Bab 3

Romance Completed 87311

Jasmine buka mata apabila terasa kenderaan yang dia naiki berhenti. Dia pandang sisi kirinya. Masih ada Adila yang sedang tersenyum.

“Dah bangun dah? Jom turut. Kita singgah makan dulu.” Ajak Adila apabila nampak Jasmine seperti resah.

“Kita kat mana ni kak?” Soal Jasmine. Dia turut pandang pada dua lelaki yang sudah berada di luar kereta ini.

“Kita dekat hentian rehat. Dia orang tu nak makan dulu. Jasmine jangan risau. Kita dah keluar jauh dari kawasan kampung Jasmine tadi. Jom!” Ajak Adila.

Jasmine dan Adila keluar dari perut kereta dan berjalan menuju ke arah Irfan dan Aidan duduk. Masa inilah Irfan perasan yang Jasmine tidak memakai kasut dan kakinya nampak seperti luka.

“Mana kasut?” Soal Irfan pada Jasmine.

Adila dan Aidan turut memandang pada kaki Jasmine yang hanya berkaki ayam memijak tar yang panas ini.

“Allah! Kenapa tak cakap tak ada kasut. Dah Jasmine duduk sini dulu. Panas ni. Astaqfirullahalazim! Kaki Jasmine luka ni…” Adila angkat kaki Jasmine yang luka dan masih berdarah.

“Eh! Tak pe kak. Sikit je ni.”

“Macam ni cakap sikit ke? Aduh!” Selar Irfan

“Aidan! Ambik first aid box dalam kereta.” Arah Irfan lalu duduk di hadapan Jasmine.

Ini baru dia dapat melihat wajah Jasmine secara dekat. Apa yang Irfan nampak adalah kesan lebam pada hujung bibir Jasmine. Di bahagian pipi Jasmine juga turut terlihat kesan tamparan dan ada juga kesan lebam di bahagian pipi.

Jasmine angkat wajahnya apabila terasa seperti diperhati. Mata Jasmine dan Irfan bertaut seketika sebelum Jasmine menunduk semula.

Irfan sedar akan itu mula resah apabila detak jantungnya berubah irama apabila terpandangkan raut wajah Jasmine yang sangat polos itu. Tetapi Irfan segera menepis rasa yang baru timbul dan kembali menenangkan detak jantungnya yang berubah seketika tadi.

“Nah! First aid box yang kau minta.” Aidan datang menyerahkan satu kota peti pertolangan cemas kepada Irfan.

“Air ada tak?” Tanya Irfan kepada Aidan.

Dan Aidan sudah faham segera menyerahkan satu botol air mineral kepada Irfan. Irfan buka penutup botol dan baru saja dia ingin mencuci luka di kaki Jasmine tetapi Jasmine terus menarik kembali kakinya.

“Tak pe, Encik. Biar saya yang buat!” Kata Adila yang sedar Jasmine yang tidak ingin di sentuh oleh lelaki. Dia juga nampak sedikit takut.

Adila mengambil tempat duduk Irfan tadi dan mula mencuci kaki Jasmine yang ada luka-luka kecil ini. Siap mencuci Adila menyapu dengan iodin dan membalut supaya luka tadi tidak terkena kuman.

Manakala Irfan dan Aidan faham yang Adila dan Jasmine tidak perlukan mereka berdua, jadi mereka memilih untuk pergi mengisi perut mereka yang lapar itu.

“Dah siap dah! Sakit lagi tak? Kalau ada sakit bagi tahu akak ye! Jangan diam je. Risau nanti terkena jangkitan kuman.”

Kata Adila lagi. Dia memandang tepat ke wajah Jasmine. Dan dia juga baru perasan yang ada kesan lebam di wajah Jasmine. Patutlah Jasmine selalu menunduk kerana ingin menyembunyikan cela di wajahnya.

Seketika kemudian, Irfan dan Aidan kembali dengan membawa dua bungkus makanan dan di letakkan di atas meja di hadapan Adila dan Jasmine.

“Nah! Kasut untuk awak!” Irfan meletakkan kasut yang baru di belinya di salah sebuah kedai di hentian rehat ini. Kasut itu di letakkan di sebelah kaki Jasmine.

“Maaf kasut biasa je. Dah tak ada kasut lain dah. Awak boleh pakai dulu, Jasmine!” Irfan menyuruh Jasmine menyarung kasut selipar itu.

“Terima kasih, Encik!” Kata Jasmine.

“Dila, Jasmine makan dulu. Kami dah makan tadi.” Arah Irfan sambil menolak bungkusan makanan kepada Adila dan Jasmine.

Irfan dan Aidan tidak ke mana hanya menunggu dua orang perempuan itu menghabiskan makanan saja. Irfan duduk sambil memerhati Jasmine. Dan dia ingin mencari tahu tentang gadis yang bernama Jasmine itu.

Selesai saja Adila dan Jasmine makan, Irfan berjalan ke arah gazebo yang diduduki oleh Adila dan Jasmine itu. Aidan hanya mengikut langkah Irfan.

Irfan duduk sudut luar ruang gazebo itu.

“Jasmine! Maaf kalau saya nak tanya. Boleh saya tahu apa sebenarnya terjadi pada awak? Awak lari dari rumah ke apa? Saya bimbang, niat kami nak bantu awak, nanti akan jadi masalah pada kami semua. Saya tak nak di tuduh menculik awak. Sebab tu saya nak tahu cerita sebenar.”

Kata Irfan dengan lancar.

Jasmine masih menunduk. Hatinya sedikit terasa dengan tuduhan itu. Dia tidak berniat untuk menyusahkan mereka yang nampak baik dari penilaian matanya.

“Ya! Saya lari dari rumah.” Jasmine mengaku yang dia lari dari rumah.

Semua saling berpandangan antara satu sama lain.

“Maaf! Saya dah menyusahkan semua. Tapi nanti keluar dari dari highway ni nanti, Encik boleh turun kan saya. Saya tak nak susahkan sesiapa. Maaf!” Jasmine berkata.

Irfan hanya diam apabila Jasmine berkata begitu. Bukan itu jawapan yang dia nak dari Jasmine. Dia ingin tahu kebenarannya.

Irfan tahu yang Jasmine telah di pukul dengan teruk kerana dia nampak kesan lebam di muka dan di sekitar kaki ketika Jasmine angkat kakinya tadi. Tangan Jasmine juga nampak seperti ada kesan luka.

Tapi persoalannya Jasmine di pukul oleh siapa?

Itu yang Irfan ingin tahu.

Di pukul oleh suami atau mak bapaknya?

Tapi gadis itu pandai menyembunyikan kesan lebam tersebut. Ini juga kerana Jasmine yang memakai baju kurung moden, nampak seperti persalinan nikah. Serta kepalanya yang bertudung putih. Wajahnya yang polos itu di rias sedikit dengan mekap tetapi wajahnya tetap nampak polos.

Adila seperti tahu yang Irfan sedang menahan marah kerana tidak mendapat jawapan dari mulut Jasmine, Adila pula yang memainkan peranannya. Adila rasa mungkin Jasmine takut kepada Irfan kerana wajah Irfan sangat serius ketika ini.

“Jasmine.... Maaf! Kami bukan nak menyibuk hal Jasmine, tapi sekurang-kurangnya kami nak tahu hal sebenarnya yang terjadi pada Jasmine. Jasmine sendiri tahu kan, sekarang zaman yang viral. Kami cuma risau di tuduh saja. Nanti akan jadi masalah besar kalau kena tuduhan macam tu. Niat kami semua nak tolong, tapi kalau Jasmine keberatan untuk bercerita….. Akak tak paksa. Itu hak Jasmine.” Adila cuba memainkan peranannya.

Jasmine masih menunduk dan seketika terdengar isak tangis dari Jasmine. Adila seolah faham dan memeluk Jasmine.

Irfan terasa sedikit bersalah kerana memaksa Jasmine. Keluhan terlepas.

Seketika semua diam.

“Betul saya lari dari rumah! Saya telah di dera dan di pukul oleh mak tiri saya serta suami barunya.”

Setelah lama diam, Jasmine baru buka mulut untuk bercerita.

“Allahuakhbar! Kenapa boleh jadi macam tu? Ni kenapa Jasmine pakai baju macam ni? Ni bukan baju nikah ke?” Adila bertanya lagi apabila Jasmine sudah buka mulut untuk bercerita.

“Ya. Ni baju nikah. Saya lari dari pernikahan yang mak tiri saya aturkan. Makcik Saleha dan Pakcik Shukri paksa saya nikah dengan orang kaya di kampung tu. Lelaki tu nama Budi. Dia dah kahwin dan ada anak 5 orang. Saya nikah dengan dia untuk dijadikan isteri kedua. Saya tak nak!

Dan demi melangsaikan hutang pakcik Shukri tu. Pakcik Shukri selalu kalah judi, dia berhutang banyak dengan Budi. Jadi sebagai gantinya, saya di paksa kahwin dengan Budi.

Saya membantah tapi tubuh saya di sepak di terajang tanpa belas ihsan pun. Mulut Jasmine melawan, pipi Jasmine di tampar sampai pecah.

Sepatutnya pagi tadi Jasmine akan di nikahkan dengan Budi di masjid. Tapi Jasmine bertekad untuk lari. Sampai dekat masjid tadi, Jasmine cuba loloskan diri di kawasan belakang masjid. Jasmine hanya sempat bawa dompet duit dan sepasang telekung saja.

Dan lelaki-lelaki tadi adalah orang-orang kuat Budi dan juga kawan-kawan pakcik Shukri.” Jasmine bercerita dengan nada sayu. Linangan air mata masih bergenang dalam kelopak matanya.

“Allah! Masih ada lagi orang macam ni?” Adila mengucap panjang setelah mendengar cerita dari Jasmine.

Irfan secara tidak sedar mengepal penumbuknya kerana geram bercampur dengan marah setelah apa yang terjadi kepada Jasmine.

Walaupun baru bertemu dengan Jasmine, entah kenapa hatinya terasa simpati kepada nasib yang menimpa gadis itu.
“Jasmine hanya lari untuk selamatkan diri Jasmine. Jasmine dah penat hidup macam ni. Jasmine sanggup mati kalau hari-hari hidup Jasmine di dera dan di pukul. Jasmine dah penat sangat, kak! Jasmine dah penat!”

Air mata yang tadi bergenang kini mengalir laju di pipi Jasmine apabila Jasmine pejamkan matanya. Adila tersentuh dengan luahan Jasmine..

“Keluarga awak mana?” Soal Aidan yang diam dari tadi.

“Mak saya dah hampir 15 tahun meninggal dunia. Setelah mak saya meninggal, ayah saya berkahwin dengan makcik Saleha.

Pada awalnya makcik Saleha sangat baik. Tapi dia berubah sikap apabila ayah jatuh sakit. Dua tahun ayah saya lumpuh. Masa tu baru nampak sikap sebenar makcik Saleha.

Masa ayah masih hidup pun dia menjalinkan hubungan dengan pakcik Shukri. Malam-malam pakcik Shukri akan datang ke rumah dan tidur di bilik ayah. Manakala ayah di tempatkan di bilik berdekatan dengan dapur.

Lepas ayah meninggal, makcik Saleha terus berubah sikap. Saya di anggap seperti orang gaji. Walaupun rumah tu atas nama saya. Tapi saya di perlakukan seperti kucing kurap yang meminta makan pada tuannya. Hari-hari saya di pukul dan di dera.”

Jasmine bercerita dengan nada sayu. Air mata di pipi dia kesat cepat-cepat. Entah kenapa Jasmine rasa ingin diluahkan segala yang terpendam di dalam hatinya.

“Maaf! Saya tak minta simpati semua. Saya hanya bercerita perkara sebenar yang terjadi pada saya. Maaf sangat-sangat! Nanti boleh turunkan saya lepas keluar highway ni nanti.”

Jasmine masih menunduk. Dia tidak ingin meraih simpati sesiapa dan menyusahkan sesiapa.

“Jasmine! Akak nak ke toilet. Nak ikut tak?” Tanya Adila pada Jasmine dan dibalas dengan anggukkan.

Adila cuba mengalih topik perbualan mereka apabila dia melihat wajah Irfan sangat tegang.

“Kita orang pergi tandas kejap!” Adila memberitahu pada Irfan dan Aidan.

Irfan menghela nafas berat apabila hilang saja kelibat Adila dan Jasmine.

“Apa yang kau fikir? Kau nak drop dia tepi jalan tu ke nanti?” Aidan menepuk bahu Irfan dan melabuhkan punggungnya di sebelah Irfan.

“Aku tak sekejam kelurga tiri dia tu, Aidan. Aku rasa biarlah dia tinggal dengan Adila dulu. Aku tengok keadaan dia pun dah naif sangat tu. Nanti buatnya aku tinggal dia tepi jalan tu, tak sampai satu jam dia akan di angkut dengan budak-budak jahat.”

“Kau percaya cerita dia ke?” Aidan bertanya pada Irfan. Irfan berkalih pandang Aidan.

“Entahlah! Lima puluh lima puluh je…”

“Baguslah! Jangan cepat percaya sangat. Kita pun baru kenal je dengan Jasmine tu. Buatnya dia tu licik orangnya, habis la kau!” Pesan Aidan pada Irfan.

Irfan hanya menganguk saja. Aidan sudah nampak Irfan seperti lembut hati pada Jasmine. Sebelum ini Irfan tidak pernah bersikap baik pada orang yang baru dikenalinya.

Dia kenal sangat dengan sikap Irfan yang bukan jenis cepat mesra dengan orang.

Staff lain di pejabat pun tidak berani angkat kepala andai Irfan berada dalam pejabat. Irfan sangat tegas.

Tapi tadi Aidan nampak kelainan pada pandangan Irfan terhadap Jasmine. Oleh sebab itu, Aidan hanya berpesan kepada Irfan supaya jangan mudah percaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience