Bab 6

Romance Series 695

"Okay semua. Sekarang giliran sekolah kita pulak lawan dengan SKDM. So, kita kena berhati-hati sebab sekolah ni mampu meraih halus dengan kadar yang cepat. Faham?"

"Baik!" Mereka semua tindih-menindih tangan sesama mereka kecuali Aish Amylia."SKSD! BOLEH!"

Mereka ke tengah gelanggang dan berdiri di posisi yang ditetapkan. Wisel ditiup dan mereka mula melemparkan bola kearah kumpulan sendiri.

Beberapa minit ketika perlawanan....
"Aduh!" Anis secara tiba-tiba jatuh tertiarap diatas lantai gelanggang. Malu wei. Sakit lagi.

"Wei! Tak reti main buat la cara tak reti main. Jangan berlagak seperti kau reti main!" Salah seorang daripada pemain SKDM itu menempelak.

"Woi! Kau cakap ikut sedap mulut kau je kan.Kau apa masalah, ha!"

"Aku? Kau la! Kau tu yang bising. Tiberrr ja."

Mereka semua bergaduh hingga tolak menolak antara satu sama lain.Tak malu Bergaduh depan orang ramai. Haih...Sabo jela.

Wisel dibunyikan beberapa kali untuk mengakhiri perbalahan tersebut. Wisel dibunyikan sekali lagi untuk memberitahu waktu rehat.

"Aish, kamu okay tak ni. Faham tak lagi cara permainan ni? Boleh ke nak ganti Anis satgi? Kalau tak okay cikgu panggil..."

Aish bangun dan mengangguk tanda okay . Dia mula merenggangkan otot badannya.

"Aish betul ke kau reti main? Kau reti ke jaga posisi aku?" Anis bertanya dengan penuh pengharapan.

Aish memandangnya dengan pandangan yang paling menakutkan. Macam nak makan orang la. Dia mengeluarkan telefonnya dan menaip dan terus menunjukkan kearah mereka.

____________ |
|
| Aq bagi korang 2 pilihan. Nk suruh aq l |. main ke nk sek kita kalah? l
| PILIH SALAH SATU. l | Klau kalah x pa sek kita dpt nama | jugak.

_____|

Semua yang berada di sekelilingnya tergamam. Berserta Coach diaorang sekali. Mereka menggaru kepala mereka. Nak pilih yang mana satu ni?

"Kamu... Urrmm.... Kamu dibenarkan main. Keadaan darurat sekarang ni."

Ini pun dikira darurat tau. Tak tau lagi budak ni pandai main atau tak.

Aish mengangguk dan mengeluh. Dia mematah- matahkan jarinya.

"Baiklah, semua pemain hari ini nampaknya masih bertenaga. Boleh tahan..." Juruacara itu tersenyum bangga. "Baiklah tunggu apa lagi mari teruskan perlawanan!!"
..........................

Aina melemparkan bola kepada Aish dan terus berlari ke tepi. Aish menangkap bola itu dengan cekap dan melantunkan bola itu sambil berlari. Dia terus melemparkan bola itu ke arah Irdina.

Irdina pada mulanya kelihatan panik, dia melemparkan bola itu kepada sesiapa sahaja yang berada di sisinya. Janji ada orang yang ambik bola tu sudah, gumamnya. Ha, bagusla. Inilah dia orang yang akan menjatuhkan maruah sekolah.

Aish dengan pantas berlari menangkap bola itu dan melantunkan bola sebanyak tiga kali dan memasukkan ke gawang gol.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience