BAB 2

Romance Completed 9703

Sekali lagi Aina mengeluh. Dengan lafaz Bismillah dia bertawakal pada Allah memohon ketenangan hati. Dia mengenggam erat tangan sahabatnya. Dia menyebut lagi kalimah suci itu.

“Khalilah ingat tak dulu masa kita mula-mula masuk dekat Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri ni., Aina ada cerita dekat Khalilah pasal seorang ikhwah ni kan? Namanya Arif.”

Khalilah terdiam seketika, cuba mengingat. Sekejap-sekejap kedua-dua anak matanya memandang ke atas dan seketika memandang Aina.

“Arif? Arif Amar tu ke?” Aina mengangguk mengiyakan.

“Hurm.., sejak kita masuk sem 2 ni jarang benar saya dengar nama dia disebut. Kenapa dengan Arif Amar tu?”

“Awak tahu kan kami dah lama berkawan? Sejak Aina form 5. Sampailah umur sekarang ni 19 tahun. Selama kami berkawan ni…, kami sentiasa menjaga batas pergaulan., cakap soal hati pun tak pernah.., tapi tiba-tiba……” Aina seperti tidak mahu menghabiskan ayatnya. Sengaja dia membiarkan ayatnya tergantung.

“Tiba-tiba? Maksud awak, tiba-tiba Arif Amar tu nak minta lebih dari hubungan kawan? Macam tu?” tebak Khalilah. Aina mengangguk kecil. Khalilah memang pandai dalam bab-bab memahami hatinya ni. Disebabkan itulah Khalilahlah orang yang sering menjadi tempat curahan hatinya. Apatah lagi mereka semajmuah. Majmuah 5.

“Habis tu kenapa? Bukan dulu Aina pernah cakap ke yang Aina teringin dapat seorang peneman hidup seperti dia? Ha.., tu pucuk di cita ulam mendatanglah.” Sengaja Khalilah ingin mengusik.

Aina merasakan wajahnya bagai terkena pijar. Dia tersengih. “Ish Khalilah ni. Tak perlulah ungkit benda tu. Aina cuma kata teringin je. Itu time aina masih mentah lagi.” Khalilah tergelak.

“Macam mana ni Khalilah…, ana tak tahu nak cakap apa dengan dia. Ana serba salah.”

“Kenapa perlu serba salah? Aina cakap je dengan dia yang Aina lebih suka berkawan. Lebih baik Aina terus terang saja dengan dia daripada dia terus berharap. Lagi kesian. Aina pun bukan suka dengan dia kan? Yelah.., dia kan muda setahun daripada Aina kan?”

“Siapa kata Aina tak suka dia? Bagi Aina umur bukan menjadi masalah. Tapi masalah ana sekarang ialah hati Aina dah tak ada ruang untuk orang lain. Awak pun tahu kan? Memang Aina suka dengan Arif tu.., tapi suka tu cuma sebagai kawan. Tak lebih dari tu. Aina takut kalau Aina cakap dengan dia nanti dia akan hilang dari Aina. Aina tak nak hilang kawan macam dia. Aina tak nak tapi Aina tak tahu apa yang perlu Aina lakukan.” Aina menghela nafas dan setitik demi setitik air mata meluncur laju dari tubir matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience