BAB 7

Romance Completed 6027

“Haikal... Kau tengok ni” Fadhil yang sedang duduk menghadap komputer ribanya memanggil-manggil Haikal yang baru melangkah masuk ke ruang tamu rumah sewa mereka.

Haikal yang bagaikan tidak mendengar panggilan daripada Fadhil tidak menghiraukan panggilan daripada Fadhil melangkah masuk dan melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Fadhil.

‘Haikal... sinilah wei” sekali lagi Fadhil beria-ria memanggil Haikal. Haikal yangkelihatan penat mengalihkan pandangan kepada Fadhil seketika sebelum lambat-lambat dia bangun dan duduk di sebelah Fadhil.

“Kau tengok ni” Haikal kemudiannya mengarahkan matanya ke atas skrin komputer riba milik Fadhil.

-------------------------------------------------------------------------------------

2009/01/28

MEMBERI jambangan bunga tanda penghargaan dalam sesetengah budaya. Namun, anda perlu berhati-hati dengan jumlah, warna, dan pilihan jenis bunga kerana ia mungkin memberi maksud tersembunyi dan kurang elok pada sesetengah budaya.

Bunga teluki atau carnation umpamanya digunakan untuk upacara pengebumian di negara Eropah seperti Jerman, Poland, Sweden. Di Belgium, Itali, Perancis, Sepanyol dan Turki pula mereka menggunakan bunga kekwa untuk tujuan sama. Di Austria dan Perancis, mawar merah menjadi simbol kepada jalinan hubungan romantis, namun di Mexico dan Chile, mawar kuning pula menandakan perpisahan atau kesedihan. Justeru, elakkan memberi bunga ini apabila anda berada di dua negara itu.

------------------------------------------------------------------------------------

“Kau tengok ni Haikal. Bunga teluki atau carnation umpamanya digunakan untuk upacara pengebumian – “

“Aku dah tau siapa pembunuh yang sebenar” Fadhil yang sedang kusyuk membacakan artikel yang ditemuinya terdiam dan tercengang seketika melihat ke arah Haikal.

“Kkkkaauu... kau tahu?” Haikal mengangguk lemah.

“Siapa?”

“Jom ikut aku ke balai. Aku nak tunjuk bahan bukti pada Inspektor Jamil”

“Err....”

“Kau baca sendiri bahan bukti tu dalam kereta nanti. Aku drive”

_____________________________________________________________________________________

18th August 2009

Kenapa sayang? Kenapa sayang lukakan hati Rin macam ni? Sayang tahukan yang Rin sayangkan Kamal sepenuh hati Rin? Rin tak sanggup hidup tanpa sayang. Rin dah takde sesiapa dalam dunia ni lagi selain daripada sayang. Mama dah takde... Papa tak sayangkan Rin lagi semenjak kewujudan auntie Linda dalam hidup papa.

Sayang... kenapa sayang buat Rin rasa terluka macam papa buat mama terluka sampai mama bertindak membunuh dirinya sendiri? Rin tak pernah cerita pada sayang selama ni sebab Rin taknak orang tahu yang mama bunuh diri sebab papa di dalam diam curang pada mama dan tanpa pengetahuan mama, papa berkahwin lagi satu dengan auntie Linda.

Auntie Linda kejam, tanpa pengetahuan papa, auntie Linda selalu ke rumah dan sengaja bercerita bagaimana papa sering tipu mama sebelum tu. Bagaimana papa curang pada mama sebelum tu. Papa pulak, jarang sekali pulang ke rumah, biarkan mama sendirian dengan Rin. Sampailah pada satu waktu, setelah hampir dua bulan papa tak pulang ke rumah, mama mengalami tekanan perasaan... Mama gantung dirinya di syiling bilik tidurnya...

Sayang... Kenapa sayang sanggup khianati cinta kita disebabkan Linda?

20 August 2009

Mama... mama sihat? Rin rindukan mama... semalam Rin ke Midvalley. Lepas tu Rin terserempak dengan papa. Papa tegur Rin tapi auntie Linda langsung taknak tengok muka Rin. Teruk kan auntie Linda tu. Dahlah rampas papa dari hidup kita, lepas tu bunuh mama.

Rin benci die mama. Rin benci die! Rin benci tengok muka die! Kalau boleh Rin rasa nak siat-siat muka dia mama!

29 September 2009

Padan muka kau Linda! Puas hati aku tengok kau kena tampar dengan Kamal. Suka Carnation putih konon! Aku akan semadikan mayat kau dengan Carnation putih tu nanti. Kau tengoklah nanti.

Mama... tadi Rin curi-curi ikut Kamal ke rumah Linda. Tapi Kamal tak tahu sebab Rin bawa motor besar ma. Motor yang abang Ezral teringin nak beli dulu. Rin sunyilah mama. Lepas mama tinggalkan Rin, Rin cuma ada abang Ezral je. Tapi sejak setahun lepas, sejak abang Ezral terlibat dalam kemalangan tu – Rin sunyi. Rin takde sesiapa. Rin nak ikut mama dengan abang Ezral jugak...

Tapikan mama, Rin nak bagi Linda jumpa mama dulu. Teruk tau Linda tu mama. Macam auntie Linda. Perampas! Kamal tu macam papa!

2 October 2009

Mama... Mama dah jumpa Linda? Cantik tak die mama? Mama tak dapat nampak muka die? Mestilah mama. Sebab Rin dah siat-siat muka die mama. Kalaulah Rin dapat siat muka auntie Linda macam tu mama. Mesti pihak polis akan cari Kamal kan mama? Sebab ada jiran yang nampak Kamal bergaduh dengan Linda hari tu.

Baru puas hati Rin mama. Tapi mama... Berdosa kan perbuatan Rin ni mama? Tuhan mesti marah Rin kan mama?

5 October 2009

Kamal... kenapa awak cari saya lagi? Kenapa? Sebab Linda dah takde? Hahahah! Mestilah Linda dah takde. Saya yang bunuh die! Saya yang bunuh die!

6 October 2009

Mama, tadi ada seorang wanita kena ragut. Rin kesiankan die, Rin pinjamkan die duit untuk die balik ke rumah sebab dia naik teksi untuk pulang ke rumah. Die berikan name card untuk Rin hubungi dia sebab die jemput Rin ke rumah dia nanti. Mula-mula Rin suka sangat dengan kakak tu mama sebab dia cantik, baik dan lemah lembut. Tapi entah kenapa lepas die kenalkan nama die sebagai Linda, Rin rasa benci sangat pada die mama...

Kenapa ye mama?

8 October 2009

Mama... Rin takut mama... Rin takut mama... Mesti suami Kak Linda sedih mama. Kesian baby dalam perut kak Linda mama.

Mama... Rin dah bunuh kak Linda mama...

Rin dah bunuh kak Linda mama...

9 October 2009

Mama... mama ingat tak Haikal yang Rin pernah ceritakan 6 tahun lepas? Rin jumpa die tadi mama... Tak sangka kan mama? Kalaulah Haikal tahu yang Rin pernah menaruh hati padanya dulu... Mesti die gelakkan Rin kan mama?

Rin seronok sangat hari ni mama... Haikal semakin segak...

11 October 2009

Haikal... kenapa baru sekarang awak muncul dalam hidup saya? Haikal... Saya pun pernah sukakan awak satu ketika dahulu Haikal. Sebolehnya setiap hari saya ingin tatap wajah awak Haikal. Semenjak mama dengan papa sering berselisih faham dan melihat mama sering murung di rumah, wajah awak je yang dapat buat jiwa dan hati saya tenang Haikal.

Semenjak kita membawa haluan masing-masing selepas SPM, saya betul-betul rindukan awak Haikal. Tambah-tambahan bila arwah mama meninggal dunia. Waktu tu abang Ezral je yang ada menemani saya tapi... tak lama lepas tu, abang Ezral pun tinggalkan saya. Semenjak daripada tu, saya terus tak menyentuh sejadah lagi Haikal.

Haikal, kita bertemu kembali. Saat awak hulurkan cinta awak pada saya, saya adalah wanita yang paling gembira dalam hidup ni Haikal. Saya gembira sangat Haikal. Tapi mahukan awak memperisterikan seorang pembunuh? Apa akan jadi nanti kalau awak dan semua orang tahu yang saya ni seorang pembunuh? Mesti awak akan bencikan saya kan Haikal?

Saya dah lama tak menyentuh sejadah. Hati saya tersentuh apabila awak mengajak saya menunaikan solat di KLCC semalam. Hati saya terasa ingin menangis bila awak cakap “mengingati Allah itu memberi ketenangan kepada hati dan solat itu membawa kebahagiaan di dalam hidup awak” ...

Saya dah lama lupakan Allah, sebab itukah saya tidak tenang? Saya dah lama tak bersolat, sebab itukah saya tak bahagia?

12 October 2009

Haikal, saya sengaja ajak awak keluar. Sebab saya nak tatap wajah awak buat kali terakhir. Saya ingin sekali nak luahkan yang saya rasa sangat bahagia bila awak muncul dalam hidup saya walaupun cuma seketika.

Saya ingin sekali nak luahkan yang saya ingin sekali menjalani hidup ini dengan awak sehingga ke nafas terakhir saya tapi... Saya tahu, saya takkan dapat melaluinya...

Saya sengaja tinggalkan diari ini dalam kereta awak dan sengaja sms awak agar baca seluruh kandungan diari ini.

Saya sayang awak. Awak tak perlu cari saya lagi sebab, saya dah takde. Saya dah ikut jejak mama. Saya benci diri saya, saya benci Nur Ezrin Jaslinda. Saya sayang awak. Tolong sampaikan maaf saya kepada suami arwah Kak Azlinda.

Selamat tinggal Haikal...

_____________________________________________________________________________________

“Astaghfirullah hal’azim...” bagaikan kehilangan tulang lututnya, Haikal jatuh melutut ke lantai hotel murah yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur.

Fadhil tergamam seketika melihat mayat Ezrin yang dipercayai membunuh dirinya sendiri dengan menggantung dirinya menggunakan tali.

Haikal mengaup mukanya dengan kedua belah tangannya sambil mengetap kuat bibirnya.

“Haikal... Bawa-bawa bersabar Haikal...” Fadhil memegang lembut bahu Haikal yang sedang menahan sebak di dada.

“Rin... bukan ini caranya Rin....” Haikal mula mengalirkan air matanya. Cuba ditahan namun air mata lelakinya tetap mengalir.

“Ezrin...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience