuk dahulu ke dalam kemudian baharulah dia. Agar memudahkan dia memantau keadaan. Dan juga tingkah wanita anggun di sebelahnya itu.
Hadir seorang pelayan lelaki. Segak dengan vest hitam ingin mengambil tempahan. Dan seperti biasa, minuman kegemaran Tan Sri Badrul sedang pena yang jari pelayan itu pegang, tarikan aksara.
Buku nota kecil yang tadinya polos umpama kanvas berbingkai rahang bersegi milik sang penulis, kini sudah pun terisi dengan beberapa aksara menjadi rantai kata.
Mengangguk sebelum langkah di buka menuju semula ke meja bar untuk mengambil tempahan.
"Kenapa kau secara tiba-tiba tak mahu minum apa yang aku minum?" Melontar kata-kata kaca ke kalbu Indah dek kerana panas hatinya menggoncang.
Menghentikan anggukan Indah yang sedang menikmati tempo muzik yang baru diperdengarkan itu. Dari melempar pandangan ke lantai tari, kini Indah membelingaskan matanya ke arah wajah yang sukar untuk dia ketahui apakah dalam kemarahan atau pun tak, kerana duduk dalam gelap.
Namun Indah tahu lelaki itu sedang marah. Dia terpukul dengan lontaran kata-kata tenang tetapi terselit tajamnya.
Mungkin soalan itu kedengaran biasa sahaja. Tetapi setelah Indah memanah busur matanya ke busur mata lelaki telah pun keluar dari dalam kegelapan itu.
Ternyata telahan dia itu betul.
"Aku tahu kau ada sembunyikan sesuatu dari aku? Jangan sampai aku sendiri dapat tahu, kau tahu kan apa yang aku boleh lakukan?" soal Tan Sri Badrul.
Dirinya kini tak ubah ibarat gunung berapi pendam, bakal meletus, mengalirkan lava bila-bila masa sahaja dengan kebisuan seorang Indah Mustika.
"Are you deaf or just being deaf? I tahu you tahu apa soalan I tadi? Atau kau sememangnya mahu mencabar aku lagi, hah Indah ku sayang?"
Mata memancar api amarah yang sedang terbakar dan bakal marak sekiranya soalan masih lagi tiada berjawapan.
Satu tamparan hinggap di pipi. Itu yang wanita berparas jelita itu rasakan. Keangkuhan nada suara itu membuatkan kebencian semakin menebal.
"Atau kau lupa siapa kau ya? Nak aku ingatkan? Kau rasa dengan status kau itu ada jantan lain mahu?" Sepasang mata dingin dan sinis di tujukan ke arah Indah.
Merah telinga mendengar cercaan, yang belahan kehitaman itu singkapkan dari tabir belahan. Di adun pula dengan irama tajamnya.
Panahan busur mata milik Tan Sri Badrul beserta tikaman keris lidah, menikam tepat ke seketul daging yang masih lagi terluka.
Panas hatinya menggoncang sekelumit iman yang bertapak di pintu kalbunya. Ditahannya gelora hati agar tidak sampai melontarkan jawapan balas yang boleh menggegarkan suasana. Di tepis, nada-nada syaitan yang bersuara lagi.
"I tahu dan I juga sedar siapa diri I ni, sayang. Jangan risau I tak ada sesiapa dalam hati yang you dah paku serta palamnya. Tak akan mana-mana kunci boleh membukanya selain daripada you..." jawabnya di temani dada yang berombak-ombak.
Tan Sri Badrul terus menegak tubuhnya. Lantas dia hunjamkan busur matanya ke kanvas hadapan dia itu. Biar koyak asalkan amarahnya mereda. Indah seolah-olah mahu membuka dewan debat.
"Kau sindir aku?" soal Tan Sri Badrul lagi. Bahang nyalaan tidak berkilau semakin terasa. Mengelilingi diri.
"Sayang, we come here not for this stupid argument honey... Okay, I minta maaf okay atas kekasaran kata-kata I tadi." Laju Indah memadamkan api sebelum marak dengan simbahan kata-kata pujukan dia itu.
Baru sahaja Tan Sri Badrul mahu membuka belahan yang di kelilingi kumis sederhana tebal itu. Pelayan yang sama hadir dengan dulang di tangan.
"Maaf terpaksa mengambil masa yang lama. Hari ini ramai pelanggan," ujarnya tanpa di pinta. Sudah menjadi kebiasaan buat pelayan kelab malam itu.
"Pandai cakap melayu?" Indah menyoal kerana terkejut. Pelayan lelaki yang sudah pun selesai kerja membawa keluar botol wine berjenama mahal serta gelas yang berisi soft drink atas meja bulat. Mendongak seraya mengangguk dan tersenyum.
"Okay, you boleh pergi,"celah satu suara menguraikan sesi perkenalan itu. Pelayan tersebut juga sambil terangguk mengundurkan dirinya.
Indah hanya mampu menghelakan nafas serta menggeleng perlahan. Laju dia angkat gelas minumannya lantas disedut dengan harapan dapat menyejukkan sedikit bahang yang makin berapi dalam sukma.
Perbualan mereka mati di situ. Namun alunan suara Tan Sri Badrul masih menikam gegendang telinga Indah. Lalu, menghiris jantung buat sekian kali.
Kepekatan malam mewarna gelapkan semua. Pun begitu, kelab terkenal itu masih lagi bernyala dengan keindahan tarian lampu berwarna-warninya di lantai tari.
Kanvas cerah Indah semakin di nodai warna kelabu. Tan Sri Badrul pula sesekali pasti akan menabur benih sindiran ke tanah hatinya yang ingin dia semai dengan bunga kebahagian.
Namun dapatkah?
Wajah kejahatan yang sedang menghadiahkan dia senyuman penuh sindiran itu menabiri pelupuk mata. Sungguh dia benci akan wajah itu. Kerana wajah itulah dia terperangkap dalam dunia yang ramai manusia di luar sana mengeji.
'Izz... seandainya kau tahu derita aku...'
Share this novel