BAB 2

Romance Series 112192

Jari Jemari halusnya begitu berhati-hati meletakkan hirisan terung itu satu persatu membentuk bulan sabit, begitu juga dengan buah zucchini berwarna kuning dan hijau ke dalam Loyang yang bulat itu untuk memastikan setiap hirisan itu memenuhi setiap ruang yang ada menjadi bulat yang sempurna terbentuk.

“Perfect!”Puji Rian sendiri sebelum mengangkat Loyang untuk dimasukkan ke dalam ketuhar sebelum ada tangan yang mengambil hirisan zucchini itu dengan garfu. Membuatkan Rian menjerit keras.

“Pa! Jangan…”

“Puihh!

Menyembur keluar makanan itu dari mulut Dato Omar. Rian sudah mengekek ketawa sambil memasukkan Loyang tersebut ke dalam. Sarung tangan berwarna hitam di kedua belah tangannya dibuka.

“”Ingat dah siap. Tadi bukan main lagi siap jerit bagai. Ni bukan setakat rarely cooked! It’s raw”Suara Dato Omar mengajuk suara Gordon Ramsey yang terkenal dengan kritikan pedasnya.

Rian mencebik sebal.“Belum lagi..it’s gonna be perfecto!”

“English pun berterabur. Penat je papa campak belajar sampai ke UK. Bukannya ke United Kingdom, rupanya ke Ulu Klang!”

“Mana ada berterabur papa ni pun. Disebabkan papa hantar Rian belajar jauh disana lah Rian berjaya gabungkan dua bahasa dalam satu ayat. Ah ah, bukan satu ayat yang panjang tapi dengan hanya empat perkataan je, tahu?”

“Tak tahu!”

“Tak habis mengaji lah tu. Orang suRuh baca, bukan baca muka depan tu je yang terang-terang tulis muqaddam!”Rian menyakat lagi.

“Yang penting papa lepas masa kena baca Doa qunut depan pegawai agama. Alhamdullilah, dapat lah kamu”

Tersedak Rian apabila mendengar bicara tak masuk akal mamanya yang baru pulang dengan menjinjing sebuah beg kertas. Pasti saja dia baru pulang daripada persatuan wanitanya itu. Datin Aida kerap menyertai persatuan wanita dan kanak-kanak kerana peranannya sebagai pengerusi.. Tidak pernah sekalipun mamanya itu terlepas mana-mana program walaupun pada hujung minggu. Walaupun sibuk, mereka tetap juga meluangkan masa Bersama.

“Kita ni kalau bercampur dengan macam-macam orang, luas fikiran, luas pemandangan., pengalaman”

Berkali-kali itu juga yang dikatakan Datin Aida sehingga Rian sudah hafal. Jadi, lebih baik dia senyap. Bimbang semakin berjela pula penjelasan mamanya . Penjelasan atau bebalan , tetap juga boleh membuatkan tahi telinganya cair.

“Habis selama ni, fikiran awak sempit ke, ?”

Rian tertawa Cuma sebelum tawanya mati perlahan-lahan apabila Datin Aida menjelingnya.

“Ketawa, ketawa juga…hari tu kawan mama nampak Rian makan dekat McD”

Dato Omar dan Rian saling berpandangan dengan dahi yang berkerut. “Hai…makan dekat McD pun salah ke sebab tak beritahu awak? Awak kan tengah cut cholesterol. Katanya bulan depan ada program FunRun 5KM. Entahlah sebelum jogging pun dah semput ”Di hujung kata, Suara Dato Omar perlahan kerana tidak mahu isterinya dengar sebelum matanya kembali terarah ke berita pagi ini di kaca televisyen.

Tidak menanggapi kata-kata suaminya, mata Datin Aida tetap tegak memandang Rian yang terkebil-kebil tidak mengerti.

“Sorry sebab tak belikan GCB untuk mama?”

“Siapa dia ? Lelaki tu?”

Ternyata wajah Rian berubah riak. Dato Omar turut menoleh, mematikan siaran tv sebelum memberikan fokus kea rah perbualan mereka. Suasana sepi seketika.

“Ma…”Rian sudah tidak senang duduk. Bukan dia tidak pernah memberitahu mereka berdua selama dia menjalinkan hubungan dengan Rizal tetapi dia bimbang jika mereka tidak percaya kerana dia tidak pernah mempunyai teman lelaki yang serius, ini kali pertama. Dari dulu lagi dia sudah diberi amaran tidak boleh mempunyai teman lelaki sehinggalah dia tamat belajar. Walaupu Dato Omar dan Datin Aida sepertinya tidak kisah tetapi mereka sangat tegas tentang hal itu.

“Rian dah banyak kali beritahu tapi sampai sekarang dia tak pernah pun datang jumpa kami. Kenapa berahsia sangat? Umur Rian pun bukan makin muda, dah nak masuk 29 tahun. Umur dia tu, berapa? Haa, ni satu lagi. Nama pun tak tahu! ”Getus Datin Aida sambil meluruskan jari telunjuknya yang masih tersarung beg kertas kononnya memberitahu betapa sibuknya dia di hujung minggu walaupun bukan dia yang bekerja.

“Rizal Lufias Bin Shukrii”Senafas Rian menyebutnya.

Dato Omar terus menekan sesuatu di telefonnya. “Sekejap papa nak kepastian sama ada dia dah berkahwin atau belum. “

“Pa!”Tekan Rian geram. Dahi ditepuk kuat. Dia sudah mengagak semua ini bakal berlaku jika dia membiarkan hubungannya dengan Rizal tanpa jawapan. Sudah lah baru saja dibasuh oleh Aqila tempoh hari, dan hari ini terkantoi pula dengan mamanya seolah-olah dia budak kecil pula.

“Dia 33 tahun dan masih bujang, okay? Rian dah pastikan dari hari kelima perkenalan kami lagi tentang status dia, ada hutang ke tak ada hutang…”

Meledak ketawa Dato Omar dan Datin Aida mendengarnya.

“Mana boleh ambil tahu komitmen orang lain. Itu dah jadi satu kesalahan tau. Kerja bahagian HR pun tak tahu lagi benda tu sulit. Papa kena potong gaji tiga bulan nampaknya”

Mendengarkan itu, Rian mengecilkan anak matanya, tidak puas hati lebih-lebih lagi apabila ketawa mereka maasih bersisa.

“Rian…kalau budak Rizal tu baik dan dia serius, dia yang patut datang jumpa papa dan mama. Rian pun pernah beritahu, hubungan kau orang dah lama, dah lebih setahun. Kalau setakat nak main-main, tak perlu. Hentikan saja sebab papa tak nak Rian terlalu mengharap , sampaikan ramai yang dah heboh pasal ni. Bila orang nampak, orang akan mula bercerita. Rian dah besar, dah tahu mana buruk baik..jadi papa tak nak cakap lebih-lebih. Tapi ingat, jaga nama baik Rian, nama Majestic , dan nama kita”

Dan Rian terus terdiam, sekadar mengangguk faham.

Kakinya berundur setapak-tapak ke belakang sehingga tubuhnya terlentang ke atas katil, membiarkan rambutnya yang panjang mengurai terlepas dari ikatan. Mata bundarnya merenung siling putih di biliknya. Perbualan panjang bersama orang tuanya kembali terngiang.

“Rian satu-satunya anak tunggal papa dengan mama. Pewaris tunggal. Apa yang kami buat semua ni hanya untuk Rian, kebahagiaan Rian. Tapi Bila umur Rian menginjak dewasa, Rian yang kena buat keputusan sendiri untuk mencipta bahagia Rian sendiri, bukan orang lain. Papa dan mama usaha keras untuk berada di mana Rian berada pada saat ini, Bukan papa dengan mama nak yang sekufu pun, yang perlukan Rian untuk pastikan latar belakangnya, tahap Pendidikan dan kerjanya apa asalkan dia tahu tanggungjawabnya terhadap Rian. Jadi, pastikan taka da orang yang ambil kesempatan terhadap Rian.”

Ya, membesar sebagai anak tunggal dan merupakan pewaris Majestic Holdings yang dibangunkan sendiri oleh Dato Omar dan Datin Aida. Majestic yang asalnya merupakan sebuah syarikat kecil yang menjadi syarikat koporat yang memberikan fokus terhadap hartanah seperti perumahan , perhotelan. Rian sedar dia dilahirkan dalam dulang emas kerana segala permintaannya dipenuhi tanpa gagal namun dia tidak pernah mengambilnya dengan mudah. Dato Omar akan memberi hadiah sebagai ganjaran kerana memperoleh sesuatu yang dia telah sasarkan.

“Rian tersenarai dalam lima terbaik dalam kedudukan kelas, papa belikan telefon baru”

“Rian dapat nombor satu sepanjang tahun ni, papa belikan tablet”

“Dapat anugerah dekan Rian boleh pilih kereta apa yang Rian mahukan asalkan tak minta papa bas”

Ah, dah kenapa pula dia mahukan bas? Bukannya dia ada lesen GD untuk dia membawa bas sedang kawan rapatnya juga Cuma seorang, Aqila.

“Aku tak faham lah kenapa kau minta kereta ni. Kalau aku lah, aku mintak helicopter. Senang nak pergi mana-mana tak perlu lalu trafik nak redah sesak. Ni tak, keluar rumah sebelum nampak matahari, sampai rumah pun matahari dah tidur. Tapi kesianlah jiran aku nanti…setiap hari jadi pekak. Hahaha…”

Tergelak Rian sendirian mendengar omelan kawannnya itu. Telefon dicapai, melihatkan tiada panggilan atau mesej masuk daripada Rizal, Rian membuka galeri di telefonnya mencari gambarnya bersama Rizal. Dia tersenyum sendirian.
Rizal seorang lelaki yang tidak suka bergambar. Tidak, kerana spesis lelaki agaknya. Agak ketara jika dia berada disamping Rizal. Tinggi, tegap, wajahnya yang putih bersama alis mata dan kening yang tebal. Cukup pakej, lengkap berbanding dirinya yang tidak menarik walaupun kulitnya cerah tanpa sebarang jerawat. Mungkin disebabkan itu juga dia tidak mempunyai teman lelaki sehinggalah kehadiran Rizal. Sebaris nama itu saja sudah cukup membuat hatinya berdegup laju. Terlalu ketarakan statusnya dan Rizal? Sedang papa dan mamanya juga tidak pernah mempersoalkan latar belakang dengan siapa dia berkawan. Sudah berulang kali dia katakan kepada Rizal tetapi lelaki itu berkeras mengatakan dia segan, kewangan masih tidak stabil walhal dia tidak pernah Nampak Rizal boros berbelanja. Lelaki itu sangat pandai menguruskan kewangan dan komitmennya sendiri.

“I love your dimples. Cute “

Rian senyum sambil mengusap jarinya di skrin telefon miliknya. Itu yang berulang kali Rizal memberitahunya setiap kali melihat lesung pipitnya. Rizal bukanlah seorang yang bermulut manis tapi dia seorang pendengar yang baik. Lelaki itu akan memberi fokus yang sepenuhnya mendengar celotehnya.

Mengingatkan kembali perbualan orang tuanya dan Aqila, membuatkan Rian mengeluh. Benar, hubungan dia dan Rizal nampak normal baginya tetapi tidak pada orang lain hanya kerana Rizal tidak pernah berjumpa lagi dengan keluarganya. Dia tidak mahu memaksa seperti orang terdesak kerana itu akan membuatkan hubungan mereka menjadi renggang. Mungkin kerana tanggungjawab yang lelaki itu miliki membuatkan Rizal tidak mahu membuat keputusan terburu-buru menikahinya. Membesar sebagai anak yatim piatu pada usia yang muda dan perlu menjadi seorang ayah dan ibu kepada adik perempuannya membuatkan Rizal sangat berdikari dan bertanggungjawab. Rian suka melihat cara Rizal melayani Hani. Tampak kelembutan dan kasihnya tertumpah untuk satu-satunya ahli keluarga yang lelaki itu miliki.

Bukan kah ada yang mengatakan jika mahu mencari susuk lelaki yang bertanggungjawab, lihatlah cara dia melayani keluarganya. Sifat penyayang yang dimiliki Rizal antara satu yang menambat hatinya yang tidak pernah terisi dengan sesiapa sebelum ini. Dia tidak pernah bercinta, walau menyukai seseorang pun tidak pernah. Rizal yang pertama dan dia berdoa, sehingga selamanya.
Melihat angka jam sudah menginjak pukul 10, automatik Rian menguap sehingga berair matanya. Beberapa saat kemudian, matanya terkatup rapat dengan bayangannya bersama Rizal.

“Jadi kau nak blah ? Macam itu saja selepas kau dah melalui fasa ku korbankan segala-galanya selama ni? Come on, man…make it more than that , or forever?” bergema ketawa itu bersama hembusan asap rokok yang keluar dari mulutnya. Habis sebatang, diambil lagi sebatang tetapi tidak dikemamkan dibibirnya, sebaliknya ditayangkan kepada lelaki yang merenung kosong tanpa perasaan di hadapannya ini. Wajahnya bangga.

“Kau tahu rokok daripada jenama Treasurer merupakan rokok paling mahal di dunia? Harganya boleh mencecah hampir RM 300 untuk sekotak. Tahan lama, berat dan…”

“Mati cepat….”Balas lelaki itu yang mengundang lagi ketawa kawannya yang kembali menyalakan api di puntung rokok itu. Tubuh disandar ke sofa sambil menjungkitkan bahunya.

“Aku masih disini, Luth..masih hidup, masih boleh bercakap, masih boleh merokok dan aku masih boleh dapatkan apa yang aku impikan dalam sekelip mata. Mark my word, Luth…yang aku inginkan, bukan mimpikan, bukan mengharapkan fantasi ciptaan sendiri.”
Lelaki itu senyum sinis. “Seronok, bukan? Jadi kaya?”

Ikmal ketawa lagi, menggeleng. “Nah, that is not the right question. You should ask ‘How does it feel when you born with a silver spoon in my mouth? It feel so….great!”Matanya terpejam sambil mendepakan tangan seakan-akan menunjukkan kepuasan apa yang di mahukan dalam genggaman tanpa perlu bekerja keras.

“But I had to admit, I really admire you a lot. You work hard start from a bottom, try to climb up but still the same. Tak ada perubahan, macam sia-sia je kau kerja macam nak mampus, tapi dapat habuk je!”
Seperti tidak mempedulikan sindiran maha sinis Ikmal itu, dia menyedut vape miliknya. “Aku tinggal selangkah saja lagi Mal, untuk dapatkan apa yang aku nak. Aku boleh buat dengan one shot!”Satu letupan tidak berbunyi di lakukan menggunakan mulutnya.

“Oh aku tak pasti tentang itu, kau kena buktikan dulu sebab aku tengok kau masih teragak-agak nak teruskan semua ni. Itu pun berat sebelah tau, sebab kau yang kaut semuanya. Aku tak dapat apa-apa, cuma boleh tengok je kau menapak satu persatu nak capai kejayaan yang kau nak sangat tu”

“Sekurang-kurangnya apa yang dapat melalui usaha aku sendiri, bukan mengharapkan harta mak bapak”

Tertawa Ikmal lagi, kali ini dengan nada keras sehingga dia terbatuk. “Sekali lagi kau silap dan kau lupa. Kau tak ada mak bapak, Luth. Kau Cuma ada adik yang kau perlu tanggung, yang merupakan satu beban! Kau tak pernah beritahu tapi aku boleh nampak dalam mata kau, siapa kau yang sebenarnya. Macam yang aku cakap tadi, it’s a win-win situation. Kerja aku memang habiskan duit keturunan aku tapi bukan untuk aku je, untuk kau juga, Luth. Hahahah!”

Sikit lelaki itu tidak menunjuk perasaan walau darahnya sudah menggelegak panas membara ketika ini mendengaar hinaan Ikmal. “We make money for each other but I deserved earn more. You know I ? Because it’s only take few step more to end this”

“Luth…Luth…sampai sekarang aku tabik dengan keyakinan kau. Your determination always keep impress me but this time it’s a big one. Could be destroy your life, I mean your happy life….So, good luck!”Ikmal mengangkat tinggi gelas yang berisi wain itu.

Lama dia merenung, sebelum sekadar mengetuk gelas itu dengan vape miliknya. Tidak langsung terusik dengan gelak besar lelaki itu. Ketawa yang menyakitkan hati sesiapa saja yang mendengarnya tetapi dia langsung tidak peduli kerana sudah kebal , sudah tuli. Tiada siapa lagi yang boleh menentangnya selepas ini kerana tinggal selangkah saja lagi walaupun dia sedar, dia tidak boleh berpatah balik kali ini.

“Sedaplah Bie benda alah ni. Cuba minum sikit. Tak ppapa buka mulut luas-luas, tinggal sedut je. “
Rian kembali menolak gelas yang berisi air hijau tu ke arah Rizal yang sekali lagi menggeleng.

“Geleng-geleng, tercabut kepala tu baru tahu. Tadi pergi kerja ada kepala, balik kerja kepala tak ada”

Meletus ketawa Rizal. “Tak nak lah. Rasa pelik lah”

“Apa yang peliknya. Rasa pun tak lagi. Warna je hijau, tapi rasanya green”

Terus Rizal mengecilkan anak matanya . “Cuba bagi penjelasan apa beza hijau dengan green? Dan apa sebenarnya rasa hijau tu?”

“Okay, mengikut Rian’s Glossory, beza di antara dua perkataan sebut adalah BM dan BI. First, you need to know that green tea contain epigallacatechin gallate (EGCG) that protect our body from illness or disease”

Berlipat dahi Rizal mendengarnya. “Gaya what? Gaia..gaia yang Zizan tu ke?” Tangan kiri dan kanannya digoyangkan mengikut gaya dalam salah satu drama pelakon komedi itu yang mengundang ketawa Rian.

“Rasa sikit je lah, Bie. Rian nak tengok reaksi Bie macam mana”Ujar Rian separuh mengusik namun dia tetap menyuakan minuman tersebut kea rah Rizal yang lambat-lambat menyedutnya.

PURR!

“Pssst, wangi! Tumpahkan perfume ke apa dalam ni! Tu termasuk ke tak dalam khasiat lain yang you tahu dalam teh hijau ni?’
Rian tertawa Cuma apabila melihat wajah kelat Rizal yang sudah berubah merah. Tahu lelaki itu paling pantang dipaksa namun Rian tetap terharu kerana Rizal mahu mencubanya, mungkin saja mahu menjaga hatinya.
Baru saja Rian mahu menghulurkan tisu kepada Rizal, lelaki itu merenung telefon bimbitnya yang berada di atas meja.

“Sorry sayang, I need to take this call. Tunggu ya?”

“Oh, okay. I tunggu sini, jangan lama-lama tau. Nanti I rindu”ujar Rian tersenyum lagi sebelum menikmati minum petangnya di sebuah kafe yang hanya dipenuhi

Sempat Rian memberitahu kepada pekerja di situ agar tidak mengemas dahulu makanan dan minuman di atas meja yang masih belum habis sementara menunggu mereka berdua. Dia suka pergi ke kafe ini sambil menikmati aroma kopi yang dapat menghilangkan stres selepas seharian menghabiskan masa di pejabat Bersama bebanan kerja apatah lagi sekarang mereka sedang merekrut pekerja baru untuk pembukaan cawangan baru nanti.

“Entah apa yang sedap sangat agaknya. Dah tak suka, tak payah lah nak paksa-paksa! Ingat aku ni budak kecil ke apa!”
Suara itu membuatkan langkah laju Rian menjadi perlahan ketika baru saja melalui Lorong yang menempatkan tandas lelaki dan perempuan itu. Walaupun tidak kuat, tetap mungkin kerana tiada orang yang melalui kawasan ini membuatkan sesiapa pun pasti akan mendengarnya. Tidak dia kenal suara yang penuh amarah itu.

‘Agaknya tengah meneran kot, tu yang tak sedar cakap kuat-kuat, nak marah-marah sebab lambat ‘keluar’ Omel Rian tak peduli kerana perutnya semakin kuat memulas. Baru saja tangannya terhulur mahu menolak pintu tandas wanita yang betul-betul bersebelahan dengan tandas lelaki, entah kenapa kepala Rian tetap mahu menoleh kea rah pintu tandas lelaki yang sedikit terbuka itu. Kepala dijengahkan sedikit sebelum dia tersentap. Terkedu dan terkelu.

“Perangai macam tak cukup otak,tak cukup akal. Budak-budak pun tak macam ni lah! Puih!” Rizal mengesat mulutnya dengan tisu berulang kali, seakan-akan jijik dan tidak boleh terima minuman yang masuk ke tekaknya sebentar tadi. Entah berapa kali dia meludah, mengesat mulutnya sampai wajahnya berubah merah.
Hujung singki di pegang sebelum dia merenung cermin, melihat refleksi dirinya disitu. Tiada senyuman, tiada lagi rona manis di wajahnya, senyuman dan tawanya juga bertukar dingin dan sepi, tidak seperti tadi. Segalanya seperti berubah menjadi yang baru.

“Aku akan bertahan bila aku perlu,Rian. Semua di dunia ni ada batas termasuklah aku. Bila masa itu tiba, sama ada kau bersedia atau tidak, aku pasti datang…”

Assalamualaikum, hai...agak-agak Rizal ni 'APA' ya? Selamat membaca sorry kalau ada yang terkurang...insyallah ptg or malam ni HZ update 1 bab lg

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience