Jika sebelum ini, hanya satu perasaan yang timbul saat berjumpa dengan si dia. Bahagia. Jika sebelum ini hanya ada satu perkataan setiap kali mendengar suaranya. Tenang. Tetapi segalanya berubah tanpa dipinta. Mungkin hanya dia saja yang berdoa mahu hubungan ini melangkah ke fasa seterusnya dengan niat yang betul tetapi tidak lelaki yang berada disebelahnya ini. “Kau pernah rasa hidup susah?” Mendengar suara itu saja sudah cukup buat Rian gugup. Hampir sepuluh minit mereka berada di dalam Vellfire yang dipandu oleh Pak Mail barulah suara itu kedengaran. Suara yang sebelum ini lembut yang membuai perasaan berubah menjadi seperti pisau yang tajam. ...