BAB 5

Romance Completed 6027

“Aku nak keluar beli teh ais kejap. Kau nak pesan ape-ape tak?” soal Fadhil pada rakan sejawatnya, Haikal. Haikal yang sedang kusyuk membaca surat khabar diam seolah-olah suara Fadhil langsung tak didengarinya.

“Wei! Kau dengar tak ni?!!” saat ini Haikal tersentak.

“Dengar apa?” Haikal terpinga-pinga.

“Ya Allah... kawan aku ni....” Fadhil menepuk dahi.

“Apalah yang kusyuk sangat kau baca tu sampaikan aku yang duduk tak jauh sebatu dari kau, kau tak dengar ni?” Fadhil sengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Aku baca ni ha. Kes pembunuhan Carnation Berdarah ni...” serentak Fadhil mendekatkan dirinya ke arah Haikal untuk membaca suratkhabar tersebut.

“Satu lagi kes bunuh yang melibatkan seorang suri rumah lewat petang semalam. Mangsa, Linda yang berumur 27 tahun....” bacaan Fadhil terhenti seketika.

“Weh... aku rasa kes bunuh sebelum ni bukan sebab kes cemburu or frust lah. Dua-dua yang kena bunuh, nama Linda. Lepas tu ada Carnation putih” Fadhil meneka sendiri. Haikal mengangguk kecil.

“Aku pun rasa macam tu sebenarnya” kedua-dua mereka kemudiannya berpandangan sesama sendiri. Setelah lama masing-masing mendiamkan diri, Haikal akhirnya bersuara.

“Eh, tadi kau cakap ape eh?” Fadhil yang fikirannya sedang jauh melayang memikirkan sesuatu berfikir lama sebelum menjawab pertanyaan dari Haikal.

“Air... haa... air.. aku nak gi beli teh tarik. Kau nak ape-ape tak?”

“Hmmm... milo ais. Jap aku amik duit”

“Weh, tak payahlah. Ok, milo ais!” Haikal tergelak kecil dengan sikap Fadhil yang sememangnya sangat selamba dan murah hati. Selama 3 bulan bertugas bersama Fadhil di Balai Polis Subang Jaya itu, dia berasa sangat senang dengan sikap Fadhil. Fadhil yang juga merupakan rakan serumahnya juga seorang yang ringan tulang. Sedang memerhati susuk tubuh Fadhil yang sedang melangkah keluar dari pintu utama, mata Haikal beralih ke arah seorang wanita yang amat dikenalinya. Secara spontan Haikal bangun berdiri apabila wanita tersebut melangkah berjalan lebih dekat ke arahnya.

“Ezrin...”

“Haikal...” Ezrin dan Haikal melemparkan senyum sesama sendiri.

“Lama tak jumpa. Awak sihat?” Haikal tersenyum lebar. Dia dapat merasakan wajahnya seolah-olah segar dan ringan. Berbunga-bunga hatinya dapat bertemu kembali dengan gadis yang pernah diminatinya satu ketika dahulu.

“Saya sihat. Tak sangka pulak awak dah jadi polis sekarang.”

“Hmmm... itulah. Konon-kononnya dulu nak jadi engineer. Entah macam mana tersalah bidang pulak sekarang” kedua-dua mereka sama-sama tertawa.

“Eh, apa yang awak buat dekat sini? Takkan shopping pulak kan dekat balai polis ni?” usikan Haikal membuatkan Ezrin tertawa kecil.

“Haikal... haikal... tak berubah dari dulu... Errrmm... saya nak buat police report sebenarnya...”

“Police report? Barang hilang?” Haikal mengerutkan dahinya. Perlahan Ezrin menggelengkan kepalanya.

“Habis tu?”

“Awak ingat tak nama penuh saya?” sekali lagi Haikal mengerutkan dahinya sambil cuba mengingati nama penuh Ezrin.

“Nur Ezrin Jaslinda...... binti... Ariffin...”

Sengih. Ezrin memandang Haikal sambil tersenyum.

“Errr... kenapa dengan nama awak?”

“Saya nak buat report yang saya dapat ugutan bunuh semalam...” serentak Haikal membulatkan matanya.

“Ugutan bunuh?” Ezrin mengangguk kecil.

“Hmmm... baiklah... Cuba awak ceritakan dari awal” Haikal duduk dan kemudian menghadapa komputer di hadapannya. Sedar Ezrin masih berdiri, Haikal senyum dan mendongak ke arah Ezrin.

“Duduklah wahai tuan puteri” usikan nakal Haikal membuatkan Ezrin tersenyum kecil dan kemudiannya barulah dia melabuhkan punggungnya ke kerusi yang berada di sisinya.

“Okay. Cuba ceritakan dari awal” wajah Haikal berubah serius menatap wajah Ezrin.

“Hmmm... semalam. Lebih kurang dalam pukul 6 setengah petang, macam biasa saya sampai rumah, saya nampak ada sejambak bunga carnation putih berada di hadapan pintu masuk rumah saya...”

“Carnation putih?”

“Ye... Carnation putih. Pada awalnya saya tertanya-tanya juga siapa yang hadiahkan bunga tu pada saya sehinggalah pada lewat malam semalam, saya dapat panggilan telefon daripada seorang lelaki....” sedang Ezrin bercerita Haikal memotong perbualannya.

“Kejap, kejap... saya record sekarang. Kejap ye....” serentak tangan Haikal laju menaip-naip menggunakan keypad komputer di hadapannya. Selang beberapa minit kemudian Haikal kembali bersuara,

“Dapat panggilan telefon tu pukul berapa?” soal Haikal pada Ezrin namun matanya masih tekun mengahadap komputer sambil jari jemarinya masih tidak berhenti menaip.

“Lebih kurang dalam pukul 11 malam”

“Seee..bee..las... malam... Ok, lepas tu?”

“Saya agak terkejut bila dia mengingatkan agar saya bersiap sedia kerana saya bakal menjadi mangsa seterusnya. Kemudian panggilan terputus” Haikal yang sedang menaip, secara tiba-tiba berhenti menaip. Dia kemudiannya menoleh dan menatap wajah Ezrin lagi sekali. Satu perasaan menular di dalam hatinya. Sungguh dia merasa sangat risau dengan keselamatan Ezrin. Dan tika itu, dia sedar bahawa hatinya masih menyukai gadis manis itu.

“Saya takut...” perlahan Ezrin bertutur. Matanya mula memerah.

“Lebih-lebih lagi selepas saya baca surat khabar pagi tadi” kali ini matanya mula berair.

“Ezrin... Saya akan cuba lindungi awak...” Ezrin agak tersentak mendengar tutur kata yang terbit dari bibir Haikal.

“Ape kes?” Fadhil yang tiba-tiba bersuara dari belakang Ezrin mematikan niat Ezrin yang ingin berkata sesuatu ketika itu.

“Fadhil... Report yang berkaitan dengan kes Carnation Berdarah... Sebelum tu kenalkan Ezrin” Fadhil mengangguk lembut kepada Ezrin.

“Semalam Ezrin terima sejambak carnation putih dan pada waktu malamnya, dia menerima satu panggilan ugutan bunuh” Haikal menerangkan secara ringkas kepada Fadhil.

“Aku ingatkan pembunuh cari mangsa yang bernama Linda je. Hmmm....”

“Nama saya Nur Ezrin Jaslinda” pernyataan dari Ezrin membuatkan Fadhil yang baru menyedut minumannya hampir menyembur keluar air teh tersebut keluar dari mulutnya.

“Linda jugak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience