“Aku tak kira! Kau kena kahwin jugak dengan Budi tu!”
Jerkah ibu tirinya yang bernama Saleha.
“Makcik! Jasmine tak nak!” Jasmine cuba membantah.
“Hoi budak! Kau jangan nak macam-macam ye! Kau kena bersyukur sebab si Budi nak kan kau yang selekeh ni! Kau jangan nak memilih sangat! Aku dah carikan jodoh untuk kau! Kau kahwin dengan si Budi tu nanti hidup kau senang! Kami pun tumpang senang!”
Jerkah suami Saleha yang bernama Shukri pula kepada Jasmine.
Kepala Jasmine ditunjal-tunjal dengan ibu jarinya.
“Jasmine tak nak la! Budi tu dah ada bini! Jasmine tak nak jadi isteri nombor dua dia! Jasmine tak nak!” Jasmine sekali lagi membantah dan melawan cakap Shukri.
Pang!!!!
Satu tamparan yang kuat hinggap di pipi mulus Jasmine. Hujung bibir Jasmine berdarah akibat tamparan kuat dari tangan besar milik Shukri.
“Kau jangan nak kurang ajar ya budak!”
Pang!!!!
Sekali lagi pipi mulus Jasmine ditampar dengan kuat sehingga Jasmine jatuh terduduk.
Bukan setakat itu saja, Shukri juga mengambil kesempatan apabila Jasmine jatuh terduduk dan dia turut menendang tubuh kecil Jasmine sehingga Jasmine mengerang kesakitan. Dia tumpahkan kemarahannya kepada Jasmine kerana Jasmine berani melawan kata-katanya.
Dia menendang langsung tiada rasa simpati kepada Jasmine yang berkali-kali merayu.
Rintihan Jasmine tidak di endahkan. Tubuh Jasmine lembik di lantai dengan bibirnya yang sudah pecah dan ada darah dari sudut bibirnya.
Jasmine memegang perutnya yang terasa senak akibat tendangan bertalu-talu dari Shukri.
Matanya sudah berbalam dengan air mata yang tak henti mengalir.
Sakit tubuh badannya diperlakukan seperti binatang di dalam rumah ini.
“Cukup abang! Nanti mati budak ni! Lagi pula nanti habis lebam badan budak ni nanti. Apa Budi akan cakap nanti. Nanti dia tuduh kita pukul bakal isteri dia sampai lebam-lebam macam ni. Takkan kita nak serahkan budak ni dengan badan lebam-lebam pada Budi tu. Cukup! Cukup!”
Saleha menarik tubuh Shukri ke belakang. Risau juga apabila melihat Shukri memukul anak tirinya sampai tak ingat dunia. Mati budak tu nanti, tak pasal-pasal meringkuk dalam penjara.
Jasmine mengerang kesakitan akibat dari sepakan yang terkena tubuhnya.
Memang tubuhnya sudah lebam. Tak ada satu tempat pun yang tak sakit. Seluruh tubuhnya kalau di sentuh, pasti akan sakit.
Tiada satu tempat pun yang tidak ada kesan lebam.
Dan semua tempat di tubuhnya terasa sengal dan sakit akibat daripada pukulan yang dia sering dapat dari pasangan ini. Bukan hanya dari Shukri, malah ibu tirinya juga sering memukulnya.
Jasmine tiada kudrat untuk melawan. Hanya setakat melawan guna mulut je. Tapi akibatnya sepak terajang yang dia dapat.
Ini juga di sebabkan Jasmine sendiri yang suka melawan dan membantah cakap pasangan itu.
Beginilah hidup Jasmine semenjak kematian ayahnya enam bulan lalu.
Dari hari itu dia sentiasa di dera oleh ibu tirinya.
Dan sekarang penderaan semakin bertambah apabila suami baru kepada ibu tirinya turut menderanya tanpa belas simpati.
Jasmine diperlakukan seperti hamba di dalam rumah peninggalan arwah ayahnya sendiri.
Jasmine gagahi untuk bangun dan beredar dari ruang tamu ini apabila dia tinggalkan begitu saja oleh pasangan itu. Entah ke mana pasangan itu pergi setelah puas melempiaskan amarah kepadanya.
Masuk saja dalam biliknya, Jasmine terus mengunci pintu biliknya.
Itu yang sering dia lakukan apabila berada di rumah. Risau akan keselamatan dirinya.
Hatinya bimbang mata galak suami ibu tirinya yang sering memerhati dirinya.
Hati binatang seperti Shukri tidak pernah ada rasa belas kasihan.
Dan tidak pernah kisah tentang halal dan haram. Itu kehidupan Shukri yang dia tahu.
Perkara itu telah membuatkan Jasmine bimbang akan keselamatan dirinya setelah Shukri pindah masuk ke dalam rumah ini dua bulan yang lalu. Sering kali Shukri menilik tubuhnya ini dari atas hingga ke bawah. Mata yang galak lelaki itu membuatkan Jasmine terus berjaga-jaga. Andai Shukri ada di rumah, pasti dia tidak akan keluar dari bilik ini.
Ibu tirinya telah berkahwin dengan Shukri setelah tamat saja edah selepas ayahnya meninggal.
Ibu tirinya seolah tidak terkesan langsung dengan pemergian ayahnya.
Malah nampak lagi bersenang lenang dengan harta peninggalan arwah ayahnya yang sudah bertukar nama kepada ibu tirinya. tetapi untuk Jasmine, hanya rumah usang ini saja bahagian untuk dirinya.
Jasmine yang dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki bernama Budi.
Budi yang sudah berusia lingkungan 40an dan sudah beristeri serta mempunyai 5 orang anak.
Perkahwinan ini adalah kerana melunaskan hutang Shukri pada Budi akibat kalah berjudi.
Maka bagi melunaskan hutangya yang sudah tertunggak banyak, Jasmine Amina menjadi galang gantinya. Itupun setelah Budi meminta kepada Shukri untuk menukarkan hutang dengan Jasmine.
Budi pula memang telah lama berkenan dengan gadis yang bernama Jasmine Amina itu.
Jasmine tersandar di kepala katil miliknya sambil melihat pantulan dirinya dalam cermin di hadapan katilnya. Bibir yang pecah dan berdarah di sentuh oleh jarinya. Pedih!
“Sampai bila aku nak hidup macam ni? Perlu ke aku keluar dari rumah ni sedangkan ini adalah rumah milik aku?”
Jasmine bercakap sendiri di hadapan cermin.
Hanya rumah ini saja harta arwah ayahnya yang di tinggalkan dan ditukarkan nama kepadanya. Hanya rumah usang yang tiada lagi serinya semenjak ibunya meninggal dunia. Tiada lagi sinar bahagia di rumah ini semenjak ayahnya berkahwin dengan ibu tiriya itu.
Apa guna dia masih di sini? Sedangkan hidupnya tidak bahagia di sini. Terdetik dalam hatinya untuk mata. Tiada guna dia hidup begini. Dijadikan hamba, setiap hari dia di sepak dan di terajang tanpa simpati.
Haruskah dia gantung dirinya?
Allah!
Jasmine gelengkan kepalanya berulang kali. Dirinya masih mempunyai iman.
Lama Jasmine perhatikan dirinya di dalam cermin. Wajahnya hanya ada kesan lebam dan luka-luka kecil di wajahnya. Dahinya juga masih ada lagi kesan calar yang belum hilang.
Entah apa lagi yang harus dia hadapi andai dia masih bertahan di sini. Di perlakukan dengan kejam oleh dua orang manusia itu.
Tapi mampukan dia bertahan andai setiap hari dirinya di sepak dan di teranjang tanpa belas oleh dua orang yang tidak berhati perut itu?
Kalau dia ingin lari sini, ke manakah dia harus pergi? Sedangkan dia tiada saudara mara yang ingin membantu. Jiran-jiran apatah lagi, bukan mereka tidak ingin membantu tetapi kerana ugutan dari Shukri membuatkan mereka tidak berani campur tangan dalam urusan keluarga kami.
Itu yang selalu mereka beritahu katakan kepada Jasmime andai terserempak dengan Jasmine. Katanya mereka diugut oleh Shukri dan ibu tirinya.
Satu keluhan terbit dari sela bibir Jasmine.
Manusia yang bertopengkan syaitan. Hatinya telah hitam.
Share this novel