BAB 2

Drama Completed 321

Limah kasihan melihat Lisa yang sampai sekarang belum bertemu jodohnya.
Biar usianya sudah lama mencecah angka 30 namun jodohnya masih di
awang-awang.

“Mengapa mak?” Lisa memandang tepat ke muka ibunya. Lisa dapat merasakan
ada sesuatu yang bersarang di kepala ibunya.

“Err … tak ada apa-apa. Mak rasa penat sikit.”

“Itulah … mak kerja kuat sangat. Nanti Yah ambilkan air untuk mak,” ujar
Lisa sambil berlalu.

“Ada Haji Mansor datang?”

“Baru kejap tadi dia balik,” jawab Siah.

“Lupa pulak mak nak beritahu kau, duit daun pisang tu ada atas para dapur.”

“Tapi hari ini Haji Mansor tak mahu duitnya. Katanya ambil saja daun
pisang tu … tak payah bayar. Oh ya! Haji Mansor ada beri sikit ubi kayu.
Yah letakkan atas dapur,” beritahu Lisa lagi kepada ibunya.

“Ermm … baik sungguh hati Haji Mansor !” sela Limah sambil ketawa kecil.

“Jangan-jangan ada udang sebalik batu!” balas Lisa sambil mencebik
bibir. Limah tersengih melihat gelagat Siah. Lisa memuncungkan lagi
bibirnya. Limah terkekeh-kekeh ketawa.

“Hai … untunglah dapat laki macam Haji Mansor tu!” kata Limah bergurau
kepada Siah. “Entah-entah hatinya dah tersangkut pada kau Yah!” tambah
Limah lagi.

Hati Lisa bagikan menjerit apabila mendengar kata-kata yang keluar dari
mulut ibunya. Biarpun ibunya hanya bergurau tetapi dia memang tidak
sanggup dipasangkan dengan Haji Mansor . Jantung hatinya berdetak.

Haji Mansor datang lagi. Lisa yang sedang menyapu di tangga serambi mula
menyedari akan kehadiran Haji Mansor . Haji Mansor semakin hampir
dengannya. Lisa buat tidak perasan. Haji Mansor batuk-batuk kecil untuk
beberapa detik. Lisa tetap tekun dengan kerjanya. Haji Mansor batuk-batuk
lagi.

“Mak kau ada Siah?” tegur Haji Mansor .

“Dapur agaknya,” balas Lisa seraya memandang tepat ke muka Haji Mansor .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience