Bab 5
UMAIRA melempar fail hitam di atas meja lalu menghempas punggungnya di atas kerusi.
"Errghh!" Umaira terus melepaskan geram yang tidak berkesudahan dengan kedua tangan mengepal buku lima. Kejadian tengah hari tadi masih terus terngiang-ngiang di dalam fikirannya, bersama wajah lelaki tua itu. Sungguh menyebalkan! Manakala Syafiqa yang mengikutinya dari arah belakang tadi, terus menarik muka hairan.
"Weh. Apa hal tiba-tiba marah ni?” soal Syafiqa. “Sejak balik office tengah hari tadi sampai pergi meeting, muka kau ketat je memanjang.” Punggung terus dilabuh di kerusi di depan meja. Umaira yang sudah pun duduk bersandar di dada kerusi itu, terus merapatkan kerusinya ke meja.
"Kau tahu tak, hari ni adalah hari paling malang bagi aku selain dari diceraikan talak tiga?” ujar Umaira dengan wajah bengangnya. Syafiqa terus mengerut kening. Masih tidak mengerti.
"Malang? Apa maksud kau? Kau bergaduh dengan Zakuan ke?" teka Syafiqa.
"Bukan lah. Tapi, kereta aku kena langgar dari belakang dekat traffic light masa on the way balik sini tengah hari tadi,” cerita Umaira.
Kening Syafiqa terus terangkat. "Teruk ke?" soalnya.
Umaira menggeleng nipis sambil mencebik. "Tak. Tapi..."
"Tapi apa?" pintas Syafiqa kelihatan tidak sabar.
"Orang tua yang langgar kereta aku tu, langsung tak nak minta maaf walaupun terang-terang itu salah dia. Sebaliknya, dia salahkan aku pula sebab berhenti mengejut dekat traffic light. Kau rasa?" Umaira menayang wajah bengangnya. Sementara Syafiqa pula, tercengang dengan mulut sedikit ternganga.
"Tak tahu undang-undang langsung orang tua tu! Lepas tu, apa yang lebih menyakitkan hati aku, bila dia tak nak tanggung kos repair bumper kereta aku yang kemek tu. Dia cakap sikit je. Tak payah nak berkira sangat.” sambung Umaira sambil memutar bebola mata.
"Bukan setakat tu je tau. Orang tua tu juga yang block kereta aku dekat cafe sebelum kejadian langgar belakang tu. Dia kata, aku ni yang ambil parking dia, sebab tu dia block kereta aku. Dah lah langsung tak nak minta maaf, tak sedar diri pula tu. Siap tegur aku jangan panggil dia, pakcik.”
Semakin menganga mulut Syafiqa mendengar cerita Umaira itu.
“Dah terang-terang rambut dia dah beruban! Dia ingat, aku tak tahu ke, beza uban dengan hair colour? Foxy hair style konon. Ceh!" sinis Umaira.
Syafiqa terus menggeleng kecil. "So, dia tak nak tanggung kos tu lah? Kau dah buat report polis?”
Umaira terus melepaskan keluhan kecil. “Aku tak ada masa lah nak buat report polis hal kecil macam tu. Lagipun, aku rushing time tu. Aku bukan nak dia bayar pun kos repair bumper kereta aku tu. Aku boleh repair sendiri, cuma aku nak dia minta maaf, sudah lah. Mengaku akan kesalahan diri sendiri. Tapi, hampeh! Dia pula yang minta card aku.”
"Dia minta card kau, buat apa?”
“Konon, kalau aku lupa contact dia claim repair kereta, dia boleh contact aku untuk mengingatkan.” Lagi-lagi Umaira memutar bebola mata. Sebal.
“So, kau bagi tak?”
“Nak tak nak. Aku bagi je lah.”
“Then, kau ada tak minta card dia?" soal Syafiqa tak putus-putus.
"Ofcourse lah, aku minta."
"Then?"
"Dia bagi. Dia kata, call me when you’re free,” ujar Umaira mengajuk kembali kata-kata lelaki tua itu. “Celaka! Seumur hidup aku, tak pernah lagi aku jumpa orang tua tak sedar diri macam dia tu. Dah lah tak sedar diri, sombong pula tu!" ejek Umaira melepaskan geram yang bergumpal di hati.
Syafiqa terus tertawa kecil. Lucu melihat mimik wajah Umaira yang sedang emosi bercerita itu. "So, siapa nama dia? Card dia mana?"
"Entah. Something like Syed… Syed… Rezal...? Syed… Raiqal..." Umaira cuba mengingati. "Ah! Lantak lah! Malas aku nak ingatkan. Yang penting card dia, aku dah campak tepi jalan.”
Melompong mulut Syafiqa, terkejut. Dia yang bersandar di dada kerusi, terus menegakkan tubuh. "What? Apa hal kau campak pula? Dia kena bertanggungjawab lah... Kan dia kata, nak bayar kos repair tu.”
"Aah! Biar lah!” Umaira terus mengibas tangan. “Buat apa nak berurusan dengan orang tua sombong macam dia tu. Poyo sangat! Dah lah."
"Anyway, kau dah cari web yang sesuai dan selamat untuk aku cari calon cina buta?" soal Umaira mengubah topik.
"Yup." Syafiqa terus menatal telefon miliknya lalu dihulurkan pada Umaira.
"Aku dah teliti betul-betul web tu. Web tu memang terjamin selamat. And, aku dah registerkan untuk kau fake account. Seperti yang kau nak, aku dah letak ciri-ciri yang kau nak dekat bio,. So, diorang tahu kau tengah cari cina buta. Bukan anak ikan atau sugar daddy,” Sempat lagi Syafiqa mengusik. Umaira malas melayan. Dia terus menatap skrin telefon Syafiqa itu.
"So far, ada sebelas orang dah DM. Tunggu kau pilih je yang mana satu yang berkenan di hati. Ada yang bujang, ada juga yang duda, dan ada juga yang masih memegang status suami orang.”
Umaira sedikit terpempan lalu panggung wajah. “Suami orang?”
“Ha’ah. Biasa lah, lelaki. Pantang tengok ada peluang, terus sauk je. Bukan rugi pun kalau bercerai lepas tu. Yang penting, dapat sedap,” ujar Syafiqa.
Umaira terus menggeleng kecil. Tidak pernah terlintas di fikiran nya mahu bernikah dengan suami orang walaupun hanya nikah sementara. Dia hanya mahu yang bujang atau duda sahaja. Dan kalau boleh, dia mahu yang sebaya umur dengannya.
“Tapi, diantara mereka semua tu, yang paling muda masih student lagi. Handsome,” Syafiqa tersengih sambil mengangkat kening berkali-kali, mengusik Umaira yang melirik ke arahnya.
"So? What’s the point, kalau dia handsome?”
“Untung lah buat teman tidur. Hahahaha!” Syafiqa terus melepaskan tawa besar. “Takkan kau nak muka macam mangkuk jamban?”
“Bongok lah kau!” Umaira terus membaling sebatang pen ke arah Syafiqa yang tertawa terbahak-bahak itu. Mujur sahaja batang pen itu tidak termasuk ke dalam mulut Syafiqa yang ternganga luas itu. “Aku bukan nak cari teman tidur. Aku cari cina buta. Zakuan tetap satu-satunya pilihan aku."
“Okay, okay… Relax ar… Gurau je…” Syafiqa menyengir, membuat Umaira naik sebal memandangnya.
****
"KENAPA dengan kereta tuan?" soal Arif. Tuan nya itu terus tersengih lalu membuka pintu bilik pejabatnya.
"Aku terlanggar kereta orang tadi dekat traffic light," ujarnya, tenang.
"Tuan nak saya hantar kereta tuan pergi bengkel?" soal Arif. Tuan nya itu terus melabuh punggung di atas kerusi lalu membuka butang blazer agar merasa selesa.
"Up to you. But make sure, esok petang dah siap."
"Baik, tuan." Arif mengangguk faham.
"Oh ya, tuan. Tadi, Puan Sharifah ada call saya. Puan suruh tuan call dia," ujar Arif. Lelaki itu terus mengangkat bebola mata memandang Arif yang mengemam bibir itu. Dia mengeluh lalu mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket blazer. Tidak semena, kad kecil turut sama tercicir keluar lalu jatuh ke lantai. Pergerakkannya terhenti seketika sebelum dia mengundur kerusinya ke belakang lalu membongkok mengutip kad kecil itu.
Dia tersengih sendiri sambil membelek kad kecil itu. Arif pula berkerut kening melihat keanehan tingkah laku tuannya itu. Ini buat pertama kali, dia melihat tuannya itu tersenyum sendiri. Selama ini, wajah itu sentiasa kelihatan dingin dan beku.
"Ehem!" Sengaja Arif berdehem. Tuannya itu terus mengangkat muka memandangnya. Riak wajahnya terus berubah serius, seolah baru tersedar dia tersenyum sendiri.
"Err... Kalau tak ada apa-apa lagi. Saya minta diri dulu. Nak hantar kereta tuan ke bengkel,” ujar Arif meminta izin.
"Okay."
Arif pun menunduk nipis lalu mengatur langkah keluar. Tertutup saja pintu pejabat, lelaki itu kembali menatap kad kecil yang berada di tangannya, sebelum dimasukkan kembali ke dalam poket blazer. Setelah itu, dia menatap telefon bimbitnya.
11 missed call.
"Apa lagi kali ni, ma..." keluhnya sendiri. Dia meletakkan kembali telefon bimbit di atas meja lalu menyandar tubuh di dada kerusi. Dahi diurut dengan hujung jari. Tidak mahu terus memikirkan hal yang memeningkan kepala, dia terus menekan interkom.
"Ye, tuan..." Satu suara wanita menyahut dari hujung talian.
"Joana, boleh masuk sekarang?"
"Baik, tuan." Panggilan ditamatkan. Tidak lama, terdengar pintu diketuk dari luar.
“Come in." Pintu perlahan dibuka lalu muncul Joana, setiausaha yang sudah berkhidmat dengannya lebih 7 tahun.
"Tuan..." Joana yang berpakaian elegan memakai sepersalinan kot hitam itu, datang menghampiri ke meja dengan senyuman nipis.
"Boleh I tahu, bila majlis galanight tu?" soal lelaki itu. Joana terus menatal ipad yang berada ditangannya.
"Minggu depan, tuan. Pukul 8 malam.”
"Okay." Lelaki itu terus mengangguk kecil.
"Anyway tuan, CEO Z united properties group akan datang hari ni berjumpa dengan tuan. And our attorney, Tuan Majid is on the way." Maklum Joana.
"Okay."
****
PUAN Kartina menjenguk ke dalam sebelum bibirnya mengukir senyum tipis. Terlihat Umaira sedang sibuk menaip sesuatu sambil menumpukan perhatian pada skrin komputer ribanya.
"Maira..." panggil Puan Kartina lembut. Umaira terus mengalih pandangannya ke arah pintu.
"Ibu." Umaira terus tersenyum manis. Puan Kartina menutup pintu lalu mengatur langkah menuju ke meja sambil membawa segelas milo panas.
"Nah..." Puan Kartina terus menghulur gelas batu itu.
"Laa... ibu ni. Susah-susah je. Biar lah, bibik hantarkan tadi.” Umaira terus cepat-cepat menyambutnya.
"Tak apa. Lagipun, kebetulan ibu nak cakap sikit dengan Maira,” ujar Puan Kartina yang kini duduk berlabuh di kerusi di depan meja kerja Umaira.
"Apa dia, ibu?" soal Umaira sambil mencicip milo panas itu.
"Minggu depan ada galanight Rose Golden Sdn. bhd. Dan, ibu dijemput hadir. Kebetulan pada hari yang sama, ibu kena pergi ke Johor untuk perasmian outlet baru ibu. Tak boleh tangguh, sebab ibu dah jemput beberapa VVIP ikut merasmikan nanti. Jadi, ibu nak minta Maira datang ke event tu bagi mewakili ibu. Boleh ye?" pinta Puan Kartina sambil tersenyum. Umaira menarik nafas dalam lalu menghela perlahan.
"Boleh, ibu. Pukul berapa? Dekat mana?" soal Umaira. Puan Kartina tersenyum lebar lalu menghulur kad jemputan bewarna merah jambu keemasan itu kepada Umaira.
"Pukul lapan malam. Dekat International Pacific hotel. Dalam majlis tu nanti, mereka ada jemput beberapa orang tokoh-tokoh ahli perniagaan tempatan yang berjaya mencipta nama dekat US. Salah seorang daripada mereka tu adalah anak arwah Tuan Syed Lukman sendiri,” ujar Puan Kartina.
Umaira terus mengerut kening. Nama itu seperti pernah didengarnya. "Syed Lukman?" soalnya separuh menggumam.
"Ye, sayang. Kawan lama arwah ayah dulu. Mungkin Maira dah lupa, sebab Maira masih kecik lagi masa arwah meninggal. Arwah ada dua orang anak. Dua-dua lelaki. Sekarang ni, anak bungsu arwah yang mengambil alih syarikat arwah buat sementara waktu. Rose Golden ni pula company isteri arwah, Puan Sharifah. Sama juga cerita dia, mungkin akan diambil alih oleh anak bungsu mereka tu nanti," jelas Puan Kartina.
"Oww..." Umaira mengangguk perlahan.
"Nanti dekat majlis tu, Maira boleh lah berkenalan dengan anak arwah. Sambil-sambil tu, boleh menimba ilmu dari dia. Jangan risau, sebut je nama ibu, he definitely remember. He's amongst the best financial advisor and consultant in US,” ujar Puan Kartina lagi sambil tersenyum.
"Okay, ibu. Siapa nama dia?"
"Syed Redza Syed Lukman,” jawab Puan Kartina. Umaira terus mengerut kening. Nama itu juga seperti tidak asing di pendengarannya.
Puan Kartina yang menyedari perubahan wajah Umaira, terus sahaja bertanya. "Kenapa? Maira pernah dengar nama tu ke?"
"Yeah, kind of..." jawab Umaira sambil tersengih nipis.
"He's quite well known, sayang. Jadi, tak hairan kalau Maira pernah dengar nama dia sebelum ni. And I’m not sure, kalau Maira masih kenal dia. Sebab, dia tinggal dekat US dah 20 tahun. Baru tahun ni, dia balik Malaysia,” ujar Puan Kartina.
"Ohh.. ye ke? Oh, okay, okay." Umaira terus mengangguk faham.
"Okay lah, ibu nak masuk bilik dulu. Maira, jangan lewat tidur ye. Esok, boleh sambung dekat office,”pesan Puan Kartina.
"Okay, ibu. Goodnight. Thanks for the hot milo,” ucap Umaira sambil tersenyum manis.
"Okay, goodnight too." Puan Kartina pun mengangkat punggung lalu mengatur langkah keluar.
Setelah pintu tertutup rapat, Umaira terus menghela nafas panjang. "Syed Redza...?" gumamnya sendiri. Siku ditongkat dilengan kerusi sambil jari-jemarinya mengusap bibir bawah.
Share this novel