BAB 3
“Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Rian…!!!” Nyanyian dan sorakan daripada kumpulan kecil itu tetap memeriahkan suasana di bilik sederhana luas yang terdapat di restoran yang bertemakan ‘country’ ini. Dekorasi yang dihias juga mengikut tema yang bersesuaian di atas permintaan Rian sendiri.
Jeritan kuat Aqila membuatkan Rian tersedar, terpinga-pinga dia apabila melihat Aqila berdiri didepannya bersama kek bersama lilin di atasnya. Tertera tulisan di permukaan itu angka 28 . Sebelum ini, dia begitu menantikan ulang tahun kelahirannya bersama insan yang tersayang atau lebih tepat lagi, bersama dengan seseorang yang akan menjadikannya sebagai isteri. Seakan satu gerakan yang perlahan, Rian merenung satu persatu wajah dihadapannya ini sebelum matanya terpaku kea rah satu tubuh yang sedang tersenyum manis kepadanya. Sepasang mata yang berkaca itu sering membuat hati wanitanya cair yang menampakkan seperti Rizal sedang menatapnya dengan penuh perasaan sayang dan cinta. Ya, itu yang dia rasa dari dulu sehingalah kini.
“Sayang…”
Suara itu…mata Rian menurun pula kea rah bibir Rizal, seakan cuba mencari sesuatu sebagai bahan bukti yang kukuh mengatakan bukan suara milik Rizal yang dia dengar tadi. Namun, suara cintanya, susuk tubuh yang dia kasih, wajah yang membuat dia terpaku, memang jelas apa yang dia nampak dan dengar.
“Aku akan bertahan bila aku perlu,Rian. Semua di dunia ni ada batas termasuklah aku. Bila masa itu tiba, sama ada kau bersedia atau tidak, aku pasti datang…”
Apakah makna disebalik kata-kata Rizal itu? Rian yakin dia tidak salah dengar apabila Rizal menyebut namanya di hadapan cermin itu tadi walaupun dia sendiri sukar untuk percaya. Ya, kenapa dia perlu percaya? Mungkin saja dia salah dengar. Mungkin saja lelaki itu bukan Rizal. Rizal bukan begitu..tidak pernah memarahi dan memandangnya tanpa perasaan, dengan tatapan kosong dan benci seperti tadi.
“Woi, Rian..cepatlah tiup. Kau nak lilin tu terbenam dalam kek ke?!”
Terkejut lagi, Rian menepuk pipinya berulang kali sebelum meniup lilin yang sudah kesana sini apinya kerana angin. Seusai itu, dia sudah berura-ura untuk berlalu sebelum bahunya dipaut oleh tangan kasar Rizal.
“Rian…nak pergi mana? Belum habis lagi. Here, make a wish, sayang…”ujar Rizal dengan lembut, mengusap bahunya berulang kali bagi menenangkan gadis itu yang kelihatan bingung daripada tadi.
“I think I know what you wish for this year…”Bisik Rizal ke telinga Rian yang membuatkan kepalanya laju berpusing memandang lelaki itu. Walaupun nada suara dan tatapan itu lembut seperti biasa tetapi bisa membuatkan tubuhnya berasa seram sejuk seakan-akan dia sedang berdiri disebelah seorang pembunuh yang menunggu masa untuk menamatkan riwayatnya. Tidak mahu membiarkan suasana menjadi kekok dan canggung, Rian menyimpul senyum sebelum memejam mata, membisikkan hanya satu ayat di dalam hati.
'Rizal Lufias, hentikan. Tunjuk dan munculkan diri kau yang sebenar seperti yang aku lihat tadi...'
“So, malam ni nak join go-kart tak? Sempat lagi ni, baru pukul 10.”Ajak Aqila sambil menunjukkan jam tangannya. Satu aktiviti lapang yang biasa mereka buat pada hujung minggu sekadar untuk melepaskan tekanan.
Rian menggeleng. “Tak apalah Qila, next time. Aku ….penat sikit hari ni”
Rizal yang baru saja membuka pintu kereta di bahagian penumpang terhenti mendengarnya. “Kenapa tak? Jom lah. Kan itu tempat favorite you.”
“See…Rizal dah cakap tu nak belanja. Alah, Riz, takkan hulur sikit-sikit pun tak boleh. Penat Rian keluarkan duit untuk buat event ni untuk kau orang berdua. Bukan dia je tau, kau jugak yan merasa sama!”Sengaja Aqila menekan sedikit perkataan merasa itu yang membuatkan Rian mengerling sekilas kea rah Rizal, mahu mencari perubahan reaksi di wajah itu…perubahan yang ketara ketika di kafe pada tengahari tadi malangnya tiada. Perubahan yang dia tidak pernah melihatnya sepanjang mereka berkawan namun tetap tiada.
Rizal sekadar tersengih seraya menjungkitkan bahu .” Why not…birthday girl, bukan? Everything on me”
“Yeah everything on me using Rian’s money!”
Pantas Rian menyiku pinggang kawannya itu. Aqila terus mencebik tidak peduli, sempat juga dia menjeling tajam kekasih Rian itu sebelum dia masuk ke kereta Shafiq.
“I’m sorry..Qila Cuma…”Tidak sempat Rian menghabiskan katanya apabila tangannya digenggam erat oleh Rizal.
“It’s okay and don’t worry..i can handle her”
Rian merenung tanganya yang berada di dalam genggaman jari jemari kasar itu. Ketika ini, kata-kata Rizal walaupun sepatah, mahupun suara kelihatan sangat sensitif di telinganya. Dia cuba mengamati setiap patah kata lelaki itu, mahu mencari kelainan atau pun persamaan.
“What do you mean you can handle her?” Tidak semena-mena soalan itu terkeluar dari mulutnya.
“Rian…kenapa ni?”
Rian mengetap bibir, tidak membalas renungan Rizal yang penuh tanda tanya.
Menarik nafas panjang, Rizal kembali menarik brek tangan, tidak jadi mahu meneruskan perjalanan sedang kereta Shafiq sudah lama menghilang.
“Okay look…I tak tahu apa yang tak kena dengan you malam ni. You nampak penat, stress, you seems lost. I dah perasan daripada tadi, masa I ambil you dekat rumah. You diam,cakap pun sepatah-patah. Janganlah, please. Ni kan hari bahagia you…”
Rian diam. Diamnya itu tersangat-sangatlah tidak ada dalam kamus hidup seorang Rian Adelia apatah lagi pada hari yang sangat bermakna dalam hidupnya. Kejadian tengahari tadi benar-benar menganggu fikirannya. Perasaan mahu menyambut hari jadinya
bersama insan yang terdekat seperti hilang dalam sekelip mata. Ikutkan hati , mahu saja dia membatalkan majlis ini.
Ah, majlis…majlis apa jika yang hadir pun Cuma mereka berempat?
“Sayang…hei , sini”Tangan Rizal mengusap pula pipi Rian berulang kali, seakan cuba memujuk dan menenangkan hati gadis itu.
“Look, I ada buat silap ke? Kalau ada, I minta maaf. You tengah ada masalah, you stress, you penat atau apa saja…you boleh cerita pada I, macam sebelum ni. Hari ni I tak dengar pun you bebel yang si Fatin asyik cuti, sampai pernah minta cuti bersalin seratus hari, Omel yang suka terbang sana sini sampai melekat kat kepala mama you…”
Serentak itu, ketawa Rian meletus jua.
Omel merupakan haiwan kesayangannya, sugar glider yang sangat jinak walau pada awalnya susah dijaga apatah lagi jika dibela semasa kecil. Rian suka meletakkannya dijari, membiarkan Omel mengigit manja dan berehat disitu. Paling suka apabila dia menghulurkan tangan, Omel akan melompat terbang ke tangannya dan itu cukup tidak disukai mamanya.
Mungkin disebabkan omel tahu mama tidak suka, itu yang terus melompat ke dalam rambut Datin Aida. Entah jumpa jalan keluar atau tidak dari rambut mamanya itu tetapi yang penting, berasap telinga Rian mendengar jeritan dan bebelan mamanya itu. Hahaha!
Makin keras Rian ketawa sampai menekan perutnya. Senak!
Rizal sudah tersenyum melihat gadisnya tertawa. Terpancar riak kelegaan di wajahnya mendengar ketawa itu.
“So, dah okay? Nak pergi tak?” Rizal menyoal lagi.
Rian mengangguk laju. “Nak! Rian tak sabar nak langgar Bie sebab dah susahkan hati Rian sepanjang hari ni”
Dan Rizal tertawa cuma. Dia mencium tangan mulus Rian yang sudah baik moodnya.
Malam itu, riuh trek itu dengan jeritan mereka. Sesekali Meledak ketawa Rian apabila Aqila seakan sengaja cuba melanggarnya.
“Qila! Kau kalau langgar aku, aku boleh saman kau tau!”
“ Undang-undang mana kau belajar ni, gila! Cerita sini, habis sini je!” Jerit Aqila disebelahnya, cekap memandu go kart miliknya.
“Rian!”
Rian menoleh ke sebelah kirinya apabila Aqila sudah bergerak ke depan. Dia mencebik melihat Rizal yang sudah bergerak saing dengannya.
“Think you can beat me this time?” Soal Rizal mengangkat keningnya.
“ You wanna bet??”
“ Oh i love to bet. Here we go!”
Tak menunggu lama Rian terus menekan pedal dengan sekuat hatinya. Kelajuan yang pada mulanya normal terus ditingkatkan sebagai tanda dia menyahut cabaran itu.
Rian bermula dengan agak baik kerana dia sudah biasa dengan trek dalaman ini. Aktiviti lasak seperti ini dia sudah biasa melakukannya bersama Aqila sejak daripada zaman sekolah lagi. Setiap hujung minggu pasti ada saja aktiviti ekstrem yang mereka lalukan bersama . Disebabkan itu jugalah dia sering memaksa Rizal untuk mengikuti minatnya, supaya mereka berkongsi minat yang sama.
Bukankah manis jika melaluinya bersama jika mereka bergelar suami isteri nanti? Sudah halal, pasti semuanya terasa indah dan manis. Untuk seketika, Rian lupa misinya terhadap Rizal. Untuk malam ini, biarlah dia menikmaati perasaan indah ini untuk kali yang terakhir.
“ Jangan himpit, it’s not fair!” Teriak Rian bengang namun Rizal galak ketawa sambil menjelirkan lidahnya.
“ Strategi, sayang. Strategi…”
Sedang Rian memberi tumpuan pada selekoh yang agak tajam di hadapannya, entah mengapa dia menoleh lagi untuk melihat kedudukan Rizal yang mungkin sedang mengejarnya.
Entah mengapa, suasana yang riuh tadi bertukar sunyi sepi. Tiada bunyi enjin, decitan tayar dan jeritan nyaring Aqila yang seperti tiada hari esok mahu bersuara. Rian tidak berhenti sebaliknya kepalanya masih menoleh ke kanan dan kiri kerana dia cuba mentafsirkan apa yang sedang berlaku. Ke mana mereka? Kemana hilangnya bunyi bising dan kini bertukar sepi?
Jantung usah dikata, berdegup laju seakan-akan mahu melompat keluar dari tubuhnya. Ketika itu juga Mata Rian mengecil saat melihat Rizal berada didepannya. Aneh, go kart lelaki itu tidak bergerak dan tubuh itu juga statik. Memperlahankan go kart miliknya, Rian mendekati Rizal yang tiba-tiba menoleh ke arahnya dengan gerakan perlahan.
Beberapa kali Rian meneguk liur. Tangan yang mahu menyentuh bahu Rizal terus terhenti apabila melihat Rizal merenungnya dengan tatapan kosong sebelum bibir itu tersenyum lebar. Bukan seperti orang kurang siuman, tetapi seperti senyuman seorang badut yang merupakan seorang pembunuh disebalik topeng yang dipakai.
Terkumat kamit bibir Rian berzikir sambil memejamkan mata.
“Rian!!!”
ZAP!
Bagaikan baru tersedar dari mimpi yang panjang, mata Rian terbuka luas sebelum tubuhnya menghentam sesuatu yang kuat. Suasana yang senyap tadi kembali riuh seperti pada awalnya. Terkebil-kebil dia seketika apabila meihat go kartnya sudah melanggar penghadang. Mujur juga Rian sudah memperlahankan go kart itu.
“Rian, are you okay?” Rizal membuka helmet dikepala Rian. Sempat dirapikan rambut gadisnya itu. Memastikan mereka berdua berada di tepi, Rizal menjerit memanggil pekerja disini sebelum memaut tubuh Rian keluar dari Go Kart tersebut. Aqila dan Syafiq juga sudah berhenti dan berlari menuju kea rah mereka berdua sebelum pandangan Rian terhalang dek tubuh Rizal yang sedang mengibas kekotoran di pakaiannya.
“Sayang! Are you okay? Stay with me!”Pinta Rizal lagi dengan nada risau.
Rian tetap membatu. Memandang sambil cuba mengamati soalan Rizal itu . Mahu saja dia menjawab. Ya, dia tidak okay…soalan bertalu-talu Bersama bebelan Aqila juga membuatkan Rian tenggelam dalam dunianya sendiri. Hanya gelengan yang diberi sebagai jawapan walaupun Rian sedar sepasang mata Rizal tidak lepas dari merenungnya.
“Hish, pakcik ni..Rian dah suruh tadi pakcik guna kancil papa tu. Tak adalah menambah syak wasangka org lain.” Gerutu Rian disebelah Pak Mail yang merupakan pemandu peribadi keluarganya. Pak Mail sudah hampir 30 tahun berkhidmat dengan Dato Omar. Mengenali arwah atuk dan neneknya sehinggalah dia. Setia lelaki itu bekerja dengan Dato Omar menjadikan hubungan mereka seperti keluarga malah dia juga menggangap Pak Mail seperti bapanya sendiri.
“ Masalahnya, kereta tu lagi lah dia boleh perasan. Bunyi pun macam nak patah dua. Tinggal tunggu masa je tu”
Meletus tawa Rian, cuba menghilangkan sedikit perasaan gundah yang tidak tenteram sepanjang hari ini. Walau kejadian tadi masih terasa , yang menyebab dia meminta Rizal menghantarnya pulang selepas dia melanggar penghadang itu. Sepanjang perjalanan, tiada sepatah perkataan yang mencetuskan perbualan di antara mereka berdua. Tidak pernah mereka berdua begitu kecuali jika berlaku salah faham. Tetapi tadi? Entah lah, sukar Rian mahu menggambarkan suasana tersebut. Ibarat mereka kenal pada hari ini, dah nama terus dilupakan pada hari esoknya.
“Kenapa nak kena ikut dia? Bukan ke dia boyfriend Rian?”
Soalan itu diulang semula. Lagaknya seperti seorang bapa yang begitu risaukan anaknya. Ah, Pak Mail memang begitu orangnya, sangat baik dan rajin, persis seperti papa. Cuma untuk kali ini dia tidak boleh meminta bantuan Dato Omar kerana dia juga sedang tepu melawan perasaan yang bersarang di hati dan fikirannya pada ketika ini.
“Syak wasangka tu satu penyakit tau.”
Eh, boleh dia dengar? Elok laju kepala Rian menoleh lelaki yang sebaya papanya.
“Penyakit?”
“Penyakit setan”Selamba Pak Mail membalas membuatkan tubuh Rian serta merta seram sejuk. Laju tangannya mencari siaran radio Ekin FM yang menyiarkan bacaan alunan suci Al-Quran. Mengekek Pak Mail ketawa kerana dia cukup arif betapa penakutnya Rian. Sewaktu Rian masih kecil, Mudah saja Datin Aida mahu menidurkan Rian, dimomokkan dengan cerita hantu jika gadis itu tidak mahu tidur. Peliknya, gadis itu tetap juga boleh menonton cerita hantu tapi siap sedialah pada waktu malam. Bergema satu rumah dengan alunan ayat Al-Quran dan bacaan surah Yasin.
“Hish, selisih! Dah lah dah nak masuk pukul 3 pagi. Tahu tak itu juga dipanggil jam setan!”
“Kamu ni Rian, orang pagi-pagi terjaga terus buat solat tahajjud. Yang pergi tengok cerita yang bukan-bukan tu pasal apa? Dah lah penakut, tapi nak juga tengok cerita hantu. Kamu tahu tak Pak Mail ni pernah lagi sesaat je lagi nak kena serangan jantung tengok kamu berjalan turun ke tangga dengan pakai telekung putih!”
Sekali lagi tawa Rian pecah. Ya, dia kuat mengigau. Bukan sekadar bercakap tetapi juga boleh berjalan dengan mata terpejam. Anehnya, dia boleh berjalan sendiri ke dapur menuju ke dapur untuk mengambil jus oren dan naik semula ke biliknya tanpa gagal. Sedar sahaja esok, elok saja dia terjaga dengan tubuh yang dibasahi dengan minuman itu. Selalunya terjadi apabila dia menonton filem hantu.
“Rian tahukan Was-was pun merupakan salah satu penyakit syaitan”
Tawa Rian mati perlahan-lahan. Matanya kembali tertacap ke hadapan, melihat kereta itu masih di atas jalan raya bersamanya. Ada tapi seolah-olah tiada.
“Rian tak pernah ada perasaan sampai macam ni sekali Pak cik. Selama 28 tahun Ni, tak pernah walau sekali.” Suaranya separuh berbisik.
“ Perasaan Rian pada Rizal?”
Rian tersenyum, tipu jika sepasang mata nya tidak bercahaya setiap kali sebaris nama itu disebut. Degup jantungnya juga masih mengikut rentak yang sama.
“Segalanya masih sama”
Hatinya semakin disapa debaran yang kuat sebaik kereta Rizal memasuki resort di padang golf yang terkemuka di ibu kota. Cukup mengangkat tangan, terus saja dibenarkan.
“Sejak Bila Rian pandai tebas rumput?
“Sejak hari ni” Balas Rian TIdak berminat untuk melayan usikan Pak Mail itu. Menyebut saja nama papanya, pengawal keselamatan itu turut melakukan perkara yang sama.
“Pak Mail tunggu sini, biar Rian masuk seorang”
Pak Mail yang baru saja mahu menanggalkan tali pinggang keselamatan terhenti.
“Nanti kalau Dato dengan Datin…”
“Pak Cik please…kejap lagi Rian belanja McFlurry Oreo tiga”
Rian menyimpan senyum melihat wajah Pak Mail berubah ceria. Dia tahu betapa minatnya pakciknya itu dengan makanan itu. Ah, mudah saja nak memujuknya kerana perkara ini tidak boleh sampai ke pengetahuan Dato Omar. Tidak sama sekali.
Rian terus menuju ke rumah kelab yang lengkap dengan restoran walaupun dia tahu sudah tutup pada waktu ini. Hampir juga dia hilang jejak Rizal sehinggalah dia nampak tubuh tinggi itu duduk bersilang kaki di sofa berwarna coklat itu, seperti menunggu seseorang. Terus Rian menuju ke bahagian dapur di belakang restoran yang pada ketika itu pekerjanya sedang membuang sampai.
“Hai…do you know me, right? Here my ID…and I need to check in ASAP. No more question, FULLSTOP!”
Dia melabuhkan punggung di atas step stone yang berada di ataas kolam itu. Bukan di hujung tetapi di tengah-tengahnya. Bukan saja setakat duduk bersila, tetapi memeluk lutuh, melabuhkan dagu kerana terasa kepalanya begitu berat untuk diangkat. Bagaikan ada batu berat yang menghempap kepala dan dadanya tanpa belas sehinggalah langit yang gelap dan hitam silih berganti dengan warna putih.
“Life isn’t about waiting for the storm to pass, it’s learning to dance in rain”Bisiknya apabila hujan sudah mula menitik. Dia tidak mendongak sebaliknya tunduk melihat kedua belah tangan yang menggigil.
Bukan kerana hujan, bukan kerana sejuk tetapi kerana perasaan sukar untuk percaya memenuhi segenap inci tubuhnya. Dia mahu berteriak tetapi dalamannya hampir hancur.
“Apa kau rasa bila perlu berpura-pura cintakan seseorang yang kau tak pernah cintakan langsung? Bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi bertahun-tahun !Jijik!”
Rian langsung memegang dadanya seakan cuba menahan sakit disitu, terasa seperti ditikam bertubi-tubi tanpa belas. Tidak sempat dia menarik nafas Panjang, terasa disiat lagi dengan kejam. Ini kali kedua dia melihat wajah Rizal yang bertukar karakter.
“Aku yang mulakan game ni dari awal sampai makan tahun, Kau ingat aku akan berhenti separuh jalan macam ni? The answer is no, there is no turn back but to keep going. Keep going until you get it.”
Kata-kata yang keluar daripada mulut Rizal kembali terngiang di halwa telinganya. Itu dia, Rizal Lufias, yang dia nampak semasa di kafe tengahari tadi, bukan pada malamnya. Tubuh yang sama tetapi berbeza watak. Kali pertama mungkin dia silap, tetapi kali kedua adalah kebenaran. Ya, teruskan sehingga kita mendapatkannya tetapi jika yang dimiliki adalah kesakitan, bagaimana boleh dipanggil juga sebagai kebahagiaan?
Ah, mengapa kebenaran sentiasa menyakitkan? Adakah lebih baik jika terus menipu dan berpura-pura? Adakah lebih baik dia tidak terus tahu tentang rahsia Rizal?
‘Ya, rahsia apa, Rian?’ Satu suara lain berbisik di telinga.
“Kau tak risau dia akan gila bila dapat tahu rahsia kau? Yang kau Cuma gunakan dia untuk menang pertaruhan ni? Kita tabur duit untuk tengok siapa yang berjaya pikat dia, buat dia jatuh hati pada kau, buat dia tergila-gilakan sampai bawak ke dalam mimpi dan boom! You did it,Luth! Congratulations,you win!”
Rian menumbuk dadanya berulang kali-kali bersama air mata yang mengalir deras. Dia cuba menahan perasaan tetapi dia gagal kerana hatinya bukan setakat terluka, tetapi sakitnya tidak terperi.
Dia tidak kenal siapa lelaki yang Rizal jumpa. Baru kini Rian sedar betapa dia tidak pernah melihat siapa yang Rizal berkawan melainkan Hani yang merupakan adik perempuan lelaki itu.
Jadi…selama ini Rizal sekadar berpura-pura mengenalinya, memikatnya ? Tidak pernah menyukainya atau mencintainya? Untuk apa?
“It’s for fun. For game, for money of course.”
Kali ini esakan Rian terlepas jua. Satu kenyataan yang pahit. Dia tidak pernah disakiti sehingga begini sekali kerana dia tidak kuat. Hatinya rapuh dan luruh.
“Lelaki perahsia? Not in my list but watching list!” Teringat kata-kata Aqila sebelum ini yang membuatkan Rian terasa bodoh. Jika gadis itu tahu tentang ini, pasti dia akan diketawakan tanpa ampun.
Jijik. Geli. Tidak sedar diri. Ah, begitu tajam sekali lidah itu lagak seperti mereka tidak pernah saling mengenali, lagaknya seperti Rizal mempunyai dua personaliti yang berbeza. Tetapi selama mana lelaki itu mahu menyimpan identitinya? Rahsianya? Mungkin saja ALLAH mahu dia tahu sebelum mereka melangkah ke fasa seterusnya.
Oh Tuhan, mengapa setelah aku menyerahkan seluruh hati dan kepercayaanku kepada dia?
Sekali lagi Rian teresak. Sudah lama dia tidak menangis begini, menunjukkan betapa hancur hati dan perasaannya mengingatkan dia menjadi ‘barang pertaruhan’ di antara Rizal dan kawannya itu. Murah sangatkah dia sehingga dijadikan sesuatu untuk melabur?
Adakah dia pelaburan yang menguntungkan bagi Rizal untuk dihina dan diketawa?
“Ya, Allah…Ya Allah, Ya Allah..sakitnya hati ini Ya Allah…”
“ Kau berjaya buat dia jadi kekasih cash kau, dah boleh bawak kau terbang makan belgium”
“Buat dia jatuh cinta, nah…terus tukar kereta baru bila Asfar masuk bertaruh. Dia tak tahu agaknya kau pantang dicabar. You’re the man, Luth. Aku bangga sebab kau dah buktikan kau bukan pengecut!”
Jujur, Rian tidak sanggup berterusan berada disitu. Jangan kata telinganya bernanah, tetapi darah yang sudah mula menitis keluar dari hatinya yang terluka tetap membuatkannya bertahan. Bertahan kerana dia masih tidak percaya cinta hatinya selama ini telah mempergunakannya untuk kepentingan sendiri.
“I accept whatever it cost because i have to paid with ultimate price…you know what? With my whole life!”
Mata Rian terpejam rapat untuk kesekian kalinya saat teringat lagi kata-kata Rizal membalas ayat Ikmal itu.
“Aku tak ada rasa menyesal dengan apa aku buat, apalagi dah sampai ke tahap ni”
Rizal mungkin tidak menyesal tetapi bagaimana dengan dirinya? Bagaimana ada perasaan sesal itu jika dia mencintai Rizal. Adakah dia menyesal kerana meletakkan seluruh kepercayaan kepada lelaki itu? Terlalu. Adakah dia sangat menyesal kerana banyak mengeluarkan duit untuk mereka berdua, menyambut hari jadi, ulang tahun perkenalan mereka, bercuti…ah jika diingat balik, tidak terkira kerana Rian tidak pernah mempersoalkan tindakannya kerana kedudukan Rizal berbanding dirinya. Dan adakah dia boleh berpatah balik?
Jawapannya…boleh kerana mereka berdua belum pergi ke fasa seterusnya. Patutlah Rizal selalu mengelak jika bercerita tentang kahwin, mahupun berjumpa dengan papa dan mamanya kerana sudah menang taruhan yang besar . Cukuplah, dia tidak mahu tahu berapa ‘harga’ yang dimenangi lelaki itu. Rian tahu, biarlah dia kalah sekarang daripada dia kalah di kemudian hari.
“Kau bukan loser lagi, Riz. I think I should bow to you right now. Kau menang dan aku nak bagi extra bonus, selebihnya kau akan dapat selepas….”
Cukup lah…Rian terus berlalu bimbang esakannya terlepas disitu. Sempat dia memulangkan semula apron dan topi yang dipinjam daripada pelayan kafe tersebut sebelum dia berlari masuk ke kereta .
Sepanjang perjalanan sehingga ke waktu ini, tatapannya kosong kerana dia tidak mampu untuk meluahkannya kepada sesiapa kecuali ALLAH. Benar, mencintai seseorang janganlah melebihi cinta kepadaNYA . Manusia boleh saling meninggalkan tetapi ALLAH tidak pernah meninggalkan hambanya.
Kenapa cinta perlu sesakit begini? Kalaulah dia tidak bertemu dengan Rizal, kalau lah dia tidak jatuh hati pada Rizal yang terang-terang tidak pernah menyukainya, kalau lah dia tahu lebih awal, pasti dia tidak jatuh ke lubuk yang paling dalam. Kalaulah itu, kalau lah ini….dan segalanya sudah terlambat.
Menadah kembali wajah ke langit, membiarkan hujan renyai menyapa disitu, Rian mengukir senyuman walau hatinya sudah tercalar disana sini kerana dia tahu DIA telah memberikan satu petanda yang adil dan besar untuknya.
Hasbunallah nawikmal wakeel.
assalamualaikum, hai...haa dah terjawab kan siapa Rizal...tapi belum dapat jawapan penuh lagi... Pertaruhan ibarat perjudian apatah lagi bila melibatkan duit Kalau pernah dengar atau tahu ada yang buat gurauan sesama kawan. Cth: - 'Kalau kau berjaya tackle awek ni, aku bagi duit'- -Aku bet RM ''' , kalau kau berjaya buat dia keluar dengan kau' Perkara ni ada , betting ni juga ada. Bukan je melibatkan dua orang tetapi lebih. selamat membaca dan maaf untuk segala kekurangan yang ada.
Share this novel
nobody deserve to be hurt like that