BAB 1
“How much do love me?” Ceria suaranya bertanya ke pada lelaki yang sedang memandu kereta itu. Suka melihat lelaki itu memandu menggunakan sebelah tangan, lengan baju yang disinsing sehingga ke siku menampakkan urat yang timbul di tangan kasar itu. Menunjukkan maskulin dan keseksian seorang lelaki di mata seorang gadis.
Lelaki itu menoleh seraya tersenyum.
“Sayang, kan I dah cakap banyak kali. Masih tak percaya lagi?”
Rian ketawa mengekek. “Rian tahu tapi tak puas lah dengar. Rasa nak dengar Bie cakap setiap saat. Barulah…”
“Baru percaya?” Terangkat kening si jejaka.
“Baru rasa original”
“You know...people used to say actions speak louder than words?”
“Indeed, but…”
Rizal mendesis, menarik nafas panjang
“Tapi lagi…”
Terus meletus ketawa Rian dibuatnya. “But…but,I would love to hear those words coming out from your mouth…for every seconds. Bila dengar tu, rasa macam bagi semangat nak mulakan hari esok.”
“Habis hari ni tak semangat?”
“Habis tak sebut lagi, macam mana nak rasa semangat? Cepatlah, sebelum sampai office. Kejap lagi ada meeting lagi mesti otak tepu”
Mendengarkan itu, laju tangan Rizal menarik hidung mancung gadis itu yang ketawa Cuma.
“I love you, Rian. Of course I do”
Lafaz itu, lembutnya nada suara itu, tatapannya cukup membuatkan hati Rian jatuh luruh dan memenuhi segenap ruang hidupnya yang hanya memancarkan bahagia. Sempat mereka berdua berbalas senyuman sebelum Rizal memecut laju.
“Lebar kau senyum hari ni. Sikit lagi dah macam Pennywise tukar kerja jadi influencer social media yang berjaya.”Tak memberi salam, tersedak Rian yang sedang minum air kopi yang dibelinya tadi semasa keluar makan tengahari.
“Kau sedar kan lelaki disebalik takbir tu siapa? Bill Skarsgard. One of the prettiest man alive. Oh, bukan dia seorang tapi adik beradik dia orang sangat famous tau.”
“Pandai lah kau. Sesuka hati kau je buat anugerah pencalonan sendiri. Dia tu lelaki, bukan perempuan sampai kau nampak dia cantik.”Bidas Aqila sebelum melabuhkan punggung di tempat kerjanya yang berhadapan dengan kawannya itu.
Dia ketawa puas melihat Rian terkial-kial mengelap percikan kopi yang tersembur keluar daripada mulutnya. Dalam keadaan kelam kabut begitu, tangannya terlanggar pula cawan kopi panas yang masih bersisa itu yang menyebabkan mejanya habis basah. Mujur juga segala kertas kerja atau file tiada di situ. Komputer juga cepat-cepat dicabut wayarnya dan diangkat jauh.
Rian terjerit. Mujur juga kesemua staf masih belum pulang waktu rehat kecuali dia dan Aqila di Unit Sumber Manusia ini.“Ya Allah! Habis kerja aku , tak sempat save tadi!”
“Dasar cuai!” Aqila menggeleng sambil menolong Rian membersihkan sisa tumpahan air itu.
“Yalah aku sedar aku ni macam mana.”
“Macam apa? Noob?”
“Noob yang ada lesung pipit macam aku ni kira okay lagi lah…”Rian tersengih sehingga menampakkan lesung pipitnya yang dalam di bahagian kira.
“Kau tahu tak lesung pipit tu sebenarnya cacat?”
Terus Rian mendengus bengang. Aqila memang dari dulu begitu, suka mengejek anugerah terindah yang dimilikinya. “Dah 28 tahun kau cemburu dengan aku. Tak tenang ke umur kau nanti bila dah cecah 30?”
“Lesung pipit tu satu kecacatan fizikal disebabkan otot wajah, Zygomaticus Major yang terbelah dua. Tu yang jadinya otot tu lebih pendek dari orang normal”
“And who are they to say that?”
“Pak Google bin chrome. Everything now in your fingertips.”
“Tak tahu pula kau boleh browsing untuk cipta tagline baru. Ada beli saham ke? Anyway, cacat atau tak, ia tetap kecacatan kekal abadi yang cantik, yang buat Rizal pandang aku seorang je macam aku ni gula-gula H.A.C.K.S”Ujar Rian sambil mengangkat tinggi bingkai gambar yang diambil daripada laci meja apabila air sudah meleleh disitu. Pantas beberapa tisu basah di sapu di bingkai gambar itu.
Senyum terukir melihat gambar mereka berdua ketika menyambut hari kelahiran Rizal yang tua lima tahun darinya. Sedar tidak sedar, hampir tiga tahun usia hubunga mereka.
“Hanya aku cinta kau seorang”Sambung Rian lagi dengan mata terpejam walhal baru saja dia keluar makan bersama Rizal tadi. Baru beberapa minit, hati sudah disapa rindu. Ah, gila benar ini cinta! Berbunga seperti kuntuman bunga ros yang mekar cantik.
Aqila memutar bola matanya ke atas. “ Oh gelilah…cuba kau terbalikkan. S.K.C.A.H…”
“Maksud kau?”
Aqila tersengih sebelum melabuhkan punggung dimeja Rian. “Sekali kau curang aku ‘hak tuihh! Hahahaha!!!”
Mendengarkan itu Rian mengecilkan anak matanya, tidak puas hati. Semakin bengang dia dibuatnya apabila melibatkan nama teman lelakinya. “He won’t dare to cheat on me”
“Yeah of course…that’s why he keep it secret. I mean…about you two”Suara Aqila yang berubah membuatkan Rian menarik nafas panjang.
Sejujurnya, bukan kali pertama rakannya itu mempersoalkan hal yang sama. Dari hari pertama dia menjalinkan hubungan dengan Rizal sejak dulu lagi. Untuk tahun pertama, dia boleh terima lagi alasan yang diberikan oleh Rian.
TIGA TAHUN YANG LEPAS…
Dia dan Rizal berjumpa dalam satu kejadian yang tidak diingini. Tiada sesiapa pun yang inginkan kejadian itu berlaku sebenarnya. Selama ini dia Cuma melihat kereta tersadai di tengah – tengah jalan raya yang menyebabkan kesesakan disitu.
“Dalam banyak-banyak hari, kenapa hari bekerja juga kau nak buat hal? Dan lagi satu, kenapa mesti di traffic light??!”
Itu balik-balik dia komen jika melihat kesesakan berlaku disebabkan kereta yang rosak menganggu laluan. Paling dia tidak suka, kerosakan itu mesti berlaku sewaktu di lampu isyarat.
Nah, karma dah memanggil. Kena pula dia diwaktu pagi sedang dia perlu pergi awal kerana ada mesyuarat pagi itu. Dalam keadaan sibuk dia menelefon pemandu peribadi Dato Omar, sempat lagi dia menangis ketika mendengar bebelan Datin Aida.
“Itu lah tahu pakai je, tak tahu tengok minyak dah nak habis ke, suhu kereta, air wiper ada ke tak ada….”
‘Air wiper?’
Ada kena mengena atau tidak, Rian hanya mampu mencebik. Sudahlah dia mudah panik dan tidak tahu harus berbuat apa, ditambah lagi dengan omelan mamanya itu. Rian menyandarkan dahinya ke stereng sambil menekup kedua belah telinganya mendengar hiruk pikuk di luar yang bising dan juga hon yang silih berganti. Walaupun bukan salahnya, tetap di kira salahnya juga. Bukan dia tahu bila keretanya akan rosak pada waktu kritikal seperti ini.
Dia hanya mampu meratap nasib sendirian dengan memuat naik status di media sosial atau sekurang-kurangnya kawan sama tempat kerja akan membacanya dan tahu dia bukan sengaja masuk lewat.
Mengharapkan jika ada rakan medsoc nya yang baca dan kebetulan ada lalu disitu. Ah, sungguh mengarut!
Sedang asyik bermain telefon, bumbung keretanya diketuk sehingga bahu Rian terangkat kerana terkejut. Terkebil-kebil dia melihat seorang lelaki mengarahkan dia menurunkan tingkap. Sesekali tangan itu naik mengusap rambut yang basah kerana hujan yang mula menitik.
‘Mesyuarat, kereta rosak, lambat, menangis, hujan rahmat dan lelaki yang tampan..nikmat apa lagi yang kau dustakan , Rian Adelia?’ Hati kecilnya berbisik kerana tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Dia tidak pernah melihat lelaki yang punya raut wajah kacak seperti ini. Rambut yang hitam berkilat, tinggi, berkulit cerah Bersama jambang halus yang menghiasi wajah itu.
“Cik , pengsan dengan mata terbuka ke tu? Dengar tak??!”Kali ini lelaki itu menjerit sambil mengetuk kuat pintu kereta Rian berulang kali apabila melihat gadis itu tidak memberi sebarang respon. Hanya merenungnya dengan tatapan kosong tanpa berkelip. Sempat juga dia menggoncangkan kereta tersebut mahu menyedarkan gadis itu.
“Dan lepas tu…...”
“Ya, ya…tu lah tarikh keramat kau kenal dengan Rizal tu. Ya, Rian..aku faham dan aku dah hafal skrip dan jalan cerita kau tu. Pokok pangkalnya sekarang, kau dengan dia dah nak dekat setahun dah tapi sikit pun dia tak jumpa papa mama kau?”
Senyuman Rian sekali lagi pudar apabila Aqila memetik jarinya cuba buat dia berpijak ke bumi yang nyata. Pertemuan pertama juga reality, bukan fantasi tapi Aqila sering kali mengejeknya. Cemburu lah tu!
“Tapi aku ada beritahu tentang Rizal. Kau tahu, staf sini pun tahu. Dekat medsoc pun ada”
“Yalah, tapi dia suruh cover muka dia dengan emoji. Kalau aku lah, aku letak je emoji tahi tu kat muka dia! Bukan satu, berketul-ketul pun aku sanggup letak!”Cemuh Aqila masih tidak puas hati.
“Qila, please…mungkin Rizal yang tak sedia lagi tapi dia cakap dia serius dengan hubungan kami. Kalau tak, boleh je dia putus dengan aku kalau dia tak suka.Aku pun dah beritahu dekat keluarga aku pasal kami .”
Mendengar Aqila menarik nafas panjang, Rian pantas menepuk tangan kawannya itu, tanda tidak mahu mendengar lagi ulasan Panjang lebar Aqila.
“Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik. Yang penting kau yang jadi bridesmaid aku nanti. Aku dah plih dah warna tema untuk majlis kami nanti…tengok ni, cantik kan?”
Rian menunjukkan beberapa gambar baju kahwin di telefonnya, mahu menarik perhatian Aqila yang sangat maju ke depan tentang hal fesyen ini berbanding dia yang lebih gemar jalan ke belakang. Aqila yang sudah berkilau matanya melihat itu terus menukar topik perbualan mereka.
“Bie…”
“Hmm…?”Rizal menggumam sambil menikmati burger yang dimasak oleh Rian sambil menikmati pemandangan cantik di depan mata. Kabus yang ada walaupun menganggu penglihatan tetapi sangat cantik , sejuk dan nyaman.
“Do you love me?”Kali ini, Rian bertanya tanpa senyuman. Burger daging miliknya masih tidak diusik. Garfu ditangan kanannya di cucuk berulang kali di roti tersebut sehingga berlubang-lubang permukaan roti itu.
Rizal jeda sejenak.Suapannya turut terhenti. Wajah Rian yang kelihatan sugul dipandang. Dia pantas meletakkan makanannya ke dalam bekas yang dibawa Rian.
“Rian…Tadi kan baru je kita cakap pasal hal ni?”
“Hal? Ni tentang apa yang Bie rasa tentang hubungan kita., Rian nak tahu. Setakat satu ayat je takkan pernah cukup. Dulu masa Rian belajar, kena bagi dua ayat lengkap kalau nak dapat markah penuh. Satu poin penting, satu lagi contoh”
“Yalah , I tahu tapi kan baru je tadi kita jumpa. You tanya I perkara yang sama,lepas tu tanya lagi?”
Sedikit keras nada suara Rizal buat Rian tersentap. Terus dia menunduk membiarkan kedua belah jarinya bermain sesama sendiri. Tidak pernah dia mendengar nada seperti itu sepanjang mereka berkenalan. Adakah dia yang terlalu berlebihan memikirkan hubungan mereka sehingga membuat Rizal rimas?
Rizal yang melihat wajah kesayangannya berubah riak, terus mengeluh perlahan. Bahu Rian diraih lembut. “Okay look, Sayang…I’m sorry. It just…I tak tahu sama ada I atau you yang lain malam ni.”
Laju Rian menoleh. “Lain?”
“You nampak cantik malam ni. Sangat…”
Lambat laun senyuman Rian terukir jua. Terasa sejuk dengan pujian indah itu. Lupa terus dia dibuatnya dengan sikap lelaki itu tadi. Bimbang juga Rian jika Rizal rimas dengannya walaupun reaksi dan gerak bahasa tubuh itu tidak menganggapnya begitu.
“Kan cantik kalau senyum. Sekarang, cuba beritahu I apa yang buat fikiran you terganggu? You seem lost”
Rian tidak terus menjawab sebaliknya dia melemparkan pemandangan yang dia dapat lihat dari atas bukit sebelum menarik nafas panjang. “Sampai bila?”
Dahi Rizal kembali berlapis tidak mengerti. “Sampai bila?”
“Ya, sampai bila kita nak macam ni? Kita kenal dah dekat tiga tahun,tapi Bie tak pernah pun cakap nak jumpa keluarga Rian. Papa mama pun ada juga tanya pasal kita, kata Rian tak pernah pun nak bawa Bie jumpa dia orang. Kenal dah lama tapi tunjuk batang hidung pun tak pernah. Mama tanam nanas pun sampai dah berbuah dah”
Suara Rian cuba menyampaikan niatnya walhal hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 10-14 bulan untuk buah nanas matang dan boleh dimakan.
“Rian…i bukan tak nak, jujur I nak sangat tapi I segan. Segan nak jumpa dengan keluarga you yang bukan biasa-biasa. I ni anak yatim piatu, kerja pun sebagai penyelia projek aja. Gaji pun ciput, ini kan pula nak bagi anak dara orang makan. Nak bagi makan apa? Makan guna niat,boleh kenyang ke?”
Rian mencebik. “Suruh kerja dengan papa tak nak. Rian memang tak boleh janjikan tempat yang Bie boleh dapat dekat syarikat papa tu tapi Bie banyak pengalaman dekat Viewland Group tu. Lagipun, kalau kita satu tempat kerja…boleh lah hari-hari jumpa, tak payah nak sembunyi-sembunyi macam ni,”
Rizal tergelak bila mendengar ayat terakhir kekasihnya itu. “So, the main point is…sebab nak jumpa setiap hari, setiap masa?”
“Nah, that’s obviously the second main point in this conversation. Full stop!”
Tercengang-cengang Rizal dibuatnya. Terus mati ketawanya.
“Poin yang pertama, nak jumpa pun kena cari tempat yang jauh-jauh lepas tu tersorok ,kat IG ke FB pun Bie tak bagi Rian upload. Nak upload pun kena tutup muka bagai macam suci. Nak kata dah kahwin,belum. Nak kata penyangak pun, muka macam iras-iras Raju..entah-entah, ejen perisik Rusia tak?”Ujar Rian mengecilkan anak matanya. Sempat dia membandingkan Rizal dengan Raju yang merupakan pengawal keselamatan di Majestic Holdings.
Ah,Waktu awal-awal bercinta dulu, dia begitu berbangga mahu menayangkan wajah kekasih gelapnya.
Jika sebelum ini dia jarang nak berasa curiga tetapi perbualannya bersama Aqila tadi membuatkan fikirannya sedikit sebanyak terganggu walhal sudah banyak kali kawannya mengatakan hal yang sama. Siapa yang boleh hidup tenang jika banyak kali diasak begitu?
“Mungkin Korea Utara jugak. “
“Rizal!”Bahu Rizal ditepuk kuat namun lelaki itu Cuma ketawa. Tahu betapa marahnya Rian jika sudah memanggil Namanya. Hilang sudah panggilan manjanya itu.
“Rian…just go with the flow. I tak nak kita terburu-buru. Yes, I ada niat nak kahwin tapi macam yang I cakap, bila I bersedia..i akan jumpa papa dan mama you Cuma I tak suka dipaksa. You pun faham kan?”
Melihat air muka Rizal yang mula berubah, buat hati Rian diterpa perasaan bersalah. Sudah lah lelaki itu membawanya keluar jauh ke sini, dia pula spoilkan mood Rizal. Diambil Kembali makanannya dan menyuakannya kea rah Rizal.
“Look, I’m sorry. Lupakan je apa I cakap tadi. Nah, makan sekarang”Disuap burger itu ke dalam mulut Rizal yang sudah ketawa sambil menggelengkan kepala. Mujur mood lelaki itu sudah dia fahami.
“Boleh gemuk lah I macam ni, asyik makan je. Nasib masak sedap”
“Eh, mestilah. Kan kita makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan”
“Yalah,sayang…”Rizal mengalah sebelum ibu jarinya mengelap sisa makanan di tepi bibir Rian yang tersimpul malu. Walau Rizal adakalanya dingin tetapi tingkah kecil lelaki tetap saja menyentuh hati wanitanya yang lembut. Mereka kemudian saling berbicara sambil menikmati pemandangan malam yang aman dan tenang tanpa sebarang gangguan.
Assalamualaikum , hai...ni bab 1 ya...kalau setakat prolog takkan cukup. hihi maaf di atas segala kekurangan...
Share this novel