BAB 3

Romance Completed 6025

“Saya tak bunuh dia. Percayalah” Kamal bersuara lembut. Bergetar suaranya kerana tiba-tiba berasa tertekan.

“Tapi...”

“Saya tahu, awak takkan percaya. Entahlah. Saya tak tahu kenapa saya call awak. Mungkin sebab saya terlalu rindukan awak. Dan mendengar suara awak, saya berasa lebih lega berbanding semalam”

“Saya tak tahu nak cakap apa...”

Kamal terdiam seribu bahasa. Air mata lelakinya hampir berjurai keluar dari matanya. Dia sedar yang dia telah banyak melukakan hati Ezrin. Gadis itu tulus menyintainya selama ini namun akibat tergoda dan terpedaya dengan kecantikan, keseksian dan sikap manja Linda – dia telah melakukan kesilapan dengan meninggalkan Ezrin. Balasan Tuhan agaknya, dia diberkas polis di atas tuduhan membunuh Linda selepas beberapa hari Linda memutuskan perhubungan mereka kerana mempunyai kekasih baru, Azwan.

“Maafkan saya...” lembut suara Ezrin menuturkan maaf kepada Kamal. Kamal menggetap bibirnya.

“Saya yang sepatutnya minta maaf daripada awak Ezrin. Saya dah khianati cinta awak pada saya dan tinggalkan awak begitu je. Sekarang – bila saya susah, saya cari awak” Kamal memejam matanya.

“Tapi, percayalah, saya bukan macam tu. Polis pun bebaskan saya sebab pihak polis tidak mempunyai alibi yang kukuh untuk menuduh saya melakukan pembunuhan tu” Kamal masih cuba meyakinkan Ezrin.

“Baik” jawapan ringkas yang keluar dari bibir Ezrin membuatkan Kamal berasa bertambah tertekan kerana dia tahu gadis itu masih tidak percayakannya.

“Baiklah. Maafkan saya sebab mengganggu awak. Saya faham kalau awak masih marahkan saya dan memilih untuk menganggap saya ni pembunuh sekarang. Jaga diri awak. Saya masih sayangkan awak. Terima kasih sebab masih sudi menjawab panggilan saya. Bye”

Talian diputuskan. Air mata mengalir keluar dari mata bundar Ezrin. Hatinya merintih sendiri kerana sememangnya perasaan sayang terhadap Kamal masih ada namun untuk mempercayai lelaki itu lagi sekali, sukar untuk sukar sekali dilakukannya.

“Maafkan saya sayang....” Ezrin menggetap bibirnya.

“Arrrgghhhhh!!!!! Memang patut kau mati!!!!” Kamal menjerit kuat di dalam biliknya sambil mengoyak-ngoyak surat khabar yang memaparkan gambar mayat Linda yang mati dalam keadaan ngeri dengan mukanya hampir 80 peratus dikelar dengan pisau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience