bab 3

Romance Completed 21625

MEMANDANG lemah pada air jernih yang bertakung dalam gelasnya.  Direnung lama kejernihan air yang terlalu sejuk itu.  Imbauan jauh pada setiap kemesraan.

Tatkala renungannya sendiri mencipta layar visi.  Paras yang ingin dia luputkan memori dalam ingatan hadir,  mengigaukan dia semenjak beberapa hari.

Jauh goresan yang mendera.  Tidak terdaya untuk di tampung.  Menahan tangis dari bernada.  Walau dada padat dengan sebak membadai. 

Terdera hati dalam mentafsir.  Cuba menyelongkar kebahagiaan.  Yang tertinggal hanyalah terusan penyeksaan.  Dia harus menitinya.  Biar pun,  berterusan kalah.

Indah Mustika melepaskan nafas.  Selongkar sedikit ketenangan, di waktu sejuk.  Kian mencengkam tulang hitamnya itu.  Rindunya gugur.  Resah bertaburan. 

Pengakuan yang membahagiakan itu menempel sejenak.  Dia terdera pada keindahan ritma. 

Mengapa  hadir lagi, setelah cukup dia menabur derita.  Menyiramkan busa beracun pada semaian cinta yang dia sendiri tanamkan dalam tanah sukma milik Indah, berpagar janji dusta.

Semakin terdera hati.  Apa yang bergelumat dalam kotak minda harus dia lupuskan.  Kerana dia baru sahaja mahu meninggalkan nostalgia yang hampir tenggelam di bungkus waktu.

"Oh Tuhan... Mengapa jauh benar kau biarkan aku berkelana bagaikan musafir dalam dunia khayalan yang aku cipta?"  pangkah Indah. 

Oleh kerana enggan bergelumat di dunia resah.  Di hinggapi dedebu walang.  Dengan pantas, dia mencantas lalang berduri kenangan.

Dia ingin memadam setiap corak penderitaan, agar tidak berterusan membiarkan hidup teroleng-oleng umpama berdiri di atas sampan di pukul badai resah.

Ingin juga dia mengelap serta menghapuskan apa yang mencorak kisah yang sebenar. Iris coklat cairnya nampak ada sebutir mutiara halus di hujung leraian bulu pelupuk.

Mengerdipkannya. Meluruhkan segala kesedihan serta kewalangan yang tersimpan dalam peti jiwa yang dia tanamkan di tanah hati.

Redup mata yang mengitari keliling dia junamkan semula ke dalam air jernih yang masih penuh takungannya. Dia tahu ada yang masih berdegil, ingin mengalir lagi di dataran pipi dengan segera dia menghapuskannya dengan kasar.

Paras diseka dengan laju menggunakan jemari lentiknya itu. Ulas limau kemerahan tadinya tak ubah seulas limau mandarin kecut kini mekar kembali dengan kuntum bunga senyum.

Kepalsuan jelas di pandangan namun biarlah...

Akhbar The Times seraya dilipat. Tubuh berkot hitam labuh terkirai sewaktu tubuh itu terangkat dan menegak.

Setelah jenuh iris tajam yang tersembunyi di balik kacamata hitam itu memanah busur-busur pandangannya, kini dia bangun dan mengayun langkah.

'Oh Tuhan, bantulah aku... bantu untuk aku tenggelamkan parasnya ke lubuk yang paling dalam. Tak sanggup rasanya aku. Ya Allah. Tak sanggup untuk aku tanggung derita dihiris pisau khianat beracunkan cinta.'

Sepantas kilat dia labuhkan punggung pejalnya itu atas kerusi berspan lembut. Indah sedikit tergamam serta terkejut dengan kehadiran bagaikan angin lalu itu.

Tak bersalam dan tidak juga berpesan.

"Sayang..." sapa Indah lagi. Mega mendung yang berarak lesu dia usirkan dengan memekarkan garisan belahan senyuman.

Di pandangan jejaka segak walau terlihat beberapa leraian uban di rambutnya itu, seakan dapat tahu. Paras di hadapan baharu sahaja mencalit madu. Sedangkan tadi penuh dengan hempedu.

"Apa you buat dekat sini, sayang?" Soalan beritma basa-basi Indah perdengarkan. Kuntuman segar masih lagi mekar mewangi di halaman wajah Indah.

Tetapi dasarnya digerumuni ribuan ulat pembakar semangat. Berbajakan kata-kata dusta dari seorang lelaki bernama peneman jiwa. Tiada lagi gebuan cinta, yang tertinggal hanya siraman kesedihan bertunggul sepi.

"Huh, you tanya I honey? Actually apa yang sedang bermain dalam fikiran you sekarang ni, sayang? I memang dah lama berada dekat kafe ini kerana I ada meeting. And you for what come here alone? Nak menggatal dengan jantan mana pulak?"

Lidah berhujung pedang milik Tan Sri Badrul, terus mengungkapkan kata-kata yang menikam gegendang wanita kesayangannya itu.

Dalam masa yang sama, dia panahkan busur pandangan ke arah telefon bimbit dari jenis Motorola RAZR hadiah dari dia itu, dengan lama sekali.

Indah lantas memanggung kepalanya setelah dia menyingkap tabir episod beberapa hari yang lalu. Dan kini, dia baru teringat akan perkara tersebut. Dia akui kekhilafannya itu.

Semua ini tidak akan terjadi sekiranya memori tidak di penuhi fragmen lampau. Dia tidak menyingkapnya namun tirai kenangan tidak sepenuhnya berlabuh.

"Maafkan I sayang. I benar-benar lupa. I datang sini sekadar nak ambil angin sahaja. Kalau you kata you dah lama ada dekat sini, mesti you tahu. Tak ada mana-mana lelaki pun yang datang ke meja I..."

"Kau sindir aku?"

"No sayang no! I tak sindir you. I just tell you the truth. Because you know it sayang," pangkah Indah dengan menghalakan busur matanya. Saling berlawanan.

"Baik. Kalau betul you datang sini bukan untuk menggatal dengan jantan lain. I nak you balik apartmen now. I said now. I nak you wangi-wangi bila I balik sekejap nanti, because i want you..." ujar Tan Sri Badrul mendekatkan tubuh hadapannya ke bibir meja.

Bagi Indah pula kelunakan suara garau lelaki kenamaan di depan dia itu, bagaikan tabuh sedang memalu gegendang telinganya. Lidah seperti di kelukan oleh satu kuasa pabila busur bercahaya milik Tan Sri Badrul memanah tepat ke lubuk iris.

"Tak perlu nak berdalih. I tahu jadual you bila and bila... you tak boleh berhubungan dengan I," sahut Tan Sri Badrul lagi. Dan sekali lagi, kata-kata bermata pisau itu meluncur laju seiring dengan panahan busur matanya.

Tiada guna pelaburan tinggi jika hasilnya tiada kan?

Indah Mustika tidak tergagah lidah menyempurnakan ayat mahu pun menyusun frasa yang terbaik sebagai keengganan yang paling manis. Tiada. Noktah sebagai jawapan.

Tiada kata-kata yang dapat dia ukirkan lagi. Walau perutnya berombak. Dada menyesak. Dia harus akur. Dia harus patuh. Kerana dia wanita Tan Sri Badrul.

Sekali lagi gerak mata terjatuh ke dasar air jernih yang tidak sempat dia jamah walau setitis, dia mengangkat tubuh memberat dia itu untuk bangun juga.

Sebelum panahan busur mata yang masih lagi terhala tepat padanya itu diiringi pula dengan lidah berhujung keris. Apatah lagi sehingga berpanjangan dalam kamar, tubuh ibarat bola.

Paras yang jelita dengan pelbagai warna ceria itu pula dia jadikan kanvas untuk dia curahkan warna biru keunguan.

"When I said you balik, you balik okay. Jangan nak singgah mana-mana pula. You should know how many 'my eyes' here." Sang penguasa 'kuku tajam' sudah meledakkan bom amaran.

"Ya, I know darling..." jawab Indah setelah telinganya tetap di hadiah alunan kata-kata yang merobekkan ranting semangat. Mencurah tuba di danau hati.

Belum pun sempat dia menarik telefon bimbit yang kaku atas meja, ada satu tangan lain sudah merampas terlebih dahulu. Hanya mampu menghembus nafas lelah.

"Kau tak perlu nak berdesah sebegitu, sayang... kau jangan lupa pula, apa yang kau ada atau yang ada pada tubuh kau itu semuanya hak milik aku. Faham!"

Tan Sri Badrul pula melontarkan kata-kata bersalut racun, memanggung kepala dengan memanjangkan tangan menolak telefon yang sudah dia pantau itu, ke arah si wanita kurungannya semula.

Panas menembusi celah-celah rerumput halus paras Indah. Hati bagaikan disalai atas api yang marak. Sebelum belahan yang dia basahkan dengan liurnya itu terbuka.

Dengan pantas dia saukkan tangannya ke dalam tali tas tangan jenama Elizabeth Arden lalu menyangkut pada bahu. Kaki dia bukakan untuk melangkah pergi dalam keradangan.

Tanpa pasangan yang ingin membuka dewan perdebatan itu sedari, sudah berkepingan gambar yang kamera polaroid sang paparazzi itu ketikkan.

Makin tebal poketnya bila Puan Sri Hendon menujah renungannya tajamnya itu ke kepingan potret yang dia tangkapkan itu.

Laju kepala yang terpanggung seperti ular tadi, dia perendahkan ketika wanita yang sudah menyarungkan kembali jaket sejuknya itu, menapak di tepi meja dia sedang berada itu.

"Hello John, tolong dapatkan maklumat nombor panggilan baru itu dengan segera. Lagi satu, minta Harold bersedia di hujung jalan. Paparazzi Puan Sri terbaharu pula..." ujarnya sebelum menoktahkan perbualan.

"Hendon, Hendon. Kau ingat kau lagi pandai... kau silap sayang. Bila-bila masa aku boleh tangkap anak ikan kau tu sayang." Akhiri untaian aksara bernoktah racun itu dengan senyuman penuh makna dari belahan biratnya itu. Terjungkit sedikit di hujung, sinis sekali bila terlihat.

"MAMA tak boleh buat Izz macam ni ma?" bantah Izz terasa berbahang. Dia yang kini sememangnya berada di kawasan panas yang membakar, dibalingkan pula lontaran kata-kata berkayu api. Makin memarakkan api kepanasan yang tersedia.

"Tengku Izzham! Keputusan mama muktamad. Kau mesti mama kahwinkan dengan Tengku Maria. Noktah."

"Izz, apa kurangnya dengan Maria? Papa and mama tak nampak apa-apa pun yang kurang," sahut Tengku Omar mendekati si isteri. Tangan yang diraih, di tepis sang isteri.

Begitu jelas radang yang bermukim di daerah paling dalam milik si isteri. Tengku Omar terpaksa akur. Lantas dia dongak semula. Bertukar renungan dengan si anak tunggal.

Entah mengapa, Tengku Omar bagaikan terdengar-dengar suara penderitaan batin anak tunggalnya itu. Lantas bola matanya tercari-cari sehingga menemukannya.

Riak panahan matanya terbayang sebuah kisah sedih. Yang dia sendiri, juga tahu. Dia amati lagi wajah bening si anak. Dia menyinarkan irisnya untuk sebuah pujukan.

'Papa tahu apa yang Izz rasa... apa yang anak papa ni lalui selama ini. Tolong papa, fahami hati Izz. Dalam hati Izz tiada nama lain... hanya dia papa... hanya dia...'

'Papa faham sayang dan papa juga mengerti apa yang Izz dah lalui selama ini... sebab itulah papa dengan mama tak mahu Izz bersedih lagi dengan pernikahan ini... Izz pun tahu kan bagaimana mama?'

"Sebab betina simpanan tu kan? Mama tak kira. Izz mesti kahwin dengan Tengku Maria. Dia lagi sesuai dengan status kita!"

Terlerai tautan mata antara kedua-duanya begitu juga dengan jalinan kata bersambungan mereka, tatkala di sahut suara ngauman guntur dari langit Tengku Puziah.

Tengku Omar terdiam. Tengku Izzham atau Izz menikus walau hati masih lagi dalam pemberontakan. Tengku Puziah mekarkan senyuman bunga beracunnya itu.

"Indah, bukan perempuan simpanan," sahut Izz dalam nada sayu cuba menidakkan kata-kata yang memukul tangkai hatinya tadi. Pun begitu, di lorong pendengaran Tengku Puziah pula kata-kata itu sedang menghiris-hiris hatinya.

"Kalau bukan perempuan simpanan apa? Sundal?"

"Mama! Indah bukan perempuan sebegitu..."

"Argh! Mama tak kira. Izz tetap mama akan kahwinkan dengan Tengku Maria. Mama yakin dia keturunan baik-baik. Dari dahulu lagi mama tak berkenan dengan perempuan miskin itu... tapi kau degil Izz. Sekarang bukti dah ada depan mata pun... kau masih nak sebelah kan dia. Entah-entah kau! Dah dia kangkangkan!"

"Ya Allah sayang, bawa mengucap!" sanggah Tengku Omar laju menggeleng. Pedih tertusuk sembilu. Tengku Omar tahu apa yang Izz sedang rasakan kini.

"Sayang diam. I lebih tahu apa yang bagus untuk anak I!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience