BAB 8

Other Completed 11043

Beberapa tahun kemudian...

Aku memerhatikan anak-anakku yang ralit membelek novel-novel yang baru sampai ke rumah kami. Berpuluh buah novel yang dihantar oleh syarikat penerbitan untuk aku kirim kepada pembelinya. Aku tak sangka dalam usia 40-an aku masih mampu mengapai impianku untuk bergelar seorang penulis. Tiga buah novelku sudah berada di pasaran dan aku sudah ada pembaca setia terutamanya anak-anakku sendiri yang menjadikan aku sebagai idola. Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah. Aku sendiri tak pernah menduga, aku mampu berjaya hingga ke tahap ini. Semuanya demi anak-anak. Demi membesarkan mereka, aku bangun dan belajar untuk menjadi seorang ibu yang kuat menempuh gelombang hidup.

Ya, kejayaan takkan datang bergolek. Kerana anak-anak, aku berjaya juga menyiapkan beberapa buah novel walaupun sukar untuk menyiapkannya. Walaupun aku tak yakin pada awalnya, tapi aku tak mahu berputus asa. Aku kuatkan semangat, lebih-lebih lagi Airina anak sulungku selalu memberikan aku galakkan untuk terus menulis.

Persaingan terlalu banyak hari ini. Terlalu banyak novel-novel di pasaran dalam perbagai genre. Genre seram semakin digilai dan mendapat sambutan hangat. Kisah cinta pula masih diminati walau ada yang berkata sudah bosan membaca cerita cinta yang menjijikkan. Lain orang, lain pendapatnya. Lain penulis, lain genre kegemarannya. Aku pula teringin nak mencuba semua genre. Aku tahu, aku tak mahir, tapi kalau tak mencuba, aku takkantahu aku mampu ataupun tidak.

Novel pertama aku bertajuk Aku Takkan Tergoda, memang kurang mendapat sambutan, lebih-lebih lagi nama aku belum dikenali ramai. Sebuah novel yang mengisahkan hidup berkeluarga dan pahit jerih ibu tunggal seperti aku diselitkan dalam novel pertama ini. Novel kedua pula bertajuk Airina. Aku pinjam nama anak sulungku sebagai watak utama dalam novel ini. Aku menulis kisah benar bercampur imaginasi. Semua kisah benar Airina dan kawan-kawannnya aku selitkan di dalam novel ini. Anak-anak lelaki aku juga menjadi mangsa ditemuduga olehku. Watak-watak lelaki pula aku pinjam watak teman-teman anak-anak lelakiku.

Novel ketiga adalah novel seram dan bermisteri. Tajuk novel ketiga Siapa Yang Rasuk Anakku? Kisahnya menyayat hati walaupun menyeramkan. Kisah seorang gadis sunti yang dirasuk oleh sesuatu dari zaman lampau. Dia akan menyanyi di tengah malam dengan lagu-lagu 50-an. Wajah gadis itu semakin lama semakin berubah menjadi wajah yang menyeramkan. Akhirnya gadis itu ditemui mati di dalam ladang kelapa sawit dengan keadaan mengerikan. Kalau nak tahu kisah selanjutnya, dapatkannya di pasaran ya. Oppss...

‘’Mama..novel ni Azim tak berani nak bacalah mama. Apa jadi selepas perempuan tu mati mama?’’ soalan Azim mengejutkan lamunanku. Berjeda aku seketika cuba mengimbas kembali apa yang ditanya.

‘’Jawapan ada dalam novel tu. Kalau nak tahu jawapannya, bacalah sampai habis. Jangan langkau walau sehelai pun, kalau tak, Azim akan blurr sebab tak faham.’’ Aku memberi jawapan yang paling mudah untuk Azim. Aku sempat melihat gelengannnya dan dia meletak semula novel itu di atas meja sofa.

‘’Malaslah nak baca. Mama ni, tulislah cerita aksi ke, siri penyiasatan ke. Ini cerita hantu..’’ aku ketawa saja mendengar omelan Azim. Bukan senang sayang nak menulis sebuah novel. Kena banyak buat reseach dan membaca juga cerita-cerita orang lain. Zaman sekarang ni orang suka buat kerja mudah. Ciplak novel orang dan jual. Bila dah tertangkap menciplak dan nak dikenakan saman, baru tau langit tu tinggi ke rendah. Barulah nak angkat sumpah bagai.

‘’Mama..tadikan Min terbaca tanpa sengaja manuskrip mama dalam folder mama. Tajuk novel mama tu kisah anak-anak kembar ke? Mama tulis kisah Min dengan Azim ke mama? Macam nak sama jer..’’ kali ini aku mencebik pula mendengar pertanyaan Azmin. Semua anak-anakku sudah memandang ke arahku. Masing-masing menunggu jawapanku. Aku tersenyum melihat gelagat mereka.

‘’Tak ada maknanya mama nak tulis cerita Min dengan Azim. Bukannya best pun. Siapa yang nak beli novel mama nanti?’’ mendengar jawapan yang aku beri, semua anak-anakku sudah ketawa terutama Azman dan Azrin. Manakala Azmin dan Azim tersenyum dengan wajah selamba mereka.

‘’Rina ada kawan kembar seiras, kalau mama nak, Rina boleh ceritakan kisah mereka.’’ Airina mula menawarkan bantuan yang tak ku pinta. Aku tersenyum lagi. Dua puluh tahun membesarkan Azmin dan Azim, aku sudah banyak pengalaman untuk menceritakan kisah anak-anak kembar ini.

‘’Tak apa, kali ini mama nak cuba menulis cerita gila-gila sikit. Rina dengan Azrul macam mana? Dah siap ke beli semua kelengkapan. Majlis akad nikah minggu depan sajakan? Sibuk pula dia dengan novel mama, kenapa?’’ aku mengubah topik perbualan kami. Teringat pula dengan majlis pernikahan Airina yang akan berlangsung minggu hadapan, terus aku ajukan soalan.

‘’Don’t worry, be happy. Mama jangan bimbang, semuanya bisa diatur. In Sha Allah mama, doakan semuanya berjalan dengan lancar. Dengan doa dan restu mama, segalanya akan berjalan dengan mudah. Aamiin.’’ Mudah saja jawapan yang Airina beri. Aku turut mengaminkan apa yang Airina kata. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Aku turut berkata di dalam hati kerana itulah harapan aku buat Airina dan bakal suaminya.

Hidup ini sarat dengan godaan yang datang dari setiap penjuru, menghempas kita bila-bila masa dari kanan dan kiri depan juga belakang. Suara-suara bisikian halus penuh kejahatan takkan pernah berputus asa menyesatkan kita.
Hari ini aku berjaya juga mengatasi semua dugaan kerana aku mempunyai anak-anak untuk menguatkan semangatku. Bahagia mereka, bahagialah aku. Derita mereka, deritalah aku. Sebagai ibu, aku hanya berharap mereka menjadi hamba yang sentiasa akur dengan perintah Allah dan meninggalkan laranganNYA. Aku harap Tuhan hembuskanlah kekuatan imanku agar dapat aku menjalankan tanggungjawab di dunia ini sebagai bekalan di akhirat dengan sebaik-baiknya.

Demi Allah, aku tidak mengharapkan anak-anak yang mempunyai rupa paras menawan dan kaya raya di dunia cukup dihantarkan zuriat yang soleh dan solehah, yang beriman dan bertaqwa. Tiada yang sempurna di dunia ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience