“Betul ke kau Rian Adelia? Macam tak percaya, dekat tiga empat kali jugaklah aku toleh masa nak salam tok kadi tadi, takut-takut salah orang ke apa. Mungkin sebab solekan? Mesti mahal kan untuk hari bahagia kau?”
Terhenti langkah Rian saat mendengar lelaki itu bersuara. Ini merupakan interaksi pertama mereka berdua pada hari ini. Bukan kali pertama sebenarnya, tetapi tetap perlu dikira kerana status mereka berdua berubah. Janggal, kekok dan segalanya menjadi satu.
“Oh silap…hari bahagia kita. Bahagiaku, bahagiamu jua….hahahaha!” Terbahak ketawa lelaki itu sebelum melompat ke atas katil pengantin yang sudah terhias indah. Harum mewangi menusuk hidung seperti mahu meraikan pasangan yang baru saja diijabkabulkan itu.
Rian Cuma berdiri menekur ke lantai, tidak berganjak hatta seinci sekali pun.
“Dan lagi satu…”Si suami bangun daripada berbaring, memandang Rian yang masih berdiri, persis seorang pelajar sekolah yang sedang dimarahi dengan gurunya. Satu situasi dimana dia sendiri tidak pernah melihatnya namun dia puas melihat gadis itu ketakutan. Hilang sudah senyuman dan tawanya itu.
‘Ah, ni baru sikit sikap sebenar aku yang kau baru tahu, Rian! Baru sipi tapi kau dah menikus Bagai seorang pengecut!’
“Bukan ke aku dah bagi amaran jangan upah mana-mana photographer untuk majlis ni? Kau tahu atau buat-buat tak tahu?”
Laju Rian menggeleng tatkala mendengar nada suara keras itu. Sepatah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu sudah cukup buat jantungnya luruh, ditambah lagi dengan renungan tajam itu.
“Bukan..bukan saya..saya dah cakap dekat papa dah tentang hal itu”
Lelaki itu mendesis sinis, menggeleng berulang kali seperti tidak mahu terima alasan itu. “Sikit-sikit papa …sikit-sikit papa. Tak boleh ke dalam sehari kau buat keputusan sendiri tanpa melibatkan ibu papa kau? Dasar anak manja!”Getusnya lagi sambil mencampak songkoknya ke katil. Samping juga ditanggalkan sebelum dilemparkan ke lantai, tepat di kaki Rian yang terganjak tubuhnya kerana terkejut. Sempat dia melemparkan jelingan tajam sebelum masuk ke tandas. Pintu juga dihempas yang membuatkan mata Rian terpejam rapat, mengharapkan semua ini sekadar mimpi. Mimpi indah yang pernah dia alami kini bertukar mimpi ngeri yang berpanjangan walau matanya celik.
Tidak menunggu lama, Rian mencapai pakaian yang dilempar oleh suaminya ke dalam bakul kotor. Seusai itu, dia mencapai baju tidur miliknya dan masuk ke bilik sebelah melalui satu pintu di dalam wardrobe miliknya. Satu keluhan yang berat tercetus sebaik melabuhkan punggung di sofa berbentuk l yang berjenis mudah alih menjadi katil , termenung lagi. Dipijak lantai berkali-kali, mencari jawapan adakah dia berpijak di bum yang nyata ketika ini.
“Kau nak aku tampar kau? Itu je yang boleh buat kau sedar!”
Teringat gurauan kawannya jika dia berulang kali mahu terlelap. Bukan saja pada waktu pagi, tapi juga jika tengah bekerja. Pernah sekali itu dia terlelap ketika baru suap satu roti canai. Mujur juga tangan gatal Aqila menarik rambutnya daripada membiarkan wajahnya menekup roti canai banjir itu. Terbit tawa halus mengingatkan hal itu sebelum tersedar dimana dia berada kini.
Selama 28 tahun, tidak pernah dia gagal memiliki apa yang diingini bukan kerana harta atau pangkat yang dia ada tetapi dia berusaha keras untuk mendapatkannya. Niat diutamakan beserta keikhlasan dan selebihnya hanya ALLAH yang menentukan. Bukankah senjata utama umat Islam adalah doa?
‘Ya Allah…jika benar ini mimpi, tolonglah bangunkan aku kerana aku tidak sanggup berada dalam mimpi ini walaupun sesaat.’
Bersama titipan doa, tangan naik memegang dada yang kembali berdebar saat mendengar pintu bilik air dibuka. Sungguh, Rian tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu pada malam ini. Malam yang selalunya berakhir dengan cepat terasa lambat walaupun sudah menginjak angka 9 malam. Dia juga masih belum mandi.
Berzikir berulang kali memohon kekuatannya segera pulih, Rian bangun dan membuka satu persatu perhiasan dikepala. Solekan juga ditanggalkan menggunakan pembersih solekan. Ketika itu, mata tertacap di cermin melihat wajahnya sendiri sebelum bahunya mengendur jatuh.
‘Senyum tu biar nampak ikhlas sikit. Hargai papa kau yang dah keluar banyak duit untuk cantikkan muka kau hari ni. Nak request untuk natural makeup macam tak kena sebab banyak nak kena repair muka kau ni.’
Teringat betapa lancarnya mulut lelaki itu menghinanya ketika upacara membatalkan air sembahyang. Walaupun sekadar berbisik, tetap menusuk ke hatinya. Ketika itu, matanya sudah berkaca namun orang lain melihatnya sebagai air mata kegembiraan.
Rian menyentuh wajahnya yang pucat tanpa sebarang solekan. Menatap wajahnya sendiri di cermin. Rupa yang biasa dan tidak menarik kecuali lesung pipit yang menghiasi pipi kirinya. Walaupun tiada sebarang jerawat atau parut di wajahnya, tetap juga bukan standard yang dimahukan oleh lelaki yang sudah menggengam tangan tok kadi sebentar tadi.
Bunyi pintu yang ditolak secara kasar buat Rian pantas menyeka hujung mata yang sudah bergenang. Dia menjengah kepala untuk melihat bimbang lelaki itu tahu ‘pintu rahsia’nya ini. Terus dia menolak sliding door yang kelihatan seperti dinding itu sebelum membuka baju nikahnya dan berlalu masuk ke bilik air.
“Aku ingat kau nak tidur bilik ibu papa kau malam ni”
Rian yang baru saja menutup pintu bilik tidur terkejut, tidak menyangka si suami masih belum tidur kerana daripada luar lagi dia melihat bilik itu gelap dicelah bawah pintu. Fikirnya kelesuan dan kebosanan yang tertera di wajah itu sudah cukup mengatakan yang dia tidak mahu mereka ‘bertemu’ lagi sehinggalah ke hari esok. Segalanya serba kekok dan tidak kena.
“Saya…dekat luar sekejap tadi.”Ujar Rian tergagap dengan mata yang meliar kerana suasana bilik yang gelap yang sesekali bercahaya dengan pantulan kilat yang sedang menggila bersama hujan lebat yang membasahi bumi.
“Oh really? Aku ingat kau tengah mengadu dekat keluarga kau. Papa, macam mana ya lepas kahwin ni? Boleh ke Rian terus tinggal kat sini? Papa bagi lagi tak duit tepi kat Rian lepas ni? Papa , boleh tak bagi Rian share sebanyak 25 peratus. Papa, papa,….hahahaha!”
Pecah lagi ketawa itu yang membuatkan Rian sentap. Sedari tadi lelaki itu tidak berhenti melibatkan nama Dato Omar dalam perbualan mereka berdua sedangkan baru beberapa jam mereka bernikah. Sesiapa saja pasti akan terasa jika nama ahli keluarga mereka lancang disebut begitu sedangkan kedua orang tuanya tidak pernah sekalipun menyakiti hatinya kecuali lelaki di hadapannya ini.
Tidak menjawab, Rian menampak kea rah katil sebelum tersedar kedudukan si suami yang baring melentang di tengah katil dengan kedua belah tangan di belakang kepala. Tubuh itu juga sudah tersarung baju tshirt berwarna hitam dan seluar loose berwarna putih. Rambut yang tadinya kemas juga sudah serabai yang sudah Bersiap untuk tidur.
Lelaki itu mendongak dan walaupun dalam kesamaran malam,Rian dapat melihat bibir itu mengukir senyuman yang maha sinis.
“Kenapa? Kau mengharapkan kita akan tidur bersama dan sekatil? Tidur berpelukan dalam kehangatan malam sehingga tak mampu nak bangun pada keesokan hari? Mengharapkan setiap malam aku akan cium dahi kau sambil ucapkan selamat malam? Sorry to say, aku tak berminat. Geli, jijik dan seangkatan waktu dengannya.
Hanya mampu menahan perasaan, Rian menunduk mencapai sebiji bantal yang berada dihujung kaki itu, sepertinya lelaki itu sudah meletakkannya dari awal. Sudah menetapkan di mana dia perlu tidur malam ini dan juga malam seterusnya. Rian menuju ke sofa yang berbentuk L yang sering menjadi tempatnya jika dia membaca buku atau menggunakan komputer riba.
“Mulai hari ni, aku nak kau belajar hidup susah macam aku. Ni pun kira kau patut bersyukur aku ni ada perikemausiaan sikit, bagi kau bantal Bagai, bagi tempat kau nak tidur supaya tak sakit-sakit badan. Sebab aku taknak lah malam ni kau pergi merangkak masuk ke bilik tidur keluarga kau, kan? Ikutkan aku nak je suruh kau tidur atas lantai ni…eh silap, lantai bilik air kau yang dah macam suite esklusif mewah hotel sepuluh bintang! Kau tak pernah lagi kan tidur dalam tu? Kalau nak kau boleh cuba malam ini, untuk kau lupakan segala fantasi kau tentang malam pertama….”
Wajah Rian sedikit panas mendengarkan itu. Tidak menjawab, kaki dibawa melangkah ke sofa yang terletak di hujung sudut sebelum lengannya direntap sehingga tubuhnya terpaling.
“Eh, aku cakap dengan kau lah! Kau pekak ke apa??!”Tempik lelaki itu dengan pergelangan Rian digoncang kuat kerana geram dengan sikap gadis itu. Sebelum ini, elok saja mulut itu petah bercakap, bersuara seperti orang normal. Tiba hari yang dinantikan gadis itu, kenapa mulut Rian bagaikan orang bisu?
“Argh, abang sakit!”
“Kau panggil aku apa?Abang? Oh, tolonglah…aku geli dan aku jijik! Sini aku nak bagi kau amaran yang pertama. Jangan panggil aku dengan segala panggilan terhormat, itu tak perlu . Kau tahu sebab apa? Sebab tak lama lagi aku akan berada di tempat paling atas sekali..daripada kau.”
“Ya, seperti yang dijanjikan….”Ujar Rian sambil cuba melepaskan tangannya daripada genggaman suaminya. Walaupun sakit, tetapi tidak berjaya mengatasi luka di hatinya.
Lelaki itu berdecak sinis. Semakin kuat dia memegang kuat tangan Rian yang di angkat tinggi seolah-olah berjanji. “Ya, Rian Adelia..seperti yang dijanjikan. Kau pun tak suka janji tak ditepati, bukan? Begitu juga aku! Seperti mana yang dah termaktub dalam perjanjian di antara aku dan Dato
Omar mestilah dipatuhi dan jika tidak, kau yang akan tanggung akibatnya. Aha! Yang ini tak termasuk dalam perjanjian tapi aku aku boleh wujudkan hanya di antara kita berdua atas tiket….”
Si dia menghentikan kata, tubuh sengaja didekatkan ke tubuh Rian yang mula tidak selesa. Matanya terpejam sejenak saat deria baunya menghidu haruman yang keluar dari tubuh gadis itu. Walau dia tidak dapat melihat dek suasana yang masih gelap, dia ketawa kerana dapat menghidu ketakutan Rian terhadapnya.
“Hmm…kau dah siapkan diri kau nampaknya untuk malam ni? Tapi entah lah..i’ve high standard and you’re not even close, not even in my list. So, please just forget it and sleep foreber. Did I make myself clear, hmm?”
Satu tepukan di pipinya buat mata Rian terpejam rapat. Kedua belah tangannya menggigil, mahu saja dia menjerit melepaskan segala amukan perasaan yang hadir pada ketika ini.
Terasa sesuatu yang basah di jarinya buat si suami pelik. Dia terus menekan suis lampu berwarna kuning di tepi katil. “Kenapa kau….”Katanya terhenti sebaik melihat keadaan Rian. Dipandang gadis itu dari atas ke bawah dengan pandangan mata tidak berkelip. Dia cuba berkalih namun akalnya melarang tetap juga merenung tubuh itu.
“Tadi…saya kat luar sekejap. Hujan…err, saya..saya faham. Maaf, saya nak tidur dulu.”Balas Rian tergagap dan perlahan kerana tidak mahu memanaskan lagi bahang yang sudah terasa daripada tadi. Tubuhnya juga sudah menggigil kesejukan kerana ‘berjemur’ di dalam hujan. Otak dan hatinya juga letih untuk terus mendengar hinaan demi hinaan yang keluar daripada mulut suaminya sendiri. Dia mahu tidur dan bila dia bangun pada hari esok, dia mengharapkan segala yang berlaku pada hari ini cumalah mimpi! Ya, mimpi.
Lelaki itu meneguk liur beberapa kali tanpa sedar. Sekali lagi mataya merenung Rian daripada rambutnya yang basah sehingga ke kakinya yang putih bersih. Tubuhnya yang diselaputi baju satin berwarna putih susu itu kelihatan sudah melekap di badan kerana basah. Jelas kelihatan lekuk tubuh isterinya yang pertama kali dia melihatnya. Dia tahu salah satu tabiat pelik Rian adalah berendam di dalam hujan. Walau pun pelik, tetapi malam ini mungkin sangkaannya berubah tatkala pandangannya terpaku di situ. Melihat Rian seboleh-boleh meleraikan genggamannya, dia semakin mendekatkan tubuh mereka walaupun bukan itu yang dia mahukan namun perasaanya berkeras mahukannya.
“Awak…awak…saya, saya nak tidur. Saya penat”Ujar Rian tidak keruan apabila lelaki itu merenungnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Rian bimbang, menggeleng berulang kali.
“Belum apa-apa kau dah penat?”Jari – jemari kasar itu naik menyelusuri rambut Rian yang basah, jatuh ke dahi, pipi sebelum Rian memalingkan wajahnya yang membuatkan si suami tergelak sinis. Dia menarik lagi pergelangan tangan Rian sehingga wajah itu tersembam ke dadanya membuatkan jantungnya berdegup kencang saat hidungnya mencium rambut Rian. Berombak ganas dadanya menahan gelora yang bukan sedikit.
“Wangi…”
Berderau darah Rian mendengarnya membuatkan tubuhnya semakin menggigil kuat. Air mata sudah kembali bertakung. Apatah lagi apabila tangan kasar itu menbuka cermin mata miliknya. Mahu saja dia menjerit tetapi apa yang dia mahu jawab kepada kedua orang tuanya? Sekali dia nekad mahu meneruskan perkahwinan ini, Rian sedar akibat yang perlu ditanggungnya.
Gagal mengawal diri, lelaki itu terus menolak tubuh Rian ke katil lalu menindih isterinya apabila melihat Rian cuba melepaskan diri. Terus kedua belah tangan halus itu digenggam dan dilekapkan ke atas tilam dengan perasaan yang tercabar dengan penolakan itu. Wajah Rian yang sudah basah dek air mata ditatap tanpa perasaan kerana ada satu perasaan lain yang sedang membara ketika ini.
“Awak tolonglah…lepaskan saya! Tadi…tadi awak cakap…”Rian sudah menangis teresak-esak, menggeleng tidak mahu kerana lelaki itu sudah terang-terangan tidak mahu menyentuhnya. Jijik, geli !
“Shhhh, shh diam! Kau nak satu rumah ni dengar suara kau? Aku ingat kau faham apa yang aku maksudkan tadi. Apa-apa yang terjadi, kau yang harus terima hukumannya. Faham? So, it’s start now…”Bisik lelaki itu dengan nafas yang mula tidak teratur kerana gagal mengawal perasaan yang sudah menggelegak di seluruh tubuhnya. Mata meliar merenung setiap inci wajah Rian sehinggalah ke leher jinjang yang putih itu. Mutiara jernih yang mengalir di kelopak mata disapu dengan jari telunjuknya. Mungkin Rian cuba meraih simpatinya namun sayang, perasaan yang satu ini sudah berleluasa yang membuatkan matanya menjadi gelap. Meneguk liur, terus disembamkan wajahnya di leher Rian dengan nafsu yang menggunung .
Rian berpaling bersama air mata yang mengalir deras. Dia…pasrah….
Assalamualaikum, hai...I'm back! For good maybe, insyaallah, hehe. Taruhan cinta kita ni...struggle nak buat next novel sebab ikutkan nak cuti lama...lama sangat nak rehatkan diri dari dunia penulisan. Ikutkan hati, tak ada novel lain dah sebab tergantung juga novel ni dari tahun lepas lagi tapi HZ cuba juga teruskan. TCK ni taruhan juga bagi HZ sebab buat dalam keadaan tak berapa stabil hahaha. And that's why cerita ni pendek ya, mungkin tak panjang macam novel2 HZ sebelum ni. Hanya kisah yang geli-geli, ringan dan klise... Jadi, terimalah.......
Share this novel