BAB 4.

Fantasy Series 3582

SYAHADAN dayungan baluk akhirnya menemui satu muara sungai.  Keadaannya sedikit menyeramkan, mungkin kerana bersemak-samun dengan kayu pancang kebanyakkan reput. Nasiblah nyanyian belantara menjadi penghibur Sukma Cempaka di kala dia sedang mendekati muara. 

Bayu dari arah baruh masih bertiup mendamaikan lagi suasana.  Panah mentari semakin menerik menyebabkan Sukma Cempaka mahu cepat-cepat naik ke atas tebing. 

"Hamba tidak tahu baluk ini bawa hamba ke daerah mana. Hamba harap adalah insan yang berhati nurani mahu menumpangkan hamba barang semalam dua nanti," ujarnya yang ingin bangun setelah bunjut kain berisi pakaian disarungkan ke bahu kanan. 

Dengan tidak semena-mena baluk dia sedang berdiri dan ingin membuka langkah itu mengalami pergerakkan tidak menentu seperti ada sesuatu sedang menujah dari bawah. 

"Aduh, kenapa pula ni?" Soal Sukma Cempaka berlari dia ke tebing tanpa sempat menarik tali untuk diikat pada kayu pancang seekor buaya putih menjelmakan diri di depannya. Sukma Cempaka menarik nafas namun dia tidak boleh tunjuk ketakutannya itu. Ia seperti membuka peluang pada makhluk ganas hadapan dia itu lagi, untuk melakukan serangan. 

"Wahai tok buaya, hamba tidak tahu ini tempat tok tapi izinkan hamba tumpangkan baluk hamba ni barang beberapa purnama sehingga habis perguruan hamba…" Sukma Cempaka sendiri tidak tahu kenapa dia boleh berkata mahu berguru, sedangkan dia berada di mana pun tidak tahu. Apatah lagi, mahu berguru.

Pada mulanya, hanya mata sang buaya itu sahaja yang terkelip-kelip sebagai jawapan.  Sukma Cempaka semakin mengundur. Nasiblah dia sudah berada atas tanah dan melepasi titian rapuh kayu pancang. 

"Izinkan hamba tumpang lalu, tok…" Arakian berbicara dengan mengekalkan citra ketenangan pada wajah dan tidak juga mahu mempersenda buaya itu, Sukma Cempaka menunduk dan membuka langkahnya.

"Mahu ke mana tuan hamba?" Satu suara menegur membejatkan langkah.  Sukma Cempaka terus memusingkan tubuh kembali ke  belakang. 'Allah !' Dia terkejut kerana buaya putih itu sudah mengujudkan susuk tubuh sebenarnya. 

Baru sahaja Sukma Cempaka mahu membuka mulut…

"Argh! Argh! Tolong tuan hamba jangan buat begini pada hamba… argh!!!"  Jerit suara yang sama dan kedengaran halus nyaring. 

"Suara siapakah itu?" Spontan Sukma Cempaka bersuara tegas. 

"Nampak gayanya ada yang memerlukan bantuan kita, tuan hamba…" Sahut manusia siluman di hadapan membuatkan Sukma Cempaka terangguk-angguk.  Manusia siluman itu tidak mengecaminya sebagai seorang perempuan dek pakaiannya.

"Mari tuan hamba. Keadaan benar-benar teruk tu!" Berlari pemuda tersebut ke dalam hutan. Sukma Cempaka menurutinya dari arah belakang. Jeritan masih lagi bergemaan, bercampurbaur gelak tawa lelaki dan suara-suara mergasatwa. 

Setelah meredah segala semak-samun berduri, akhirnya mereka berdua sampai juga namun yang peliknya mengapa kosong pula tempat itu?

"Tuan hamba kita tak salahkan?" Sukma Cempaka menyoal dalam mengahnya. Terasa bagai sedang dipermainkan pula. Laju dia mengelap lelehan peluh di dahinya menggunakan hujung lengannya. 

"Itulah. Pelik juga hamba ni? Memang jeritan itu kuat dari tempat ini takkan dengan begitu cepat dah reda? Atau pun si mangsa itu sudah dapat mereka pengsankan?" Andai si manusia siluman itu pula. 

Dari tempat lain, sang pendeta terangguk-angguk sendirian sambil mata masih terpejam.  Dan dia masih lagi dalam posisi duduk betapa. Tegak kedua belah lengannya dan tapak tangan memegang kepala lutut. 

"Syukur dia sampai akhirnya. Guru ajarlah anak didik hamba itu secukupnya.  Apa yang berlaku pada dirinya telah pun hamba beritahu. Hamba yakin tok pada dirinya…" Nila Utama berkata-kata apabila ada seruan memanggil namanya. 

Waktu itu dia sedang memerhati Damak dalam menjalani latihan permulaan.  Nila Utama juga tahu, akan ada seorang lagi hamba Allah yang akan berguru sekali dengan Sukma Cempaka. Panjang harapannya agar mereka berdua dapat bekerjasama dalam menegakkan kebenaran, bukannya Nila Utama tidak tahu akan ceritera Raja Gentala yang mahukan Pura Semanggi. 

"Baiklah, hamba memang menanti kehadiran mereka. Tapi sebelum mereka sampai ke sini pasti akan menemui beberapa halangan dahulu…" Sahut sang pendeta dalam firasatnya itu.  Nila Utama dari tempatnya seraya mengangguk memahami. 

"Tolong!!!" Sekali lagi jeritan bergema tapi kali ini dari arah timur mereka.  

"Dari arah sana!" 

"Ya, betul tu tuan hamba. Mari kita pergi. Pasti perempuan tu dah semakin jauh mereka bawa. Hamba yakin itu lanun…" Sahut si pemuda siluman buaya putih itu pada Sukma Cempaka. 

Buat sekali lagi, mereka berdua meredah denai dan semak.  

"Lepaskan perempuan itu!"  Pekik Sukma Cempaka dengan suara tegasnya berlagak seperti mana seorang lelaki dengan keris pusakanya di tarik keluar. Begitu juga dengan pemuda siluman. Dia dalam masa sama, sedang 'berhubung' dengan seseorang sehinggalah dia memahami.  

Oleh kerana itulah, dia membiarkan dahulu rentak pertama bagaimana yang akan pemuda yang baru sampai itu tunjukkan pada mereka. Lanun-lanun yang sedang mengerumuni seorang perawan jelita berkebaya kerabat hanya berdekah ketawa melihat keadaan dua lelaki asing terlihat lemah di matanya tapi ada hati mahu mencampuri urusan dia. 

"Kalau kail panjang sejengkal…" Dia bersuara menyindir. Tajam panahan mata Sukma Cempaka padanya yang jelas mencabar kesabarannya. Dia masih tidak tahu dengan siapakah dia sedang berdepan. Dia sedang bersemuka dengan keturunan Raja Semanggi. 

"Belum tentu kail yang pendek itu tak mampu nak menyelami lautan luas, wahai tuan hamba yang gagah perkasa," sambut si pemuda itu pula. Tangannya kosong tanpa keris hanya kekuda dibuka sebagai persediaan. 

Sukma Cempaka nampak akan kumat-kamit pada salah-seorang lanun-lanun di situ.  Lalu Sukma Cempaka membawa talaan matanya ke arah pemuda siluman. Dia masih tidak terusik apa-apa sama seperti dirinya namun tidak pada perempuan di tawanan mereka itu. Dia jatuh tersembam tanpa ada yang mahu membantunya menyakitkan lagi hati Sukma Cempaka kala melihat kaumnya diperlakukan sedemikian rupa. 

Laju Sukma Cempaka halangi mukanya dari terpaan tiupan angin rakus. Manakala pemuda siluman yang tidak bersedia apa-apa itu pula terpelanting sedikit jauh. 

"Ini adalah cuca…" Ujar Sukma Cempaka. Lalu dia menarik nafas kaki dibukakan dengan tangan menyilang.  

"Nampak gayanya tuan hamba sudah membeli. Baiklah!" Cabar ketua lanun lalu dia terus menerpa ke arah Sukma Cempaka. Tegak kakinya terhala pada Sukma Cempaka yang sedang meliang-liuk tangannya. 

"Iyargh!!!"  Pekik ketua lanun.  Sukma Cempaka menunduk lalu dia menolak perut ketua lanun itu hanya dengan jurusnya saja membuatkan dia jauh terpelanting ke perdu pokok. Yang lain pula hadir menyerang kala melihat ketua mereka terperosok di perdu. 

Mereka serentak datang menyerang. Ada yang menyauk, Sukma Cempaka menyiku setelah menunduk.  Ada yang menendang, Sukma Cempaka memusing tubuh lalu kaki kiri menghempas muka.  Manakala si pemuda siluman itu pula sudah pun berada di tepi wanita malang itu. Berkumat-kamit mulutnya sambil tapak tangan menyapu muka. 

"Jangan takut, hamba takkan apa-apakan tuan hamba... hamba dengan kawan hamba datang membantu..." Laju pemuda siluman itu menerangkan tatkala wanita berkebaya itu sudah terjaga namun mengengsot ketakutan.

Bagaimanalah dia tidak takut kerana semuanya berlaku dalam sekelip mata. Habis kampungnya huru-hara dek perkumpulan lanun yang di ketuai Landak.

"Siapakah tuan hamba berdua?" Wanita berpenampilan puteri raja itu menyoal setelah ketakutan yang dia alami sudah menyusut.

"Hamba Andak... itu kawan baru hamba. Nama pun tidak hamba tanyakan lagi... kami bertemu di tebing muara. Nampaknya dia baru sampai ke kampung ini... hamba pula buaya putih..."

arakian slpas itu,
baluk perahu kecil
syahadan selanjutnya
cuca jampi
citra gambaran, roman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience