BAB 1

Romance Completed 9703

Orang yang memendam perasaan seringkali terjebak oleh hatinya sendiri. Sibuk merangkai semua kejadian di sekitarnya untuk membenarkan hatinya berharap. Sibuk menghubungkan banyak hal agar hatinya senang menimbun mimpi. Sehingga suatu ketika dia tidak tahu lagi mana simpul yang nyata dan mana simpul yang dusta.

-Tere Liye –
*****
Aina… kenapa sekarang ni saya rasa awak macam nak
menjauhkan diri dari saya? Saya ada buat salah kat awak?

Aina mengeluh. Dia berkira-kira adakah patut dia membalas pesanan ringkas yang baru sahaja diterimanya. Hatinya bertingkah dengan akal. Hati mendesak untuknya membalas namun akal pula menghalang.

Bzzz! Bzzz! Talifon bimbit Blueberry CSL bergetar menandakan ada satu mesej. Sengaja Aina men‘silent’kan handphonenya. Takut ianya berbunyi nyaring di dalam bilik kuliah.

Aina??? Kalau saya ada buat salah pada awak…, awak
maafkanlah saya. Pleaseee ?

Tangannya gatal untuk membalas pesanan yang datang dari orang yang sama itu. Dia mengeluh. Nak reply ke tak ni??? Haddooooi……, macam mana ni? Mukanya berkerut. Khalilah yang baru selesai menunaikan solat zohor mengangkat kening.

“Awak kenapa, Aina?” ujarnya sambil tangan sibuk melipat telekung berbunga biru dihujungnya. “Dari tadi saya dengar awak mengeluh. Ada masalah ke?” Khalilah duduk di atas katil menghadap roommatenya. Kak Zurin pelajar semester 4 yang juga roommate mereka dari pagi sudah menghilangkan dirinya ke KB Mall. Hari Jumaat dan Sabtu sememangnya hari liburan bagi mereka. Waktu ni lah mereka mempunyai masa untuk membeli barang-barang keperluan yang sudah habis.

“Entahlah Khalilah. Aina pun tak tahu.” Khalilah berkerut. Pelik ni…..

“Kalau ada masalah yang membelenggu awak…, kalau awak tak keberatan untuk berkongsi dengan saya.., saya sanggup mendengar.”

“Betul ni? Boleh ke?”

“Masya-Allah Aina. Mesti lah boleh. Kita ni dah hampir setahun bersama. Saya dah anggap Aina macam saudara saya sendiri. Tafadhal ya ukhti..” Khalilah bangun dan duduk bersimpuh di hujung kaki Aina. Tangannya menggenggam lembut jemari Aina. Cuba menghantar sedikit kekuatan kepada Aina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience