Bab 4

Romance Completed 86375

Pintu apartment milik Adila dibuka.

Adila mempelawa Jasmine masuk ke dalam rumah. Jasmine nampak seperti terpegun seketika di depan pintu. Sungguh Jasmine terpegun dengan ruang rumah Adila yang sangat luas. Jika nak di bandingkan dengan rumah usang itu, rumah Adila lebih besar. Susun atur perabut sangat kemas. Barang-barang di dalam rumah Adila ini juga nampak mahal.

“Jasmine? Kenapa berdiri kat situ? Masuklah!” Adila menarik tangan Jasmine apabila Jasmine seperti ralit perhatikan ruang rumahnya.

“Ni rumah siapa?” Tanya Jasmine kepada Adila.

“Ni rumah akak la. Rumah kecik je. Jangan risau akak tinggal sorang je. Dulu ada juga teman, tapi budak tu dah keluar sebab dah kahwin. Tinggal akak sorang je. Mula ingat nak cari la penyewa baru, tapi akak fikir tak payah la… Sebab Jasmine dah ada.” Adila bercerita panjang sambil berjalan memsauki ruang rumahnya.

“Eh! Tapi saya tak ada duit lagi nak bayar sewa akak tu….” Jasmine berkata dengan wajah risau. Riasu nak kena bayar sewa. Mana dia nak cekau duit nak bayar. Kerja pun belum.

“Jasmine! Bukan akan minta sekarang duit tu. Duduk la dulu kat sini.... Nanti Jasmine dah kerja bayar la pada akak.”

Adila cepat-cepat memotong cakap Jasmine bimbang Jasmine akan terasa dengan dia.
Jasmine menarik nafas lega. Tak la lega sangat sebab dia perlu mencari kerja. Sekarang pula susah nak cari kerja. Tapi dia harus berusaha juga.

“Yeke? Terima kasih akak. Jasmine janji esok Jasmine akan cari kerja ye. Dah dapat kerja nanti boleh bayar sewa rumah ni.”

Kata Jasmine dengan semangat berserta senyuman yang terukir di bibir. Jasmine sangat bersyukur kerana dia di pertemukan dengan orang yang baik. Dia bertekad ingin mencari kerja secepat yang mungkin.

“Amboi! Nak bayar sewa satu rumah ke? Bayar sewa bilik dah la…” Adila dan Jasmine ketawa.

Adila terpesona apabila melihat Jasmine ketawa. Ikhlas! Raut wajahnya nampak cantik sangat apabila Jasmine ketawa. Adila yang tengok pun sudah terpesona, apalagi kalau lelaki yang melihatnya. Boleh jatuh cinta macam ni.

“Dah jom masuk! Akak tunjukkan bilik Jasmine dulu.”

Adila menarik tangan Jasmine lalu dia membawa Jasmine dengan menunjukkan bilik kepada Jasmine. Ternyata Jasmine sangat terkejut. Dia tidak menyangka yang bilik dia sebesar ini. Nak ternganga mulut Jasmine.

“Besarnya kak Dila? Betul ke bilik ni?” Tanya Jasmine. Nampak sangat polos dengan soalannya begitu.

“Betullah! Ni bilik Jasmine. Ni bilik kedua dalam rumah ni. Yang depan ni bilik akak. Bilik akak bilik utama. Bilik akak besar sikit dari bilik Jasmine ni. Bilik ni untuk Jasmine la.” Terang Adila kepada Jasmine.

“Kak… Mesti mahal kan bilik ni. Akak tak de bilik yang kecil sikit ke? Ni ada aircond. Barang-barang pun semua lengkap ni.”

Jasmine menunjukkan aircond yang sudah terpasang dan alatan perabot yang sudang lengkap di dalam bilik ini. Dia menolak untuk duduk dalam bilik ini kerana dia bimbang sewa pasti mahal. Polosnya Jasmine!

“Jasmine…. Jasmine gunalah dulu bilik ni. Akak tak ambil sewa mahal. Jangan risau okey? Lagipun dah tak abilik lain dah. Bilik yang satu lagi akak buat simpan baju dan akak jadikan bilik solat kalau ada tetamu datang.” Adila memujuk Jasmine dan akhirnya Jasmine bersetuju juga. Jasmine terlalu merendah diri.

**********************************************************************

Jasmine berjalan di keliling bilik ini. Semua cukup lengkap peralatan perabot serta mempunyai satu set katil bersaiz queen di tengah-tengah bilik ini. Jasmine labuhkan punggungnya di atas tilam ini. Dia terasa lembut sekali tilam ini berbanding di rumahnya yang hanya tidur dengan tilam yang sudah lusuh. Boleh rasa kepingan bingkai katil apabila dia tidur tilam di rumahnya. Sangat selesa!

Tok! Tok! Tok!

Jasmine terdengar pintu biliknya di ketuk dan diikuti suara Adila.

“Jasmine? Boleh akak masuk?” Tanya Adila di luar sana.

“Masuklah kak Dila!”

Pintu bilik dibuka oleh Adila dan dia melangkah masuk mendekati Jasmine.

“Ni ada baju-baju lama akak yang dah tak muat. Jasmine ambillah. Pakai. Maaflah akak bagi baju lama…”
Adila menyerahkan baju-baju dia yang sudah tidak muat untuk di pakai. Nak buang masih elok lagi. Lebih baik dia bagi pada Jasmine. Lagipun Jasmine bertubuh kecil. Memang akan padan dengan baju-bajunya ini. Mungkin juga akan ada baju yang longgar dengan Jasmine.

“Eh! Terima kasih akak! Tak pe akak, baju ni semua masih elok dan cantik lagi. Eh! Kenapa banyak sangat ni? Takkan akak bagi semua pada Jasmine?”

Jasmine membelek baju-baju yang diberikan oleh Adila. Baju yang masih baru dan warna pun masih belum luntur. Tapi Adila cakap baju lama? Baju ni semua masih elok lagi….

“Ye… Ambil semualah. Akak dah tak muat dah. Kalau pakai pun ketat dekat perut. Tak pun dengan bahagian dada ni. Akak rasa Jasmine padan semua ni. Sebab Jasmine kecik molek je…” Adila memang berniat nak sedekah baju ni kepada orang lain. Tetapi bila melihatkan Jasmine yang hanya sehelai sepinggang ini, lebih baik dia bagi kepada Jasmine yang memerlukan pakaian ketika ini.

“Ya Allah! Terima kasih banyak-banyak akak.” Jasmine terasa terharu. Memang dia langsung tak ada baju.

“Dah! Jasmine pergilah mandi bersihkan diri dulu. Ni ada berus gigi baru. Kain tuala ada dalam almari tu. Akak pun nak pergi mandi ni. Dah melekit dah badan ni. Bau asam dah ni…” Adila dan Jasmine ketawa lagi.

"Terima kasih akak. Hanya Tuhan yang akan membalas jasa baik akak. Jasmine terharu sangat." Kata Jasmine dengan mata yang berkaca.

"Sama-sama, Jasmine! Jangan sedih ye.... Akak nak Jasmine buka buku baru sekarang ni. Jangan di ingat lagi kisah sedih Jasmine tu. Akak nak Jasmine happy... Jasmine dah jauh dari dia orang tu. So, Jasmine jangan takut lagi."

Jasmine angguk sambil kesat airmatanya.

"Terima kasih akak. Jasmine pun dah tak nak ingat hal yang membuatkan hidup Jasmine merana macam tu." Kata Jasmine sambl membalas senyuman kepada Adila.

Dia sangat terharu kerana Allah hantar mereka yang baik menyelamatkan dirinya dari orang-orang Budi yang memburunya. Sangat bersyukur!

"Dah! Pergi mandi dan rehat dulu ye. Akak pun nak rehat ni. Letih sangat hari ni." Adila sudah melangkah keluar dari bilik Jasmine.

Jasmine tanpa membuang masa, masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai saja mandi, Jasmine tidak pernah lupa untuk solat. Dia berpegang teguh dengan rukun Islam yang kedua itu iaitu mendirikan solat kerana solat itu adalah tiang agamanya. Tidak solat maka runtuhlah agamanya. Jasmine sangat patuh akan perintah Allah yang itu.

Bagi Jasmine hanya kepada-Nya tempat dia mengadu. Hanya kepada-Nya tempat dia memohon perlindungan.

Semoga terhibur dan sabar menunggu seterusnya....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience