Sebulan berlalu..
" Pak Daud buat apa kat sini" Aira terkejut dengan kehadiran bapa tiri ke rumahnya. Mak Senah yang mempelawa lelaki itu masuk kerumah juga agak terperanjat dengan tingkah laku pak Daud yang bagaikan tuan empunya rumah. Duduk di dalam rumah tanpa membuka selipar lantas meletakkan kaki di atas meja.
" Aku datang nak jumpa kau la" ucap Pak Daud yang masih duduk dengan kedua tangannya didepangkan di bahu sofa.
" Saya tak ada apa-apa nak di cakapkan dengan Pak Daud" cepat Aira memotong.
" Tapi aku ada banyak benda nak cakap dekat kau Aira" Pak Daud mendengus.
" Aira? Siapa ni?" Mak Senah rasa serba salah. Dari cara lelaki tua itu berkata-kata, nampak jelas dia datang bukan dengan tujuan yang baik.
" Isk.. Kau ni penyibuk je kan! Aku dah cakap yang aku ni ahli keluarga Aira dari kampung" Jerkahan Pak Daud membuatkan Mak Senah terkejut.
" Bila kau nak bagi duit dekat aku ni? Dah berapa lama aku tunggu" Pak Daud menyoal semula. Wajah bengisnya jelas membuatkan Aira kecut perut.
" Aira tak ada duit" Jawab Aira pantas.
" Hei perempuan ni! Kau ingat aku bodoh ke? Kau ingat tua-tua macam aku ni tak nampak ke emas depan mata!" Pak Daud sepantas kilat berdiri. Merasa dirinya tertipu.
" Aku nak 50 ribu. Aku perlukam duit tu sekarang" Pak Daud mendekati Aira. Mak Senah berada dalam ketakutan. Bimbang terjadi sesuatu kepada Aira.
" Boss.. Saya rasa ada yang tak kena di rumah lah" Syamsul pengawal peribadi Aira bercakap di hujung talian.
" Apa maksud kau?" Taufiq yang sedang makan tengahari bersama Kelvin berubah riak wajahnya.
" Ada seorang lelaki separuh umur masuk kedalam rumah"
" Separuh umur? Kau ada tanya dengan Pak Harun tak?" Taufiq bertambah risau. Siapa agaknya yang datang berjumpa Aira? Pak Harun pula sudah sedia maklun tentang pengawal peribadi yang di pasang oleh Taufiq, begitu juga dengan Mak Senah. Cuma perkara itu diminta agar dirahsiakan dari pengetahuan Aira.
" Pak Harun cakap keluarga Puan Aira"
" Keluarga?"
Keluarga apa yang Aira punya? Ibu dah meninggal. Begitu juga dengan bapanya. Yang ada cuma bapa tirinya.
Taufiq sepantas kilat berdiri. Ya! Entah-entah bapa tiri Aira.
" Kenapa dengan kau ni Fiq" Kelvin tersentak dengan tindakan drastik Taufiq
" Jangan biarkan lelaki tu dekat dengan Aira. Kau masuk ke dalam. Aku nak kau halau lelaki tu. Aku on the way sekarang" Telefom segera dimatikan.
" Fiq.. kau nak kemana tu" Kelvin turut bangun.
" Bapak tiri Aira cari Aira di rumah" Laung Taufiq meninggalkan Kelvin yang masih berdiri di situ. Enjin kereta dihidupkan lantas berlalu laju meninggalkan kawasan restoren makanan laut itu.
" Siapa nak bayar semua ni" Kelvin bertanya pada dirinya sendiri.
" Mana saya ada duit sebanyak tu" Aira menelan air liurnya. Semakin lama semakin dekat Pak Daud dengannya. Mata lelaki tua itu memandang ke seluruh pelosok rumah. Kagum dengan kebesaran dan kemewahan rumah itu.
" Kau duduk bersenang lenang dekat rumah besar macam ni.. Sedangkan aku? Duduk dekat rumah buruk yang nak hampir roboh di kampung tu" Pak Daud memandang Aira atas ke bawah.
" Makin cantik kau Aira. Lepas aku jual kau dengan Wong, kau makin jadi bertambah jelita bila kahwin dengan orang kaya" Pak Daud cuba menyentuh pipi Aira, namun pantas Aira menepis tangan tua itu.
Tika itulah Pak Daud terpandang dua bentuk cincin bertatahkan berlian di jemari kanan Aira. Pak Daud cepat menyambar tangan itu.
Mak Senah cepat mendekati Aira. Wanita itu berharap dan berdoa agar Syamsul cepat-cepat melaporkan hal itu kepada Taufiq.
Suaminya pula telah keluar membeli barang dapur setelah memberitahu kedatangan keluarga Aira dari kampung itu.
" Kalau kau tak ada duit nak bagi aku, aku nak kau bagi aku cincin ni" Bulat mata Pak Daud memandang kilauan berlian di atas cincin itu. Pergelangan tangan Aira dicengkam kuat. Tangan kirinya cuba mengeluarkan cincin di tangan Aira secara paksa. Aira cuba menarik tangannya semahunya.
" Janganlah Pak Daud. Ni cincin kahwin Aira" Jerit Aira kuat.
" Aira!" Mak Senah cuba meleraikan keduanya.
Satu sepakan muncul tiba-tiba di wajah Pak Daud. lelaki tua itu terbaring di lantai. Aira pula jatuh terduduk di sisi Mak Senah.
" Bawak Puan Aira ke dalam" Syamsul menghalangi pandangan Pak Daud yang masih lagi memerhatikan Aira dengan pandangan menyinga.
" Aira jum. Jangan tunggu kat sini lagi" mak Senah cuba mengangkat tubuh Aira untuk berdiri semula.
Aira terpinga-pinga. Siapa pulak yang berani masuk ke rumahnya itu tanpa salam? Tanpa meminta keizinan?
" Siapa tu Mak cik" Aira menyoal.
" Jangan banyak tanya la. Mari naik atas" Mak Senah menarik tangan Aira laju menaiki anak tangga.
" Yang kau ni siapa pulak?" Pak Daud berdiri. Kesan sepakan itu jelas membuat wajah tua berbekas merah.
" Kau tak perlu tahu aku siapa" Syamsul membuka langkah karatenya.
" Kau nak cabar aku?" Pak Daud tersenyum sinis walaupun ada rasa gementar didalam dada menyaksikan tubuh badan laki di hadapannya itu sasa.
" Aku bukan nak cabar kau. Tapi aku ditugaskan untuk melindungi Puan Aira"
" So budak mentah tu dah ada bodyguard la ni" Pak Daud ketawa besar.
" Syamsul!" Suara Taufiq bergema ke seluruh pelosok banglo.
" Boss" hanya itu terkeluar dari mulut Syamsul.
Taufiq melangkah laju ke adah keduanya. Muncul Kelvin dari belakang tercungap-cungap. Dia berlari dari luar mengepung Taufiq,bimbang Taufiq berbuat perkara yang sama seperti apa yang dibuatnya pada Ameer.
"Jadi kau bapak tiri Aira?" Taufiq merapati pak Daud.
" Jadi kau ni Taufiq. Suami Aira? Amboi bahasa kau ni kurang ajar kan? Aku ni bapak Aira. Kau tahu tak apa makna bapak tu" Pak Daud tanpa rasa takut menunjuk jari telunjuknya ke dada Taufiq.
" Aku nak betulkan ayat kau orang tua! Bapak tiri.. dan kalau rasa kau layak di panggil bapak, kau salah. Kalau kau lupa sapa diri kau. Aku boleh ingatkan kau. Ingatkan kau tentang apa yang kau buat dekat Aira" Taufiq memandang Pak Daud tajam.
" Eh kalau aku tak jual budak tu, kau tak akan jumpa dia sebagai pelacurlah.. Dan kau takkan berkahwin dengan dia" Pak Daud senyum bangga.
Ternyata senyuman itu tidak menggembirakan hati Taufiq. Tanpa teragak-agak satu tumbukan di lepaskan di wajah Pak Daud. Di tempat yang sama Syamsul menyepak wajah tua itu.
"Fiq!"Kelvin berlari mendapatkan Taufiq. Cepat tubuh itu ditolak ke belakang tatkala Taufiq sekali lagi ingin mengangkat penumbuknya keudara.
" Syamsul, seret dia keluar" Arah Kelvin menoleh ke arah Syamsul. Syamsul menurut. Mengangkat kolar t-shirt Pak Daud ke udara dan menarik lelaki itu keluar dari rumah
" Kau tak boleh buat aku macamni. Aku bapak Aira. Aku yang bela dia dari kecil. Dan sekarang aku nak budi dan jasa aku di balas" Tempik Pak Daud sekuatnya.
" Masih berani lagi dia nak cakap!" Taufiq bergegas mendapatkan Pak Daud semula.
:" Fiq fiq fiq! Relax bro. Cool!" Kelvin berdiri menghalangi Taufiq.
" Kau suruh aku rilek? Suruh aku cool? Kau dengar tak apa dia cakap tadi. Kurang ajar" menyirap darah Taufiq ke muka.
" Aku tahu.. Tapi tolong bertenang. Kau jangan la terus nak tumbuk muka orang macam tu. Apa pun kau buat. Kau kena fikir masak-masak.. Dia tetap bapak Aira walaupun setakat bapak tiri. kau kena ingat tu " Kelvin memberi nasihat.
" Laki macam tu tak layak di panggil bapak la" Taufiq membalas geram.
" Ni la masalah kau. Selalu nak selesaikan masalah dengan tangan. Tak pakai otak. Rilek la" Kelvin menepuk bahu Taufiq 2 kali.
" Thanks Kelvin" Taufiq cuba mengawal gejolok didadanya.
" No problem! Kau pergilah tengok Aira dulu. Aku ada kat bawah ni" ujar Kelvin tenang.
" Sayang?" Taufiq mendapatkan Aira dengan tangannya di depang luas ke arah isterinya.
Aira yang kelihatan sugul duduk di birai katil berlari mendekati Taufiq lantas memeluk suaminya erat.
" Sayang ok tak?Ada luka?" Taufiq memeriksa wajah Aira.
Aira menggeleng pantas. Mak Senah yang menemani Aira dalam bilik berlalu keluar.
" Syukurlah! Abang risau sangat. Takut jadi apa-apa dekat sayang" Taufiq mencium dahi isterinya berulang kali.
" Untung ada Syamsul yang tolong tengokkan. Kalau tak, tak tahu apa yang akan terjadi kat sayang" Taufiq bernafas lega.
" Mak Senah ada tak belikan benda yang saya mintak" Aira berlari menuruni anak tangga cepat sebaik terpandang Mak Senah muncul di muka pintu. Sedari tadi dia mengintai. Menanti kedatangan wanita itu dengan sabar.
" Eeee tak sabar sungguh budak ni" Mak Senah mencari-cari plastik berwarna putih.
" Nah!" Wanita itu menghulurkan plastik berisi buah cermai yang telah pun di jeruk.
Wajah Aira berubah ceria. Huluran itu di sambut. Punggungnya dilabuhkan di di meja makan yang menyediakan 4 biji kerusi itu.
" Tak ada yang fresh Aira. yang ada pun yang dah dijeruk" Pak Harun mencelah lantas meletakkan barangan belian di atas meja. Lelaki itu duduk bertentangan dengan Aira.
" Senah, kau tolong berikan air sejuk segelas. Panas benar rasa tekak aku ni" pinta Pak Harun lembut. Mak senah menurut. Mengambil mug putih di dalam almari lalu menuangkan air sejuk di dalam peti sejuk. Gelas itu diserahkan kepada suaminya. Pak Harun meneguk laju. Hingga ke titisan yang terakhir.
" Dah jumpa ni pun Aira dah bersyukur sangat" Aira memasukkan sebiji cermai kedalam mulutnya. Sedap! Dimasukkannya lagi biji yang ke dua.
" Eeee.. Tak ngilu ke mulut Aira tu. Mak senah yang tengok ni rasa kembang pulak pipi" mak Senah terasa geli seluruh badan.
" Sedap ni.. Tak ada la ngilu. Mak senah nak cuba?" Aira mengunjuk plastik buah yang sudah pun di campur dengan samboi.
Mak Senah memasukkan tangannya kedalam palstik sambil tercari-cari buah yang agak kuning warnanya. Buah yang diingininya di pandang sesaat sebelum di masukkam kedalam mulut.
" Ya Allah Aira.. Masamnya" Mak Senah mengeluarkan krmbali buah cermai yang ada di dalam mulutnya. Wanita itu tebongkok-bongkok menuju ke sinki air. Berkumur membersihkan rasa masam yang menghuni bahagian mulutnya.
" Isk Mak cik ni.. Masam sikit je pun. Itu pun tak tahan" tutur Aira lembut.
" Tak masam apanya tu. Eee. naik kembamg gigi Mak Senah ni" Mak senah mendekati semula keduanya. Tangannya ligat membongkar plastik yang ada di depan Aira, mengeluarkan barangan dapur yang telah dibeli.
" Anak perempuan pakcik di Perak pun suka dengan buah cermai ni. Sampai hampir setiap hari dia mintak" Pak Harun tersenyum nipis
" Isk. Hari-hari ke?" Aira berminat akan cerita Pak Harun.
" Tak da lah. Dia makan masa bulan ke dua dan ketiga. Orang cakap mengidam masa mengandung" Pak Harun tersenyum nipis. Terbayang akan kepayahan suami anak perempuannya mencari buah yang jarang di tanam itu.
" Aira mengandung ke?" bulat mata Mak Senah menjamah wajah Aira yang telah dia anggap seperti anaknya sendiri itu.
Pak Harun juga memandang Aira yang masih leka mengunyah buah cermai jeruk tanpa berhenti itu. Keduanya menanti sabar jawapan dari Aira.
" Mengandung? Isk taklah. Aira tak mengandung pun. Makcik ni pandai-pandailah" Aira cepat-cepat menafikannya walaupun di hatinya mulai berfikir akan hal itu. Mengandung?
" Ye lah.. Ni dah macam tanda-tanda perempuan mengandung ni.. Kemarin Aira mintak makcik masakkan ketupat. sebelum tu pulak mintak buah mangga. Harini mintak buah cermai" Mak Senah duduk bersebelahan Aira. Cuba untuk mengorek rahsia.
" Aira cuma teringin nak makan.. " jawab Aira lambat.
" Aira tak rasa nak muntah ke? Rasa mual-mual ke? Rasa macam pening-pening?"
Aira diam. Memang ada dia rasa begitu kebelakangan ini. Namun dia hanya menganggap itu keletihan biasa. Dia cuba menyibukkan diri untul menghilangkan rasa bosannya di rumah. Lebih-lebih lagi Taufiq telah berangkat ke Penang untuk perasmian resortnya seminggu yang lalu. Berkemungkinan akan tiba esok atau lusa. Bergantung kerja nya di sana.
" Aira ada check tak?"
" Check apa?"
" Eeee budak ni. Dia lansung tak tahu bang" Omel Mak Senah menoleh ke arah suaminya.
" Belilah benda untuk cek kehamilan tu.. Apa pulak namanya dalam bahasa omputih ni" Mak Senah mulai berfikir. Menggaru kepalanya yang tidak gatal.
" Pregnancy test" Pak Harun menjawab.
" Haaa. Benda tu laaa. Beli dulu kat kedai. lepas tu check kat rumah" Mak Senah kelihatan teruja.
" Isk Mak Senah ni.. Tak adalah" Aira bangun dari kerusi. Cuba untuk mengelakkan dari bertentang mata dengan Mak Senah. Gadis itu berpura-pura membuka peti sejuk.
" Dia kata tak tu maksudnya tak lah tu. Dia lebih tahu diri dia" Pak Harum mencelah.
" Orang mengandung ni, mula-mula mana perasan yang diaorang berbadan dua" Mak Senah mencemik.
" Tak payah la kau sibuk dengan hal diam Nanti kalau mengandung dia tu, dia pasti bagitahu kita. Haaa Tolong kau masakkan aku telur goreng sebiji. Aku lapar ni" Pak Harun tersengih.
Mak Senah menurut tanpa banyak bicara. aira duduk semula di kerusi asalnya sambil membawa segelas oren jus.
Kuali telah pun panas. Minyak dituangkan sedikit. Telur ayam dipecahkan cengkerangnya dengan sudu Lantas di baringkan di atas kuali.
Aroma telur itu menusuk ke dalam hidung Aira. Tekaknya terasa perit. Oren jus diteguknya perlahan untuk menghilangkan bau yang mengganggu rongga hidung.
Ah! Kuatnya bau telur itu. Busuk ke apa? Aira tidak tahan lagi. Gadis itu berlari ke sinki. Memuntahkan kembali apa yang ada di dalam tekaknya. Terhinjut-hinjut bahunya membuang isi yang meloyakan dalam tekaknya.
" Salah satu tanda perempuan mengandung adalah tak tahan dengan bau yang hanyir. Macan ikan.. telur" Mak Senah tidak memperdulikan Aira. Dia memusing telur mata lembu di dalam kuali.
Aira menarik tisu. Dilapnya mulutnya yang basah. Dadanya di urut berulang kali.
" Mak cikada minyak angin tak?" Tanya Aira tersekat-sekat.
" Dalam almari depan ruang tamu tu" beritahu Mak Senah.
" Aira ke depan dulu. Telur apa yang mak cik beli tu. Bau sangat la" Aira segera berlalu menuju ke ruang tamu.
" Sendiri yang mengandung nak salahkan telur yang pulak" Mak senah ketawa lucu.
Aira menghidu bau minyak wangi cap harimau semahunya. Barulah nyaman rasanya.
" Airaa" Panggil Sheery di muka pintu lantang.
Aira yang baru sahaja ingin membaringkan tubuhnya di sofa panjang menoleh ke arah empunya suara.
" Korang berdua tak kerja ke?" Aira kelihatan teruja menerima kedatangan Sherry dan Raihana.
" Aku clear leave aku. Si Sherry ni ambik cuti sebab dengar aku nak pergi lawat kau" Raihana duduk di samping Aira.
" Kami ada bawak buah sikit. Aku hantar ke dapur ye" Sheery melangkah ke dapur tanpa menunggu jawab balas dari Aira.
" Muka kau pucat je ni. Pakai minyak angin bagai. Kau tak sihat ke?" Raihana menegur.
" Aku pening kepala sikit. Kau datang naik apa?" Aira menyoal.
" Naik kereta baru aku la. Hihi" Raihana telah pun membeli proton saga keluaran terbaru beberapa hari lepas. Katanya senang nak kemana-mana. Tak basah kalau kena hujan.
" Guna kereta kau?" Aira mulai memikirkan sesuatu.
" Kau temankan aku kejap" pinta Aira.
" Nak pergi mana. Aku baru je datang. Punggung aku ni belum lagi panas" rungut Raihana.
" Ikut je la. Bawak Sherry sekali" tekan Aira sambil memegang tangan kanan Raihana seakan merayu.
" Yelah yelah" balas Raihana laju.
" Aira, bodyguard kau tu memang akan selalu ikut kau ke? Tak penat ke dia tunggu dalam kereta 24jam" Sherry memandang ke belakang. Kereta putih milik Syamsul itu mengekori mereka sedari keluar dari banglo.
" Dia memang akan ikut aku kemana pergi" Balas Aira yang duduk di kerusi bersebelahan pemandu.
" Mesti penat kan kerja macam tu.. Asyik tunggu kau je" Raihana mencelah.
" Kadang-kadang aku ajak jugak dia kedalam rumah. Kalau ada Mak Senah dan Pak Harun la. Aku ajak makan tengahari dan minum petang. Sejak Taufiq kat penang ni. Dia akan bermalan di rumah. Tu pun tidur di ruang tamu" beritahu Aira perlahan.
" Hmmm.. eloklah tu. Sekurangnya perkara buruk dapat dielakkan" Sherry menjawab.
" Kita nak kemana ni?" Raihana menyoal.
. " Pergi Watson" Aira terasa gugup. Fikirkan keputusan yang bakal di perolehinya nanti. Dia seakan tidak sabar. Berharap keputusannya nanti bisa membuatkan dia melonjak riang. Pasti Taufiq gembira bila ianya positif.
" Kau beli benda ni?" Sheery membulatkan matanya saat mereka bertiga didalam kamar tidur Aira. Terkejut gadis itu terpandang kotak pink yang bertulis pregnancy test didadanya.
" Kau ni pun. Biarlah dia nak beli. Dia dah berlaki kot. Normal la dia beli benda tu. Lain lah kalau dia tak berlaki tadi. Yang tu memanglah pelik" Raihana sekadar memerhatikan tingkahlaku Aira Yang khusyuk membaca kertas putih di dalam kotak tersebut.
" Dua garis ertinya kau mengandung. Satu garis ertinya cuba lagi selepas ini" Raihana membuka mulut. Binging melihat Aira yang asyik terbelek-belek kertas di tangannya.
" Pergilah.. pergi check" Sherry seakan tidak sabar.
Aira memerhatikan batang pink di tangannya berdebar-debar. Ianya masih bergerak perlahan.. Hinggalah akhirnya ada dua garis merah di atas alat pemeriksaan kandungan itu. Aira kaku. Lidahnya kelu.
" Benarkah aku mengandung?" Aku ternganga. Gadis itu bergegas membuka pintu. Sherry dan Raihana yang sedari tadi memandang ke arah pintu terkejut dengan kemunculan Aira tiba-tiba. Keduanya menanti jawapan dari Aira
" Guys! Im pregnant! " Aira melompat riang.
" Betul ke?" Raihana tersenyum.
Mereka berdua berlari-lari anak mendapatkan Aira. Masing-masing berebut mendapatkan batang pink di tangan Aira.
" Berapa bulan? Laki perempuan" Sheery teruja.
Aira masih lagi tidak percaya. Dipandangnya sekali lagi 2 garis merah pada pregnancy test itu. Senyumnya sampai ke telinga.
" Yeayyy.. Aku jadi makcik" Raihana memeluk Aira.
. " Aku jadi Auntie" Sherry turut memeluk Aira.
" Aku jadi mama" Aira melompat lagi. Kegembiraan jelas terpancar di mata mereka bertiga.
" Syukur ke hadrat illahi. Kau makbulkan jua doaku selama ini" Aira memanjat syukur yang tak terhingga.
" Yeke? Alhamdulillah" Mak Senah menadah tangan mengucap syukur..
" Dah brapa bulan?" Pak Harun pula menyoal.
" Kena check lagi kat klinik la Pakcik. Aira beli yang murah je tadi. Bukan yang mahal punya. Yang mahal tu baru la dapat tengok berapa bulan usia kandungan ni" Aira mengusap-ngusap perutnya lembut.
" Kami dah nak dapat anak buah" Sheert memeluk bahu Aira erat.
" Kami nak jadi atok dan nenek" Mak Senah begitu teruja. Pak Harun sekadar tersenyum lebar.
" Tuan mesti gembira gengar berita ni" Pak Harun bersuara.
" Jangan! Aira taknak bagitahu sekarang" Laju Aira menidakkannya.
" Kenapa pulak?" Sherry dan Raihana bersuara serentak
" Dia nak buat suprise la tu" Mak senah seakan tahu apa yang bermain dalam fikiran Aira
" Aira fikir nak bagitau masa harijadi mummy. Mummy kan tak sabar nak jumpa Taufiq junior" Aira menguntum senyuman.
" Ye lah tu" Raihana mencemik.
" Bila nak cek lagi? Bagitahu pakcik.. Bolehlah pakcik hantarkan" Pak Harun mencelah.
" Esok. Aira nak tahu baby Aira ni berapa bulan" Aira menggosok lagi perutnya lembut.
Begitu gembira dengan berita yang di terimanya. Rasa tidak sabar lagi untuk memberitahu Datin Suraya dan Taufiq. Bagaimana agaknya reaksi mereka berdua?
Share this novel
arrr....x sabarnyeee nk thu next story