BAB 6

Romance Completed 9703

Empat tahun sudah berlalu. Alhamdulillah Aina, Khalilah dan Zakir masing-masing sudah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan Islam di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Masing-masing di tahun akhir. Setelah dua tahun merantau di negeri orang, akhirnya Aina yang merupakan anak jati Selangor akan terus menetap di sana.
Zakir sudah dapat menerima Aina. Mungkin berkat doa Aina yang tidak putus-putus hampir saban hari meminta izin dari Allah untuk meminjam sebahagian hati Zakir. Namun batas-batas pergaulan masih lagi dijaga. Perhubungan melalui sms dan internet tidak pernah dijadikan jalan untuk melepaskan rasa.

“Kalau boleh ana tak nak kapel. Kalau tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu hati ana dan ana pun macam nak ketuk hati dia juga.., ana nak berterus terang padanya. Nanti senanglah.., kalau dah bagitahu awal-awal, dua-dua dah suka, dah tak perlu nak risau dah. Tak payah nak kapel dan berkepit-kepit. Aina nak serahkan je pada Allah untuk tentukan. Yang penting dia tahu apa yang Aina rasa dan Aina tahu apa yang dia rasa.” Itulah impiannya sedari dia mula menginjak dunia remaja. Dan Alhamdulillah Aina bersyukur sangat kerana Khalilah selalu ada untuk mengingatkannya yang kadang-kala leka terbuai dek perasaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience