BAB 26 “Amnesia?” Doktor Ghazali mengangguk. “ Dari pemerhatian saya selepas melihat keadaan Encik Rizal dan beberapa soalan yang dia tidak dapat menjawab, dia mengalami amnesia retrograde iaitu dia lupa segala memori sebelum kejadian yang berlaku.” “ Termasuk nama sendiri? Ahli keluarganya?” Soal Rian sambil mengurut pelipisnya. “ Ya, ada kemungkinan juga dia tak ingat kejadian sewaktu kecil, jika adik dia sendiri pun dia tidak ingat atau peristiwa masa lalu yang memberi kesan trauma dalam hidupnya” Tubuh Rian sudah bersandar di kerusi. Terasa semakin longlai seluruh tubuhnya, bagaikan dia pula yang baru sedar dari koma. Masih jelas difikirannya melihat wajah bingung dan tidak terurus ...