Selepas mendengar penjelasan Esmir dan Bonda Emira, Eva tidak berhenti menangis. Mata Eva semakin sembap kerana menangis hampir semalaman memikirkan keberadaan Hayden sehingga menyebabkan Eva tidak sedar dan pengsan dipangkuan Esmir. Suasana semakin tegang bila Eva tersedar dan menjerit-jerit memanggil nama Hayden dan kemudian pengsan semula. Eva menyesali dengan apa yang telah dia lakukan. Benar... Eva terluka selepas diperlakukan seperti sampah oleh suaminya sendiri... Sejujurnya, Eva kecewa dilukakan oleh Hayden. Tetapi, Eva lebih kesal kerana tidak mengambil berat akan keadaan sekeliling yang berlaku pada Hayden. Meletakkan keseluruhan kesalahan di bahu Hayden membuatkan Eva benar-benar rasa dirinya bodoh. "Allah... Apa yang ...