BAB 4

Drama Completed 321

“Mengapa mak ni? Yah tengok mak sedih aje. Mengapa mak?” tanya Siah
apabila melihat kekeruhan bertakung di wajah tua ibunya yang retak seribu.

Limah tidak perasan akan kehadiran Siah. Kekeruhan di wajahnya memang
tidak boleh disembunyikan lagi. Malam ini Limah mahu berterus terang
dengan Siah. Biar Lisa tahu. Biar Lisa faham akan gelodak jiwanya
sebagai seorang ibu yang ingin melihat kebahagiaan anaknya.

“Yah …” Limah diam seketika. “Mak dah tua Yah. Mak risau lihat keadaan kau.”

“Akhirnya terkeluar juga keraguan yang lama bersarang di dadanya.

“Mengapa ni mak? Tentang Yah janganlah dirisaukan sangat. Tahulah Yah
jaga diri.”

“Mak sedih lihat kau, nasih kau Yah!” Dada Limah semakin sebak.
Manik-manik jernih mula mengapung di pelupuk matanya.

“Jangan fikir yang bukan-bukan mak. Kalau mak risau, Yah lagi risau. Mak
sedih, hati Yah lagi sedih. Sudahlah mak,” balas Lisa cuba menenangkan
perasaan ibunya. Juga perasaannya.

Malam itu Lisa sukar melelapkan matanya. Dicubanya beberapa kali tetapi
ternyata gagal. Penat berbaring Lisa duduk di birai katil. Hatinya mula
diamuk gelisah yang panjang. Sikap ibunya menambah lagi gelora di dada.
Jiwanya semakin bercelaru. Hatinya mula tidak keruan.

Lisa bangun menuju ke almari soleknya. Wajahnya ditenung dan
diperhatikan lama-lama. Ya … memang terdapat perbezaan pada kulit
wajahnya. Kalau dahulu kulit mukanya tegang, pipinya nampak gebu tetapi
kini semuanya itu tidak dimiliki lagi. Garis-garis halus dan kedut-kedut
kecil jelas di bahagian bawah mata. Kulit pipinya semakin kendur.

“Ahh … tak cantikkah aku? Apa bezanya aku kalau nak dibandingkan dengan
Sanah, Tipah, Lamah, Som dan lain-lain anak gadis kampung ini? Apa
kurangnya aku? Apa lebihnya mereka? “ Tuhan!!!” Jerit Lisa dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience