Bab 2

Romance Completed 86375

“Cantik jugak tempat ni? Mana kau tahu ada tempat macam ni, Aidan?”

Soal Irfan sambil memandang pemandangan yang indah dari atas bukit ini. Kawasan yang indah pada pandangan mata Irfan. Hatinya sangat tenang dengan pemandangan ini.

“Kawan aku yang bagi tahu. Dia selalu juga datang sini. Mujur tempat ni tak ramai lagi yang tahu. Kalau dah ramai yang tahu, tempat ni nanti dah tak cantik lagi.”

Komen Aidan pada Irfan yang masih lagi memandang kawasan yang menghijau di depan mata. Udara di sedut berkali-kali.

“Dahlah… Kau tak habis lagi ke tengok kawasan ni? Aku dengan Dila dah lapar ni. Jom balik!” Rungut Aidan sambil pegang perutnya.

“Kau ni…. Makan je kerja kau ye? Haish! Nanti la aku datang sendiri. Bawa kau, asyik nak makan je!”

Rungut Irfan sambil berkalih tubuhnya dan berjalan ke arah kereta yang terparking di tepi jalan ini.

“Lain kita datang lagi. Lagi pun lepas ni kita kan kerap datang sini. Projek kau tu baru je nak mula kan…” Kata Aidan kepada Irfan sambil berjalan beriringan dengan Irfan.

“Bila aku dah start dengan projek tu, aku dah tak akan ada masa nak datang sini. Lagipun jauh jugak dari sana nak ke sini.”

“Apa pulak jauh nya? Kau naik kereta kot, bukannya jalan kaki.” Aidan masih lagi ingin membahas.

“Kau ni kan, aku sekeh jugak kepala kau tu…” Irfan mengangkat penumbuknya kepada Aidan.

“Aidan! Awak ni…sudahlah! Betul la cakap Encik Irfan tu. Nanti projek tu dah start memang tak ada masa nak datang sini dah!” Adila mencelah perbualan mereka berdua.

Irfan dan Aidan merupakan kawan baik dan juga merupakan majikan mereka. Irfan seorang usahawan terkenal dan namanya juga sudah di kenali di antarabangsa.

Dia seorang yang sangat tegas. Tiada kompromi andai ada kesalahan yang dilakukan.
Tapi Irfan apabila di luar waktu kerja, dia sangat friendly. Tengok sekarang sudahlah, boleh bertekak dengan Aidan.

Tapi kalau dengan Aidan bila-bila masa pun dia akan macam ni. Aidan adalah sahabat baiknya merangkap pembantunya. Boleh di katakan Aidan adalah orang kepercayaan Irfan.

Irfan melangkah masuk ke dalam kereta dan duduk di sebelah penumpang. Enjin kereta dihidupkan oleh Aidan dan kereta bergerak keluar dari kawasan ini.

Kawasan ini mempunyai pemandangan yang indah tetapi untuk sampai ke lokasi yang betul-betul nampak pemandangan itu perlulah mendaki ke bukit ini.

Mujur laluan untuk pacuan empat roda ada di sini. Kalau tidak haruslah mereka mendaki untuk sampai ke tempat yang cantik itu.

Dan mujur juga Aidan membawa kereta pacuan empat roda hari ni, Land Rover Ford Bronco milik Irfan. Dapatlah mendaki dengan mudah. Tapi jalan agak berliku.

Aidan juga cekap memandu kereta ini serta cekap dengan jalan yang berliku.
Adila menarik nafas lega apablia kereta sudah berada di tanah yang rata.

Aidan dengan perlahan memandu di jalan tar yang sempit ini. Lalang sudah meninggi di kiri kanan dan jalan yang agak sunyi.

Sampai di pertengahan jalan, Aidan memberhentikan kereta secara mengejut apabila nampak seseorang keluar dari semak lalang di sebelah kanan jalan.

Aidan agak terkejut apabila seorang perempuan menepuk cermin kereta di sebelahnya. Aidan pandang Irfan seperti meminta pendapat.

Akhirnya cermin kereta di turunkan sedikit demi sedikit.

“Encik! Tolong saya encik! Saya nak tumpang sampai ke pekan saja! Tolonglah encik!”

Aidan dan Irfan berkerut wajah mereka. Mereka tengok keadaan perempuan itu seperti melarikan diri dari sesuatu atau seseorang.

Sesekali perempuan itu menoleh ke arah belakang. Wajah perempuan itu agak gelisah.

“Encik! Tolonglah!”

Rayu perempuan itu dengan mengangkat kedua belah tangannya yang dirapatkan seperti memohon.
Aidan pandang Irfan, dan Irfan hanya anggukkan kepala sahaja tanda membenarkan perempuan itu menumpang.

“Masuklah!”

Tanpa membuang masa, perempuan itu masuk ke tempat duduk belakang.

“Terima kasih encik! Terima kasih banyak-banyak!” Kata perempuan itu kepada Aidan.

Aidan kembali menggerakkan keretanya. Tetapi hanya beberapa meter, muncul sekumpulan lelaki di hadapan jalan.

Perempuan itu nampak sangat cemas apabila terpandangkan sekumpulan lelaki itu.

“Encik! Tolong jangan berhenti!” Dan perempuan itu terus menundukkan. Irfan yang melihat keadaan itu sudah dapat mengagak apa yang terjadi.

Dari dia melihat sekumpulan lelaki yang muncul itu seperti samseng kampung sahaja. Pasti perempuan ini melarikan diri dari mereka atau lelaki-lelaki itu sudah mengapa-apakan perempuan ini.

“Aidan! Buka cermin kereta sikit!”

Kata Irfan kepada Aidan. Aidan menurut perintah apabila Irfan memberi isyarat kepadanya. Hanya Aidan yang tahu isyarat dari Irfan itu.

“Encik! Jangan!”

Kata perempuan itu seperti merayu. Perempuan itu seperti ingin menangis.

“Awak diam kalau awak nak selamat!”

Kata Irfan kepada perempuan itu. Perempuan itu terus menunduk.

Aidan membuka cermin keretanya.

“Abang! Tumpang tanya kat mana masjid?” Tanya Aidan.

“Jalan sebelah kiri!”

Kata salah seorang daripada mereka dengan kasar. Salah seorang daripada mereka memerhati sahaja kereta yang dipandu oleh Aidan dan sempat mata mereka meninjau ke dalam kereta.

Tapi malangnya cermin kereta milik Irfan ini gelap. Mereka tak akan nampak apa-apa dari luar.

Aidan berterima kasih kepada mereka dan melajukan kenderaan.

Perempuan itu menarik nafas lega.

“Adik! Adik dah selamat! Adik boleh bangun.”

Adila berkata kepada perempuan itu. Barulah perempuan itu angkat tubuhnya duduk dengan elok di tempat duduknya.

“Terima kasih!”

“Adik lari dari rumah ke?”

Soal Adila pada perempuan itu. Perempuan itu hanya menunduk diam tidak menjawab.

“Maaf! Nama akak, Adila. Boleh panggil kak Dila. Nama adik apa?”

Adila memperkenalkan dirinya. Dia tahu perempuan itu lebih muda darinya. Dan dia juga nampak takut-takut.

“Jasmine!”

Dia adalah Jasmine Amina yang sering dipukul oleh ibu tirinya.

“Jasmine? Sedap nama tu? Hanya Jasmine saja ke? Nama penuh ke tu?”

Soal Adila lagi. Adila sengaja ingin mengajak perempuan yang bernama Jasmine itu berbual. Sekurang-kurangnya Jasmine tidak merasakan takut lagi.

“Jasmine Amina.”

Jasmine angkat wajahnya pandang Adila. Adila menghulurkan satu senyuman pada Jasmine dan Jasmine turut membalasnya.

“Cantik dan sedap nama tu. Sesuai dengan adik.” Adila memuji.

Dalam hati Adila berkata, Jasmine adalah seorang yang cantik.
Kulit mulusnya yang putih bersih. Alis matanya yang panjang dan lentik seperti pakai maskara.

Bibirnya yang berwarna kemerahan seperti buah delima. Cantik pada pandangan Adila.

Jasmine menarik nafas lega apabila kereta yang di tumpanginya ini telah keluar dari kawasan kampungnya.

Kini sudah berada di jalan raya besar.

Mata Jasmine semakin memberat. Dia sandarkan pada kepalanya dan lama kelamaan matanya tertutup.

Pertemuan yang tak di sangka. Allah dah atur dengan cantik perjalanan hidup kita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience