Bab 3

Romance Series 695

"Saya, cikgu."

"Ha. Mari sini sign ni cepat."

Cikgu Suraya meletakkan surat yang hendak di tanda tangan itu diatas meja. Terbeliak biji mata semua pelajar yang melihat gadis itu.

Gadis ke? Tomboy semacam je tengok. Pakai baju dengan jaket kulit hitam. Seluar pun kulit hitam jugak. Nasib pakai tudung tapi ditutupi oleh topi. Yang ni colour merah.
"Eh, Aish nampak lain kan"

"Yela, dia kan dah kurus tubuh dia pun makin cantik la. "

"Kat mana la dia buat tubuh 'auummm' macam tu, eh?"

"Dia buat plastic surgery la tu."

Semua pelajar berbisik-bisik sesama mereka. Ah, membawang lerr... Takkan la you all tak tau.
"Ha, nak bising lagi ke?!"

Cikgu Suraya berkata. Dia mencekak pinggang sambil memegang 'senjata' yang paling digeruni oleh semua orang itu. Jadi, bila dah dengar yang paling digeruni itu bersuara sambil memegang 'senjata'nya itu semua pun diam.

"Okay. Dah semua duduk buat hal masing-masing. Nanti Cikgu Erni bagitau nak buat apa," kata Cikgu Suraya.

Selepas cikgu itu hilang dari pandangan mata semua pelajar itu, ada yang beberapa pergi dekat dengan Aish dan ada yang pergi duduk bersebelahan dengannya.

"Aish, kenapa kau tak pernah datang SKSD? Kau dah tak ingat kitorang ke? Ke kau...".

Aish memotong percakapan Anis dan terus menyuakan telefonnya. Disitu tertulis, 'Kau diam boleh tak?'.

Terkebil-kebil Anis bila membaca apa yang ditulis oleh Aish itu.Dia tak ada mulut ke? Dia terasa berjauh hati.Dia tak percaya yang Aish dah berubah.

"Kau..."

Dan selepas itu dia menjeling pula pada Nurin.Kemudiannya dia mengengsot sedikit ke tepi.

Semua yang disitu terasa berjauh hati juga. Mereka semua terus bangun dan terus duduk ke kedudukan asal mereka. Mereka memberikan ruang kepada Aish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience