BAB 2

Other Completed 11043

Manusia ini memang pelik dan hodoh perangai. Selepas habis eddah aku nekad untuk keluar bekerja, tapi baru mula keluar rumah dan keluar untuk melihat jawatan kosong, nama aku mula disebut dari bibir ke bibir. Kononnya, aku sedang mencari calon untuk digoda dan dijadikan suami terbaru. Mereka ingat aku kemaruk sangat nak berlaki ke? Teruk sangat ke perempuan yang kehilangan suami macam aku ni?

Kenapa manusia suka sangat menilai orang lain dengan perasaan, bukannya dengan akal fikiran? Balu seperti aku pun manusia biasa juga. Walaupun usia aku baru mencecah 40 tahun, bagi aku umur aku sudah cukup tua untuk mencari suami baru. Aku akan tetap setia dengan Azmeer biar apa pun yang akan terjadi. Nama Azmeer akan tetap di hatiku walaupun aku akan hidup berpuluh tahun lagi. Biarlah Azmeer menjadi cinta pertama dan cinta terakhirku. Aku sudah ada permata hati peninggalan Azmeer untukku. Cukuplah lima orang cahayamata perkongsian hidup aku bersama Azmeer menghiasi hari-hari tuaku.

‘’Mama..kemarinkan, Rina ada dengar desas-desus, bos kat tempat kerja Rina, nak cari pembantu rumah. Kerja tak berat sangat mama, cuma mengemas dan memasak saja. Mama kata nak cari kerjakan? Mama nak cuba tak? Kalau mama tak kuat, mama boleh berhenti ataupun mama boleh buat kerja online. Berniaga online ke, sekarang ni ramai yang berjaya berniaga online ni mama..’’ Airina datang ke bilikku dengan pakaian kemas untuk ke pejabat. Airina pun baru setahun bekerja sebagai PA kepada majikan perempuannya.

‘’Hmm..kalau mama nak buat dua-dua kerja tu boleh? Sambil menjadi pembantu rumah, boleh juga mama berniaga online. Tapi, nak berniaga apa ya?’’ aku membalas pertanyaan Airina dengan nada bersahaja. Minda juga sedang berjalan mencari ilham. Aku memang tak mahir berniaga, tapi anak-anakku selalu juga order barang online setiap kali mereka memerlukan sesuatu. Airina pun selalu order novel online. Setiap bulan hampir sepuluh buah novel sampai ke rumah kami. Bagi aku, kalau Airina suka membaca, aku tak boleh nak kata apa. Lagi pun, Airina guna duit hasil titik peluhnya sendiri. Cuma Azman dan Azrin selalu merungut dengan aku bila ditipu dengan peniaga online yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

‘’Macam-macam barang boleh dijual mama. Nantilah Rina tolong mama, Rina kena buat research dulu barang apa yang ramai orang minat untuk order secara online. Kalau mama ada bakat menulis, bolehlah Rina tolong mama jual novel mama tu nanti.’’ Airina menyudahkan kata-katanya sambil ketawa. Aku sudah tersenyum lucu. Menjadi penulis? Itu juga sebahagian dari impian aku di zaman persekolahan dulu. Tapi, bolehkah aku menjadi penulis dengan umur aku sekarang ni? Belajar pun tak habis.

‘’Nak jadi penulis, Rina kenalah ajar mama guna komputer dulu. Mama ni nak menaip pun tak pandai, inikan pula nak menjadi penulis.’’ Aku berkata tenang. Hidup aku selepas kahwin hanya menguruskan suami dan anak-anak. Tiada masa langsung untuk belajar hal lain, apatah lagi nak mengadap skrin komputer. Dalam rumah ni hanya ada laptop milik Airina dan Azman. Azrin, Azmin dan Azim selalu ke CC bila nak mengunakan komputer atau mereka akan pinjam laptop Airina atau laptop Azman bila terdesak. Hidup memang harus berkongsi. Nak beli laptop seorang satu, memang kami tak mampuketika ini.

‘’Yalah, nanti Rina ajar mama guna komputer, sebab kalau mama nak kerja secara online memang kena mahir guna komputer. Nanti bila dah ada barang yang mama nak jual. Rina tolong mama buka blog dan laman sosial. Rina nak pergi kerja dulu. Mama jangan banyak fikir sangat, mama jaga kesihatan ya. Take care tau, nanti Rina balik kerja kita bincang lagi.’’ Airina berkata lagi sambil mencium pipiku dan menyalami aku. Sejuk hatiku ada anak seperti Airina. Dia seorang anak yang perihatin dan kakak yang penyayang macam arwah Azmeer. Airina memang banyak mengikut Azmeer terutama dari segi watak dan rupa.

‘’Rina pun jaga diri, jaga maruah dan jadi pekerja yang baik, amanah dan jujur. Ingat Allah selalu.’’ Sempat aku berpesan kepada Airina sebelum dia menghilang dari bilikku. Airina sempat mengangguk sebelum berlalu meninggalkan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience