Bab 4

Romance Series 695

"Baiklah, semua. Kamu ingat tak lagi yang sekolah kita telah memasuki acara pertandingan JaLing tu. Yang kita tewas dulu tu..."

Semua pelajar terangguk-angguk setuju dan ada yang terus mendengar dengan tekun.

"Tapi yang dulu kita ambil wakil dari pihak lelaki kan. Tapi tahun ni diorang nak wakil-wakil dari pihak perempuan pula untuk mewakili sekolah.Jadi cikgu akan pilih siapa yang akan wakil sekolah kita."

"Siapa cikgu? Berapa orang yang cikgu nak?" Jasmine bertanya dengan nada ingin tahu.

"Kita akan ambik beberapa orang sahaja. Kejap." Cikgu Erni menyemak kertas yang mempunyai list nama yang perlu bermain.

"Baiklah.Nama yang cikgu panggil ni datang ke depan."Cikgu muda itu tersenyum."Anis Shahira, Aina Mardhiyah, Kausar, Aina Irdina, Jasmine Qaisara, Nur Dina, Nurin Najihah,"

"Cikgu, tak ada orang simpanan ke?" Jasmine bertanya lagi. Asyik dia je tanya. Minah ni tak boleh bersabar ke?

"Ada. Simpanan kita akan ambik sorang aje. Aish Amylia, kamu jadi orang simpanan. Okay tak?"

Aish hanya mengangguk tanda setuju dan faham. Dia bangun dan berdiri di hadapan.Dia tidak memberikan sebarang reaksi langsung. Tidak seperti yang lain yang lebih mengukirkan senyuman manis.

"Baiklah. Perlawanan ini akan bermula hari Sabtu ini maka kamu mempunyai masa 3 hari dari sekarang. Kalau ada yang tak ada kena-mengena dengan JaLing pon boleh juga datang untuk memberi sokongan kepada kawan-kawan korang ni. Baiklah, itu sahajalah yang cikgu nak cakap. Kamu semua boleh pergi ke kantin."

Selepas cikgu itu pergi ke kantin, mereka bangun dan terus ke kantin juga.Ada sebahagian dari mereka berfikir, 'Adakah Aish boleh bermain permainan yang akan dijalankan itu?'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience