Bab 5

Romance Series 695

"Oh, Selamat datang ke Old Reunion Throw Back 2018 diantara 4 buah sekolah rendah yang kebaboom!!!... ni.
Kali ini, kita akan lihat perlawanan yang akan dimainkan oleh geng-geng ayu... hahaha... Mari kita tengok sama ada mereka cover atau tidak keayuan dan kesantunan mereka, okay?

Suara dari pengacara itu diakhiri dengan tawa daripada para penyokong.

"Baiklah dari hujung sana yang memakai baju berwarna pink gold dari bekas-bekas pelajar SK Permatang Buloh. Mana sorakan daripada SKPB!?."

"SKPB! Kalahkan diorang! Yeah!!!"

"Jersi hijau pokok pisang pula diketuai oleh SK Lahar Yooi! SKLY?!..."

"Go go go!! SKLY go!!!"

"SK Desa Murni pulak kali ni baju berwarna pink hitam yang agak menonjol. Aummm...Slurp!! Hahaha!!!... saya bercanda sahaja. Okay, SKDM ?!!

"wooaah!!!"

Pengacara itu menunjukkan aksi yang agak nakal. Bekas-bekas pelajar SKDM ni pakai pakaian seperti baju renang pun ada... Menampakkan bentuk badan dan bahagian dada mereka.

"Baiklah. Akhir sekali, SK Sungai Dua...Baju merah biru."

Semua peminat dari sekolah yang lain mula mem'boo'kan sekolah Sungai Dua. Riak betul!Tak baik sungguh perangai macam ni. Mohon jangan ikut.

"Sebelum kita hendak memulakan pertandingan, saya akan menjelaskan tentang JABLING."

"JABLING adalah daripada gabungan diantara
bola jaring dan bola baling. Jadi, semua semua pemain dibenarkan bermain dengan menggunakan cara bola jaring atau bola baling dan arahanya perlulah menepati ciri-ciri bola baling atau bola jaring.
Selain itu,para pemain perlulah bermain dalam keadaan disiplin dan penuh dengan etika tatatertib. Permainan ini berakhir jika masa yang ditetapkan telah tamat.
Skor akandikira berdasarkan bilangan bola yang memasuki gol. Baiklah tanpa membuang masa kita mulakan Perlawanan JABLING ini sekarang!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience