BAB 4

Romance Completed 6025

“Abang balik pukul berapa hari ni?” manja Azlinda berbual di hujung talian telefon bersama suami kesayangannya.

“Sayang rindu abang ke?” suaminya, Saiful sengaja mengusik si isteri.

“Alaaa... abang ni. Saya setiap masa rindukan abang tau tak”

“Manisnya mulut isteri abang ni. Kenapa sayang? Tiba-tiba je tanya abang nak balik pukul berapa ni?”

“Abang ingat Yan? Gadis yang tolong pinjamkan duit pada saya semalam?”

“Yang pinjamkan duit pada hari awak kena ragut tu?”

“Haaa... Yan nak datang makan malam dengan kita malam ni. Pukul 8. Kalau boleh abang baliklah awal sikit ye? Saya ingat nak minta abang belikan buah tembikai. Boleh saya hidangkan pada tetamu kita lepas makan nanti” Saiful mengukir senyum terfikirkan sikap isterinya yang sering melayan tetamu mahupun saudara mara yang bertandang ke rumah dengan baik sekali.

“Baik sayang. Dalam setengah jam lagi abang nak keluar office dah. Pukul 7.30 nanti abang sampailah. Nanti abang belikan tembikai untuk sayang ye?”

“Baik. Terima kasih abang. Linda nak masak ni. Jumpa nanti ye. I love you. Assalamualaikum”

“Wa’alaikumussalam” Saiful meletakkan gagang telefon sambil tersenyum lebar. Bahagia mempunyai seorang isteri yang cantik, manis, lemah lembut, penyayang serta baik hati. Walaupun perkahwinan mereka baru mencecah masuk 5 bulan, namun hubungan suami isteri yang erat dan kukuh antara mereka bagaikan sudah 5 tahun mereka bersama. Tambah-tambah lagi apabila sebulan yang lepas dia mendapat khabar berita isteri kesayangannya sudah hamil 2 bulan. Terasa bertambah lengkap kehidupannya kini.

Azlinda yang baru bangun dari sisi katil memalingkan badannya dan menjenguk ke luar tingkap apabila ternampak kelibat sebuah motosikal yang seolah-olah berhenti di hadapan rumahnya. Azlinda berpatah kembali dan menjengok ke luar tingkap rumahnya. Ternyata memang terdapat sebuah Kawasaki ER6N hitam yang berhenti di hadapan pagar rumahnya. Pembonceng motosikal tersebut yang menyedari Azlinda menjenguk dari luar tingkap mendongak ke atas dan membuka visor helmetnya. Samar-samar dengan wajah pembonceng motoskal terbabit, Azlinda turun ke bawah untuk membuka pintu. Ketika sedang menuruni tangga untuk turun ke bawah, telefon bimbitnya yang ditinggalkan di dalam bilik berbunyi. Agak lama berfikir samada mahu menjawab panggilan tersebut, akhirnya Azlinda berkeputusan untuk turun ke bawah terlebih dahulu.

Sebaik sahaja pintu terbuka, Azlinda terkejut besar melihat pembonceng motosikal tersebut sudahpun berada di hadapan pintu rumahnya. Jantungnya terasa berdegup laju kerana tidak menyangka pembonceng motosikal tersebut akan masuk terus ke rumahnya. Dengan sekadar membuka visor helmetnya, pembonceng motosikal tersebut memerhatikan Azlinda. Azlinda yang baru ingin mengukirkan senyuman terdorong ke belakang apabila pembonceng motosikal tersebut menolaknya lembut masuk ke dalam rumah.

“Terkejut akak. Ingatkan siapa –“ belum sempat Azlinda menghabiskan kata-katanya, pembonceng motosikal tersebut tiba-tiba bertindak menolaknya dekat ke arah dinding dan mencekik kuat lehernya. Azlinda yang langsung tidak menduga tindakan itu meronta-ronta dan cuba meleraikan genggaman tangan yang bersarung dengan sarung tangan kulit berwarna hitam yang melekat kuat di lehernya.

“Kee... kee...na...” Azlinda cuba bersuara namun kerongkongnya terasa dihimpit erat sehingga menyukarkannya untuk bernafas. Bagaikan puas melihat mata Azlinda memerah dan berair serta urat-urat timbul di sisi dahi Azlinda, pembonceng motosikal tersebut semakin kuat mencekik Azlinda sambil tersenyum lebar.

“Too.... looo....” Azlinda cuba merayu namun, kudratnya tidak cukup untuk membantunya bersura. Tangannya yang pada awal tadi kuat cuba meleraikan genggaman tangan tersebut kini meraba-raba dinding dan lengan pembonceng motosikal terbabit. Manakala pembonceng tersebut semakin kuat mencekik Azlinda sehinggalah badan Azlinda lemah longlai tanpa sebarang reaksi dan tindakbalas dari wanita itu. Belum puas walaupun Azlinda sudahpun tidak bernyawa, pembonceng motosikal tersebut terus mencekik kuat leher Azlinda sambil mengoncang kuat tangannya. Beberapa ketika selepas itu, dilepaskan genggaman. Serentak mayat Azlinda jatuh ke lantai. Seolah-olah gembira melihat mayat Azlinda kaku di lantai, pembonceng motosikal tersebut tergelak kecil. Dengan nafasnya yang agak laju, sebilah pisau kecil dikeluarkan dari poket jaket hitamnya.

Perlahan-lahan dia duduk mencangkung dan kemudiannya hujung mata pisau yang dipegangnya diletakkan di pipi gebu Azlinda. Perlahan-lahan hujung mata pisau itu dibenamkan ke daging pipi Azlinda dan bagaikan sedang mengelar ikan untuk di masak, pembonceng motosikal tersebut mengelar hampir 80 peratus muka Azlinda. Puas dengan ‘hasil kerja tangannya, dia bangun dan melangkah keluar sebelum masuk kembali beberapa saat kemudiannya.

Pembonceng motosikal terbabit berdiri lama menatap muka Azlinda sambil memegang Carnation putih. Tak lama kemudian, Carnation putih tersebut dilemparkan ke muka Azlinda yang sudah dipenuhi dengan darah yang mengalir sehingga ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience