Bab 12

Romance Series 1216323

Bab 12

UMAIRA meliar anak mata memandang sekeliling restoran mewah itu. Restoran yang sangat popular untuk pasangan yang ingin menikmati makan tengah hari atau makan malam berdua dengan suasana yang cukup romantis.

"Kenapa bawa saya ke sini?" soal Umaira sambil memandang Syed Redza yang sedang menatal telefon bimbit itu. Mereka baharu saja selesai memesan makanan dan minuman.

"Kenapa? Dekat luar tak ada mention pun untuk couple je boleh makan sini,” ujar Syed Redza selamba sambil masih menatal skrin telefon.

Umaira mencebik. “Aku tanya lain, dia jawab lain pula,” gumamnya.

“Saya dengar tu,” kata Syed Redza sambil merenung tepat ke mata Umaira.

“Apa yang tuan dengar?” soal Umaira dengan kening terangkat.

Syed Redza memilih untuk tidak menjawab. Makin dilayan, makin menjadi. Budak-budak memang begitu.

“Anyway, tuan memang rapat dengan ibu ke?” soal Umaira tiba-tiba. Ya, itu lah yang selalu bermain dalam fikirannya.

“Emmm…” Syed Redza sedang berkira-kira untuk menjawab.

Mata Umaira terus membulat. “Tuan bercinta dengan ibu ke?” tekanya.

Syed Redza terpempan. “What? No. Daripada bercinta dengan ibunya, lebih baik bercinta dengan anaknya. I’m single, never been married, you know that.”

Umaira tarik wajah jengkel. Eeww… Miangnya orang tua ni. Tak padan dengan umur! Tua-tua keladi!

"Hai..." sapa seseorang. Umaira dan Syed Redza terus menoleh. Umaira terpana memandang seorang wanita dengan paras wajah cantik sedang tersenyum manis berdiri di tepi meja mereka. Turun naik anak matanya memandang penampilan wanita itu. Elegan dan sangat seksi.

"Dekat sini rupanya you. I cari you tau. I tried to call you sooo many times last night, but you didn't answer me at all,” rengek wanita itu dengan nada manjanya. Umaira yang mendengarnya pula, yang terasa kurang selesa. Atau lebih tepatnya lagi, rasa geli-geliman.

"I'm busy,” jawab Syed Redza tanpa memandang wanita itu. Raut wajahnya juga turut berubah dingin.

“Busy apanya? Last night pukul lapan, I call you. I want to talk about us,” ujar wanita itu dengan mulut muncungnya.

Syed Redza terus menghela nafas kasar. Wajah wanita itu dipandang dingin. "There is no us, Irina. What nonsense are you talking about?"

Umaira hanya mampu mendiamkam diri sambil memandang Syed Redza dan wanita itu silih berganti. Kekok pula rasanya.

"Apa you cakap ni? Hari tu your mom ada tanya dekat my mom, either I sudi ke tak kalau you nak masuk minang. I said yes!” bentak Irina manja.

Umaira terkedu seketika. Masuk minang? Jadi, mereka ni couple lah? Tadi bukan main kata, single. Ceh!

"Look, I don't want to talk about it right now. You're disturbing us for having lunch, Irina," ujar Syed Redza sedikit tegas.

Irina tertawa sinis. “Disturbing you?” soalnya lalu menoleh memandang Umaira.

"You... Umaira Natasha kan?" soal Irina dengan sebelah kening terangkat. Cukup sinis dengan kedua tangan menyilang memeluk tubuh.

"Yea,” jawab Umaira tenang, meskipun hatinya cukup geram melihat kesinisan wanita itu terhadapnya.

"Oww... You ni yang kahwin hari tu kan? Then, kena cerai talak tiga?" soal Irina tanpa berlapik.

"Irina!" Umaira tersentak mendengar suara keras Syed Redza. Begitu juga Irina. Umaira lantas memandang Syed Redza yang sudah pun berdiri. Jelas wajah lelaki itu tegang.

"Watch your mouth, Irina!" tegur Syed Redza keras namun dengan nada yang rendah.

"Apa? Salah ke, apa I cakap tu? Dia kena cerai talak tiga kan by her ex husband,” ujar Irina dengan selambanya tanpa memikirkan perasaan Umaira.

Umaira terus melonjak berdiri. Berdesing telinganya mendengar kata-kata sinis wanita itu.

"So? Kenapa kalau saya kena cerai talak tiga? Awak ada masalah ke?" soal Umaira bengang sambil melangkah setapak mendekati Irina. Namun Syed Redza dengan pantas menghalang. Dia terus memegang kedua lengan Umaira. Beberapa pelanggan yang makan disitu terus menoleh memandang ke arah mereka.

"Maira..." tegur Syed Redza lembut dan perlahan. Dia cuba mencari anak mata Umaira yang mencerun tajam itu. Namun Umaira tidak mengendahkan. Dia malah memanjangkan leher ingin bertentang mata dengan Irina yang berdiri di belakang Syed Redza.

"Yes! You sedar tak, sekarang you tengah keluar lunch dengan bakal suami I. You tak malu ke? Ada hati nak kacau bakal suami I!” selar Irina dengan wajahn yang bertukar merah padam menahan marah.

Umaira terus mengangkat kening. "Apa? Bakal suami? Awak ingat saya teringin ke keluar lunch dengan ba…kal suami awak ni?" perlinya dengan sengaja menekan perkataan bakal itu.

"Maira… calm down please," tegur Syed Redza lalu merapatkan tubuhnya pada Umaira yang sejak tadi cuba melepasinya.

Melihat jarak tubuh Syed Redza begitu rapat dengan Umaira, Irina jadi semakin berang. "Hey! Kalau you tak teringin—"

"Irina! Stop talking nonsense!" cantas Syed Redza keras. Dan kali ini, suaranya sedikit meninggi sehingga para pelanggan tercengang melihat situasi tegang lagi memalukan itu.

"What nonsense? Betul lah, you bakal suami I!” bentak Irina lalu cuba menarik tangan Syed Redza dari terus memegang lengan Umaira. Dia terlalu cemburu melihatnya.

"Irina!" Syed Redza terus berpaling menghadap Irina. Namun tangannya tetap terus memegang tangan Umaira yang masih berdiri di belakangnya itu. Anak matanya terus menikam tepat ke mata Irina sehingga wanita itu merasa gementar.

"Kalau you tak nak dimalukan dekat sini, you better stop it. Remember, you're an icon model. Jaga sikit tingkah laku you!" bisik Syed Redza keras. Irina mendengus kasar.

"So now, I give you two options. Either you want to leave by your own feet, or you want me to call the security to drag you out from here, right now. You choose,” gertak Syed Redza.

Irina ketap bibir geram. "Ergh! Fine!" bentaknya sambil menghentak kaki. Dia merenung Umaira dengan tajam sekali.

"You better watch out. We're not done yet,” ugut Irina keras lalu berpaling dan mengatur langkah pergi membawa hati panas. Sementara Syed Redza pula, terus menghela nafas lega. Dia menoleh ke belakang memandang Umaira yang kelihatan selamba itu.

"Apa?" soal Umaira lalu menarik kasar tangannya dari dipegang oleh Syed Redza. Dia terus saja melabuh punggung duduk di atas kerusi. Syed Redza juga turut sama melabuh punggung apabila seorang pelayan lelaki datang membawa pesanan mereka.

"Tak sangka, your future wife is, Irina." ujar Umaira selamba setelah pelayan selesai menghidang makanan mereka berdua.

"I know her. She's an international top model. Sorry lah, saya tak boleh kawal kemarahan saya tadi bila orang bercakap tentang status saya. Saya paling pantang bila melibatkan maruah saya,” ujar Umaira sambil meletakkan sapu tangan di atas riba.

"She's not my future wife. Neither my girlfriend,” ujar Syed Redza dingin. Umaira terus memandang tepat wajah Syed Redza yang jelas kelihatan serius itu.

"Tapi tadi tu dia cakap—”

"Apa? Tak cukup jelas lagi ke, tadi saya cakap saya single? Should I repeat it again? Ke, awak nak check status saya dekat JPN?" cantas Syed Redza tegas dengan kening berkerut seribu.

“Buat apa nak check status tuan? Tak ada masa saya nak check status orang. Kalau pun betul dia tu girlfriend tuan sekali pun, apa masalahnya dengan saya? Tak ada kaitan langsung pun. Tak payah lah marah-marah orang,” ujar Umaira naik bengang dengan perangai lelaki itu yang tiba-tiba sahaja naik angin satu badan.

Syed Redza terus menarik nafas dalam lalu menghela dengan perlahan. "I just want to make it clear. Dia tu bukan sesiapa pada saya. So, please… Stop talking about her. Saya tak suka. Saya nak lunch dengan awak dalam keadaan tenang dan happy. Jangan rosakkan mood saya,” kata Syed Redza sambil mengibas sapu tangan dengan kasar lalu meletakkannya di atas riba.

Umaira terus mencebik. "Dia yang marah-marah orang. Kita pula dia cakap rosakkan mood dia. Sepatutnya aku yang moody, dah orang tuduh aku ganggu bakal suami orang," gumamnya sendiri lalu menjeling Syed Redza yang sedang merenungnya itu.

"Tsk! Maira please. I hear you. Stop talking about her,” tegur Syed Redza naik geram melihat Umaira yang masih lagi ingin meneruskan isu perbalahan mereka berdua itu.

"Suka hati mulut saya lah!" Jeling Umaira. Dia merengus lalu mencampak sapu tangan di atas meja. Semakin bengang pula dirasakan.

"Nak pergi mana tu?" soal Syed Redza terpinga-pinga apabila melihat Umaira mendadak berdiri.

“Maira…” panggilnya lagi.

“Saya nak pergi tandas lah!” jeling Umaira geram lalu mengatur langkah.

Syed Redza terus bersandar di dada kerusi sambil memerhati langkah Umaira menuju ke lorong tandas itu. Satu keluhan panjang dilepaskan.

****

"MAMA belum jelaskan pada Datin Khatijah lagi ke?" soal Syed Redza sambil melangkah luas masuk ke dalam bilik pejabatnya. Sharifah Farida yang membuntuti dari belakang, terus mengerut kening.

"Jelaskan apa? Mama baru je datang sini, Redza terus marah mama ni, kenapa?" soal Sharifah Farida mula naik bengang dengan perangai anak lelakinya itu. Asyik moody je tak tentu pasal.

Syed Redza terus berpaling menghadap Sharifah Farida sambil mencekak pinggang. Terpempan Sharifah Farida apabila melihat raut wajah yang tegang itu.

"Sebelum ni, mama dah janji kan bagi saya masa then setuju tarik balik niat nak pinang Irina. Tapi kenapa mama belum jelaskan lagi pada Datin Khatijah?" soal Syed Redza cuba untuk menahan diri dari meninggikan suara.

Sharifah Farida terus menghela nafas panjang. "Mama belum ada masa nak jumpa Datin Khatijah. Dia busy ke luar negara sebab attend banyak event,” jelasnya lembut walaupun dia tahu anak lelakinya itu sedang marah padanya. Dia mengatur langkah menuju ke sofa lalu melabuh punggung di situ.

"You can call her, ma. Tak susah pun. Or else, biar saya je jelaskan pada Datin,” ujar Syed Redza seakan mendesak.

"Redza..."

"Irina dah ganggu Maira tadi,” cantas Syed Redza.

“Maksud Redza? Ganggu yang macam mana?” tanya Sharifah Farida dengan riak terkejut.

“Dia hina dan cuba memalukan Maira masa kami tengah lunch. Saya tak suka orang memandang rendah pada status seseorang. I f*cking hate it!" bentak Syed Redza keras.

Sekali lagi Sharifah Farida terpempan. Dia merenung wajah Syed Redza yang sudah merah padam itu.

"Redza keluar dengan Maira ke tadi?" soal Sharifah Farida.

"Ye. Saya keluar lunch dengan Maira. First time saya ajak Maira keluar lunch, tapi macam ni pula jadinya. Irina just ruined it! Dia siap cakap yang bukan-bukan. Tuduh Maira ganggu saya. Bila masa pula Maira ganggu saya? Kalau Maira ganggu saya pun, apa salahnya? Saya bukan suami dia, tunang pun bukan.” Dengan rasa yang cukup bengang, Syed Redza terus mengatur langkah menuju ke kerusi. Punggung dihenyak kasar lalu bersandar penuh di dada kerusi.

“So please, ma. Jelaskan semuanya pada Datin Khatijah as soon as possible. Saya rasa bersalah dekat Maira atas kejadian tadi. Saya tahu, Maira terkilan dan malu bila Irina tanya tentang status dia depan saya,” luah Syed Redza lagi. Kedua tangannya terus meraup wajah. Sementara Sharifah Farida pula, terdiam duduk di sofa sambil memandang anak lelakinya yang sedang mencuba menenangkan diri itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience