BAB 1

Romance Completed 21625

IRIS kecoklatan cair dari sepasang mata bersinar bening, sedang ralit menjunamkan pandangan aras balkoni dari bangunan nan melangit ke dataran bawah.

Dalam masa sama, mata yang  sesekali bertaut rapat dihembusi bayu kota barat, berkedipan menghantar redup pandangan ke arah kristal-kristal dingin nan memutih,  kejar-mengejar,  berguguran ke tanah asing itu.

Tanpa dia sedar,  butir-butir kejernihan milik tubir mata dia juga saling berturutan mengalir lesu melalui cerun pipi cengkung lantas bertitisan di fabrik sederhana tebal yang menjadi selimut tubuh polos dia itu.

Tiada lagi warna hitam pada aspal jalanan tatkala selimut salju nan tebal dan membukit,  menjadi selubung.  Dari kejauhan, ia terlihat seakan bebulu kapas.

Dia cuba tarikan pena dalam melukis sebuah potret indah penuh dengan kegembiraan di kanvas wajah hambarnya itu.

Dia terlalu mencubanya.  Tidak semudah itu, untuk dia memadam serta menarikan semula pena, apabila tertumpahnya warna-warna kusam lalu menodai kesucian kanvas miliknya. 

Tatapan ralit kini bertukar arah. Dari melihat selimut salju yang memayungi bangunan.

Menyelubungi sebahagian daripada kenderaan kaku di tepian jalan,  renungan yang sama namun terpatri ke arah beberapa susuk tubuh sedang leka bermain  dengan salju tersebut.

Sepertimana dirinya sewaktu ketika dahulu...

Dia mengutipnya dengan tangan yang terselindung dari balik sarung,  lalu digumpalkan sehingga menjadi bebola salju sebelum di lemparkan pada rakan yang mahu dia kenakan.

"Sayang!"  jerit wanita yang terkejut pabila wajah yang baru dia palingkan itu, terkena lemparan bebola sejuk tersebut.  Si rakan mengekek ketawa saat dia pula menyerang dengan gumpalan salju yang lagi besar dari rekaan dia tadi.

Berkejaran dari tepian jalan ke tengah jalan tanpa risau di langgar.  Jalanan akan di tutup tatkala selimut salju memenuhi aspal hitam bagaikan bentangan beberapa ela permaidani mewah berwarna putih.

Sudah pastinya akan meyukarkan setiap pergerakan kenderaan-kenderaan,  seandainya laluan tetap di buka untuk pengguna.

Saling lontar-melontar.  Sehinggakan ada ketikanya, tersalah langkah.  Diri, terempuh 'manusia salju' yang selalu ada pabila krismas menjelang tiba.

Lagu 'Unbreak my heart' Toni Braxton memecah keheningan serta memecahkan fragmen memori sayu, menjadi  debu-debu silam yang tadinya berkeping-keping menyinggahi kotak kenangan. 

Segera dia tergeleng-geleng sambil meraup paras  penuh kehambaran namun tetap  dia mencuba untuk memaniskannya dengan koyakan senyuman mekar bak sekuntum bunga di taman hati. 

Dia langsung palingkan wajah ke arah belakang kerana nyanyian makin kuat nada iramanya.  Lagu itu pula, bagaikan boleh membaca serta merasai rahsia sekeping hati nan retak milik insan bersusuk tinggi lampai itu.

Bola mata mencari-cari.  Busur pandangan, semakin jauh terbangnya dalam menjangkau barangan yang diingini dalam kawasan kubikel sederhana luas tersebut.

Suara kedengaran namun barang yang dia mahu lihat,  tetap  sirna dari tatapan mata.

Kelopak mata beralis lentik, dipicingkan sehinggalah lensa mata terpusat pada satu benda kecil kehitaman sedang menggelupur atas meja, berdekatan tiang baju sejuk.

Kaki diayun dengan gerak langkah gontai.  Lemau serta lesu,  sepertimana keadaan parasnya pada tika itu.  Bersalut madu namun ada hempedu yang menyinggah.

Langkah yang diatur semakin menghampiri meja bulat berkaki satu di tepi dinding.  Barang kehitaman dengan berfizikal petak kecil itu masih lagi menari-nari riang serta ada cahaya yang hadir dari kepalanya.

Ayunan kaki terhenti dan tangan panjang menjangkau atas meja setelah di perendahkan sedikit, ketinggian tubuh. 

Skrin jernih yang bercahaya pabila  punatnya ditekan tanpa mengira apakah punat yang tertekan.  Kini, memaparkan apa yang tersirat dari dalam kaca jernih separa luas itu.

Tadinya hanya kepala sahaja yang bercahaya kini permukaan kaca jernih di telefon bimbit itu pula. 

Punat hijau di tekan.  Barang petak kehitaman yang boleh di buka lagi sebelah dalamnya serta boleh juga di pusing-pusingkan kini, berada di tepi telinga susuk tubuh berambut ikal itu.

"Indah..." sapa suara dari sana.  Kaku menguasai tubuh yang sesekali menggigil kesejukan, lantas di terjah pula dengan suara parau itu langsung menerawang masuk ke sistem pendengaran. 

Suara yang selama ini, sudah  sirna dalam ingatan.   Diri yang sudah pun berjaya berada di hujung terowong kehidupan onak berduri  apakah bakal berulang kembali?

Bagaimana dia boleh muncul semula?

Debu-debu duka yang masih dia sapukan dari dalam kotak hati, tidak mungkin dia masukkan kembali. 

Tidak ingin dia lukakan lagi, seketul daging yang menjadi nadi dia itu dengan kesedihan tak bertepian.

Sungguh, dia tak inginkannya.  Ingin sahaja berlari pada saat itu.  Di tengah-tengah kekalutan ini, hatinya bagaikan menjerit, seolah-olah jeritan itu bergema dan sahut-sahutan lantas melayang.

Ingin sahaja dia lipat kemas segala memori lara itu, lalu dia ikatkan kenangan lama tersebut di kaki sang merpati dan memintanya agar terbang jauh ke puncak Everest sana.

Biar menjauh.  Asalkan parut tak bernanah kembali.

"Indah Mustika, awak dengar tak?  Talian di sana okay tak? Musim sejuk kan di sana?"  kata-kata yang teralun ikhlas serta prihatin namun bagi si pendengar bagaikan pisau yang sedang menghiris cuping telinga.

Sakit.  Terlalu  pedih. 

"Indah... saya tahu awak ada di sana.  Awak kenapa tak mahu jawab pertanyaan saya?  Indah... saya tahu awak masih marah pada saya.  Saya minta maaf atas apa yang dah saya lakukan."

Kristal salju yang masih laju turun dari atas langit itu tidak ubah sepertimana butiran jernih yang mengalir lesu di cerun wajah cengkung itu.

Segala luahan suara dari arah sana dia mendengarnya.  Dia cuba patrikan dalam memori.  Namun segalanya bagaikan kristal salju di luar jendela yang matanya sedang terpaku itu, berterbangan pergi kala di cumbui nafas malam.

"Indah... tak mengapalah jika awak memang tak sudi lagi nak bercakap dengan saya.  Ya,  saya tahu memang tak mudah luka yang saya tempa di hati awak tu nak sembuh.  Kalau pun sembuh, tak berdarah parut ada," ujarnya berirama jauh hati. 

'Kerasnya hati kau, sayang...' Tanpa henti sukma meninta bisikan yang sama dalam novella hati seorang lelaki dia itu. 

Setelah dia jenuh mencari, mengejar susuk tubuh itu.  Dan apabila sudah berjaya, ternyata luka yang dia tinggalkan itu benar-benar memberkas dalam lubuk sukma Indah Mustika.

Suasana masih lagi bergeming tanpa sebarang suara sama ada dari sebelah timur mahu pun barat.  Sehening-hening di luar bangunan pencakar langit tersebut, tersisa lagi   keriuhan.

Indah masih lagi meniti jalanan bahagia setelah dia meninggalkan nostalgia yang hampir tenggelam dibungkus waktu.  Namun tidak sampai setengah dari perjalanan, suara itu hadir mengusik parutnya kembali.

"Awak, saya betul-betul nak minta maaf pada awak Indah Mustika.  Janganlah menghukum  saya dengan kebisuan awak itu.  Saya di sini sememangnya sudah lama terseksa setelah saya tergamak buat awak..."  kata-kata yang bergelombang penyesalan itu terbejat apabila  mulut yang membisu, membuka bicara.

"From who you got  my number, Izz?  Setahu I, my new number tak ada sesiapa di sana yang tahu,"  tutur yang ada nada gigil dek menahan amarah serta resah.

Sepi sekali lagi, menguasai perbualan yang tadinya ingin lincah.  Suara dari arah sana kini sedang memeras otak,  mencari secuit jawapan, tatkala soalan dari Indah berlegar-legar dan cuba merobohkan alam pemikirannya. 

"Hello, sekarang you pula membisu?  Kenapa? Sedang reka jawapan? Karang alasan."  Indah tetap menyoal dengan tenang.  Di sebalik ketenangan suaranya, terlilit akar sindiran nan berduri.

Biar, biar durinya tertusuk tepat ke corong pendengaran Izz.  Jika boleh, langsung ke seketul daging bernama  hati. 

"Indah, saya tahu kesilapan yang dah saya lakukan itu amat memeritkan.  Tapi... sekiranya sayang boleh berikan abang satu lagi peluang... abang berjanji tak akan sia-siakan sayang lagi.  Abang berjanji sayang.  Abang berjanji," Membuka bicara yang terkunci.

Suara di sana menanti penuh dengan seribu harapan.  Apakah masih ada sisa-sisa kemaafan buat dirinya?  Tiadakah lagi peluang kali kedua buatnya?

'Tolong sayang, bukakan pintu hati mu itu.  Berilah abang satu lagi peluang'

Indah diam seribu bahasa.  Mulut terkunci rapat.  Keliru dengan pergolakan kata-kata hati serta minda yang saling berbalah. 

Panahan busur mata masih lagi ralit di balik kaca jendela,  merenung kristal-kristal putih yang saling berjatuhan ke aspal.

Sesekali,  corong telinganya di riuhkan dengan suara kanak-kanak serta remaja yang asyik berkejaran sambil membaling gumpalan salju.   Terjerit-pekik pada yang terkena balingan.

"Sayang... please baby,  just give me another one change.  I swear baby I will... abang akan pastikan kebahagian sayang... soon," ujar Izz dengan madah bersumpah setianya itu.

Indah masih lagi ralit memandang hadapan terutamanya kesamaran cahaya neon akibat di selubungi salju pada puncaknya. 

Samar dan tidak jelas.  Itulah yang terjadi pada diri Indah kini.  Dia masih lagi tiada berjawapan.  Lidah kelu.  Hati membeku. 

Madah yang samalah telah memerangkap cinta sucinya itu.  Indah berdebat dalam diri akibat permintaan dari seorang insan yang hadir semula.  Merobek parut agar luka kembali.

Pemikiran dipenuhi kejelagaan.  Emosi bertambah membengkak sedangkan selama ini kian menyurut.  Gelodak rasanya cukup memamah hati.

Alunan muzik keriutan pintu agak kuat.  Namun Indah masih lagi menjadi patung cendana.  Suara dalam telefon, masih lagi mengulangi soalan yang sama ibarat kaset sedang di rewind. 

Malam di kota salju itu telah melampau garisnya.  Dinihari menjelang tiba.  Pun begitu, butir-butir bintang yang menghias dada langit yang di selimuti tirai kegelapan tetap mengerdipkan cahayanya  yang  berkelipan. 

"Indah Mustika!" Satu suara asing muncul dengan tanpa sebarang undangan.  Terasa berbahang. Biar pun, kesejukan pada tika itu sudah menerpa ke tulang hitam.

Izz jeda tatkala telinganya menangkap satu lagi suara yang penuh aura kejantanannya.  Indah sudah ada penggantikah?  Indah tinggal berdua kah dengan lelaki itu di benua asing itu?

Indah kematian niat mahu mengungkap kata-kata langsung dia matikan talian.  Izz yang baru membuka kata terbantut bila telinga diperdengarkan bunyi tut... panjang sekali.

"Siapakah lelaki itu?  Apa hubungan dia dengan kau, Indah?  Begitu mudah sekali kau dapatkan pengganti aku, sayang?  Bukankah dahulu kau pernah berkata pintu kau terkatup rapat tanpa ada sesiapa yang mampu membukanya?  Atau dia sudah berjaya membukanya?"  Izz lah penyoal dan dia jugalah pemberi jawapan tanpa ada noktah.

"Dengan siapa kau bercakap sampai aku masuk pun kau tak sedar, hah sayang?" soal Badrul atau Tan Sri Badrul seraya memegang bahu Indah agar berhadapan.

Panahan matanya tajam menggentar kalbu. Indah menelan liur bagaikan sudah boleh menelah akan kemahuan lelaki kenamaan itu. Paras jelitanya di mamah semahunya sebelum kedua belah tapak tangan memegang pipi Indah.

"No, I won't."

"But why sayang?" desaknya lagi. Kali ini dia tetap mencuba lagi untuk memagut ulas kebasahan yang bila tersenyum kelihatan amat manis itu.

"Maaf, malam ni aku bercuti..." ujar Indah berpaling wajah. Bau masam yang terbit dari ulas tebal serta sedikit kehitaman milik lelaki kenamaan itu, menyucuk hidung Indah.

Indah mengangkat kedua belah tangannya dan menolak pegangan pada pipi. Indah segera menapak tanpa sebarang kata-kata.

"Argh! Shit!"

"Indah... Indah... Jangan ingat aku tak tahu. Kau ingat senang nak lepaskan kau? Mampu kau bayar hutang bapak kau?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience