BAB 4

Romance Completed 9703

Lagu Law Kana Bainana Habib beralun kuat memenuhi ruang bilik yang dikongsi bertiga itu. Aina yang sedang duduk mengulang kaji pelajaran menjeling sekilas talifon bimbit Samsung Corby II milik Khalilah di sebelahnya. Matanya membuntang. Dia mengambil talifon bimbit itu bagi memastikan sesuatu. Pintu bilik dikuak. Khalilah melangkah masuk dengan tuala di bahu. Aina terus menghulurkan talifon padanya.

Khalilah memandang Aina tidak berkelip sebelum menekapkan talifon bimbit comel itu ke telinga.

“Waalaikumussalam. Ye ana ni. Oh.., ada ni. Baiklah. Sebentar.”

Aina menggeleng tidak mahu namun Khalilah tidak peduli. Dia meletakkan talifon itu di tapak tangan Aina dan melangkah keluar ingin memberi ruang pada Aina berbicara.

Dengan lafaz Bismillah Aina memberi salam. Semoga dengan kalimah suci itu dia mampu kuat untuk menerima segala perkara yang akan mendatang.

“Ya ana Aina Syakira. Oh tak mengganggu pun. Ana cuma buat ulang kaji sikit tentang tajuk qalam petang tadi.” Aina melabuhkan punggung di atas katil double-dacker yang dikongsi bersama kak Zurin.

“Ada apa-apa ke yang anta nak sampaikan.?” Aina diam tekun mendengar tanpa mencelah. Tiada apa-apa reaksi dari wajahnya. Sedikit demi sedikit bibirnya mengukir senyuman.

“Oh baiklah. Syukran ya akhi. Assalamualaikum.” Aina menamatkan perbualan setelah dia mengutarakan beberapa komentar. Aina menarik nafas lega. Dia mengucapkan syukur yang tidak terhingga pada Illahi. Aina kembali meneruskan mentelaah. Masa yang terluang seperti malam ini tidak harus disia-siakan. Bukan selalu kuliah tafaqquh dibatalkan. Ni baru kali kedua. Mungkin timbalan pengarah ada urusan kot.

Lima minit kemudian Khalilah masuk dengan wajah yang cuak. Kerusi di sebelah Aina ditarik. Dia memandang Aina lama. Aina tersenyum.

“Kak Zurin mana?” Khalilah merengus dalam hati. Ya salam.., lain pula yang keluar dari mulut ni.

“Siapkan assignment dengan Kak Amal.” Jawab Aina masih dengan senyuman.

“Aina? Aina okay?”

Aina sudah menyangka pasti Khalilah akan bertanyakan tentang itu. Dia memusingkan kerusinya menghadap Khalilah.

“Alhamdulillah semuanya dah selesai. Terima kasih atas cadangan anti.” Aina tidak menyangka dia akan menerima cadangan gila yang spontan lahir dari bibir Khalilah.

“Maksudnya Zakir terima?” buntang mata Khalilah.

Aina menggeleng manakala Khalilah termpempan.

“Zakir tak terima? Tapi kenapa awak….?”

“Tak sedih?” pintas Aina laju. “Itu yang Khalilah nak cakap?” Khalilah mengangguk.

“Siapa yang tak sedih kalau cinta di tolak? Mestilah Aina sedih. Tapi Aina dah sedia. Sebelum Aina teruskan agenda kita tadi tu Aina dah buat solat hajat supaya hati ni tenang dengan apa jua keputusannya. Alhamdulillah walau pun Aina sedih Insha-Allah Aina masih mampu mengawalnya.” Aina membalas genggaman tangan Khalilah. Dia tahu Khalilah cuba menyalurkan semangat buatnya.

“Nak tahu apa Zakir cakap pada ana?” laju Khalilah mengangguk bagai burung belatuk.

“Maaf Syakir.., ana sedang cuba menjaga hati ana. Kalau boleh ana nak belajar dulu. Cukuplah dulu cinta ana ditolak. Biarlah hati ana sekarang Allah yang pegang. InsyaAllah kalau suatu hari nanti Allah nak beri peluang pada anti pinjam separuh daripada hati ana, ana redha. Anti berdoalah pada Allah. InsyaaAllah kita masih sahabat kan?”

“Ohh patutlah.., pernah ada pengalaman putus cinta rupanya. Habis tu awak cakap apa?”

“Of course lah Aina terima. Walaupun Zakir tu majmuah lain dengan kita.., tapi Aina tetap nak teruskan ukhuwah ni dengannya. Aina taknaklah sebab ni kami berpaling muka, kan? Lagipun jaminan hati yang diberikan tu yang membuat ana tenang.” Aina tersenyum lebar.

Khalilah turut sama tersenyum. “Tapi Aina kena ingat impian Aina sebelum-sebelum ni..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience